Dah
nama pun raya kan. Mestilah meriah. Tapi disebalik kemeriahan raya tahun ni,
banyak dugaan yang menimpa kami sekeluarga.
1. First sekali
pasal Harz. Seminggu sebelum raya dia dok mendemam. Bawak pergi klinik. Doctor kasi
satu jenis ubat minum. Aku tengok takde label pun tulis paracetamol (pcm). Tapi aku
tak query mana pun sebab dah dia doctor kan mesti dia tau yang mana baik untuk
budak. Lepas 3 hari minum ubat tu, demam still tak kebah.
Time tu aku dah tak keruan. Serious runsing
sangat pikir pasal anak. Macam-macam cara buat. Letak air asam jawa lah, air
daun bunga raya lah. Semua tak jalan. Try nak bawak pergi ke homeopathy. Sekali
boleh pulak tempat tu tutup haritu. Pikir pulak ikhtiar lain. Nak try pergi ke
Darul Syiffa. Pun tutup jugak time tu.
Last-last bawak ke klinik. Klinik lain.
Bukan yang pergi sebelum ni. Doctor check memang demam. Check suhu jek lah. Lepas
tu doctor bagi antibiotic and ubat demam which is ada contain pcm. Bila aku
refer nama ubat yang sebelum ni doctor lain ada bagi tu, doctor ni kata tu cuma
ubat sakit kepala jek bukan ubat demam. Duhhh. Patut pun demam Harz tak kebah.
2. Sehari sebelum
raya, muka Harz tetiba naik ruam. Aku bajet maybe sebab habuk sebab aku kemas
rumah sebelum nak raya tu. Malam raya tu naik pulak merah-merah satu badan. Along
kata maybe sebab demam. Sebab ada gak baby yang demam akan naik rashes satu
badan. So along bagi calamine lotion. And suruh continue antibiotic yang
sebelum ni doctor bagi. Alhamdulillah, masuk raya kedua demam dah kebah. Cuma bintik-bintik
still ada lagi. Raya keempat baru hilang semuanya. So dalam lima hari jugaklah
Harz kena demam campak.
3. On the way
nak hantar Harz ke klinik haritu which means hari yang sama nak gerak balik ke
Johor, tetiba kereta kiteorang kena sondol dari arah belakang. Time tu kat
traffic light. Aku tengah df kan Harz. Dah lah time tu tengahari panas terik. Plus
Harz asek merengek mendemam. Tetiba berdentum orang belakang langgar. Harz yang
mamai-mamai nak tidur terus melalak terperanjat. Kiteorang lagilah debor
sangat.
Ajak pergi balai terdekat. Sebab jalan time tu tengah jem semua. Kalau nak kasi setel situ jugak, mau bertambah jem. Buat report claim insuran jek nanti. Orang tu ada jugak nak offer rm350. Tapi mana nak ada bumper harga rm350 kan. Plus lampu belakang pun pecah. Lagipun kesian jugak kat orang tu nak-nak raya ni nak kena keluar duit pulak kan.
Ajak pergi balai terdekat. Sebab jalan time tu tengah jem semua. Kalau nak kasi setel situ jugak, mau bertambah jem. Buat report claim insuran jek nanti. Orang tu ada jugak nak offer rm350. Tapi mana nak ada bumper harga rm350 kan. Plus lampu belakang pun pecah. Lagipun kesian jugak kat orang tu nak-nak raya ni nak kena keluar duit pulak kan.
Time nak setelkan tu, amie jek yang
keluar kereta. Aku tak mampu nak keluar tengok apa keadaan sebab kat luar panas
terik. Tak kan nak bawak angkut Harz yang tengah demam ni. Serabut sangat
kepala time ni. Dengan Harz yang tak berhenti merengek. Dengan kejadian macam
ni lagi. Dugaan dugaan.
4. Pagi raya
boleh pulak baju amie terkoyak time aku iron. Suhu panas aku tak reti nak
adjust sebab bukan seterika yang biasa selalu kita pakai. Alasan. Haha. Baju melayu
time nak pakai pagi raya pulak tu. Sentaplah pakcik tu. Tapi tak boleh nak marah
lelebih sebab kat rumah mak I time tu. Selamat mak hencik. Haha. Apa lagi. Tarik
muncung patbelas jek yang mampu. Nasib yang koyak tu kat bahagian kolar. So bila
pakai tu tak leh butang sampai atas sebab nak cover kesan koyakan tu. Ampun yang.
I tak sengaja. Kan I dah mintak hampun sampai menangis-menangis time pagi raya
kan. ;)
5. Raya kedua
time nak pergi beraya boleh pulak kereta masuk lubang. Dangggg. Terkejut sangat
time tu. Bajet memang bengkok lah rim sukan. Sekali tengok kat selekoh depan
ada dua tiga kereta park tepi jalan dok tukar tayar. Aku bajet kereta-kereta tu
langgar lubang yang sama sampai meletup tayar. Nasib tayar kiteorang tak pecah Cuma
bengkak benjol seketul. Memikirkan nak balik Terengganu jalan jauh esoknya tu,
terpaksa jugak tukar tayar baru. Bukan boleh nak tukar seketul jek. Kena tukar
kiri kanan nak balancekan. Duit mengalir macam air jamban kena flush.
6. Time balik
Terengganu dah sampai depan rumah, grill pulak tak boleh bukak. Time tu pukul
12.30 malam. Kunci grill tu memang ketat sikit. Tapi agak-agaklah nak buat hal
kan. Tengah malam kot time tu. Dah lah amie pulak tak tahan nak kencing. Aku ni
pulak jenis tak boleh dengar orang nak terkencing, dan dan aku jugak rasa nak
terkencing. Penyakit betul. Korang sila jangan bayangkan apa solution kami
berdua eh. Haha. Setelah setengah jam berhempas pulas, baru boleh bukak grill. Nasib
boleh. Amie kata time tu dia dah plan nak balik rumah ma ayah jek. Phewww…
Harap
semua ujian ni ada hikmah di sebaliknya..
XOXO