instagrammers

Instagram

12.11.13

Majlis Hari Jadi Hariz Al-Haziq Setahun


20.10.2013 haritu Harz dah setahun.
Tapi hari tu jatuh hari kami bekerja.
So tunggu hujung minggu plan nak buat majlis.
Kecil-kecilan jek.
Sebab niat nak jamu orang makan.
Since kami duduk area rumah ni dah dekat 2 tahun.
Tapi tak pernah buat kenduri.
Nak jugak beramah mesra dengan jiran tetangga ye dak.

Kebetulan hujung minggu tu cuti panjang.
Deepavali bersambung denagn Awal Muharam.
Maka public holiday banyak.
Abang, Akak, Kaq dari KL pun ada balik kampung.
Meriahlah kan ramai-ramai.

Acara start lepas Asar.
Invitation memang dah hantar seminggu awal.
Senang sikit kawan-kawan yang nak datang tu planning cuti kan.
Since Harz baby lagi.
Tak ada kawan sekolah.
Maka kawan ummi babah lah yang ramainya.

Memula tu time lepas Asar tengok macam tak ada orang pun datang.
Ada lah dalam 2,3 orang jek time tu.
Hati dah cuak sebab food banyak.
Siapa nak makan ni semua.
Sekali semua orang pakat serbu lepas pukul 5.
Time tu baru merasa punyalah ramai.
Sampai ke dalam rumah semua penuh.
Syukur sebab food semua cukup dan tak ada pembaziran.

Menu haritu is pulut kuning dan rendang daging by mil.
Mee Hoon Singapore, Pudding Caramel by sister’s mil.
Egg & Tuna Sandwich by Keknis.
Lengkong coffee by Chik.
Satay, Nasi Himpit, Kuah Kacang, etc beli.
Nugget, Sosej, goreng sendiri.
Itupun second batch dan batch seterusnya orang lain yang goreng.
Goreng bila time dah nak habis baru goreng baru.
Lepas tu ada fruits, jajan, cikedis.

And ada candy bar jugak.
Ini sebenarnya angan-angan ummi.
Nak buat dari dulu lagi.
Tapi tak tahu acara apa yang sesuai.
Sekali nak buat birthday anak.
Hah memang kena lah.

Kan tema haritu kononnya Despicable Me.
So order cake ada patung minion atas tu.
Rainbow flavour.
Best sebab ada macam-macam perisa.
Setiap layer color tu ada perisa dia yang tersendiri.
Cantik dan sedap.
Sebab tak manis sangat.
Aku kalau benda yang manis-manis sangat ni kureng sikit.

Harz a bit cranky time tu.
Sebab tak cukup tidur petang.
Reti pulak dia kan tidur denagn ramai-ramai orang gini.
Dah lewat petang tu cuba jugak tidurkan dia.
Dapatlah jugak nap tak sampai setengah jam.
Bangun tidur suap makan sikit lepas tu sibuk main.
Bila perut dah kenyang tu, happy lah sikit dia.
Main dengan kucing kat luar.
Dia nak bagi kucing makan.
Tapi dia yang kena cakar dengan kucing.
Terkesima sekejap.
Hahaha.

Terima kasih semua yang datang memeriahkan majlis Harz.
Terima kasih semua yang membantu uruskan majlis ni.
Terima kasih semua yang bagi birthday present.
Terima kasih babah sebab melayan ummi buat deko-deko.
Kalau nak harapkan I sorang-sorang.
Memang tak menjadilah majlis ni.
Hehe.

Ok jom tengok gambar.


Get ready to sing

Photobooth props
Minion birthday cake
Rainbow  flavour
Props lagi
Tq babah sebab buat props yang somel-somel
Harz kalau bab potong kek ni memang suka dia

Ummi bahagikan cake
Candies
Adinni Soffiya
Adam Khalish
Mok Anis yang photogenic
Birthday Boy
Mamalong and Kakak Dini
Mok Tik yang omel
Tok ki kesayangan Al-Haziq
Mok Ya jek ada. Mok Ain yilek.
Tq Uncle Joe tolong ambil gambar semua haritu.
Ni orang kuat. Chef of the day. Tengah check food dia ok ke tak bebudak ni susun.
Ok tak tu Che Ngah?
Tetamu jauh datang paling awal
Tok Ma kesayangan Al-Haziq. Chef of the day jugak ni.
Best rendang Tok Ma. Adini berkali-kali tambah.
 
Tetamu start datang.
Hah makan dik makan satay tu.
Birthday boy yang mengantuk tahan mata
Best kan kakak satay tu
Ni birthday girl jugak ni
Baby yang aku dukung ni baru 4 bulan. 8 kg. Kus semangat.
Kipas kipas. Lepas ni kita buat satay kucing pulak
 
 
 
 
 
 


video





        XOXO
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...