instagrammers

Instagram

5.6.13

Tak pandai berjalan tapi sibuk nak ajak orang jalan



Dalam dua tiga hari ni ma tak berapa sihat. Penat merewang rumah orang kahwin hujung minggu haritu kot. So ambil cuti sebab kesian kat ma nak kene jaga Harz. Bila time cuti duduk kat kampung terus feeling macam dalam berpantang sebab aktiviti lebih kurang sama jek. Cumanya yang beza Harz sekarang ni kerja asek nak berdukung jek. Letak kat bawah nangis. Letak dalam walker taknak. Letak kat rocker dah pandai nak turun sendiri. Serious rasa nak tercabut pinggang. Lepas tu time dukung tu tolak-tolak badan dia tunjuk nak keluar rumah. Amboiii ko kecik-kecik dah pandai nak main kat luat. Siap request nak naik motor ajak round-round. Geram hokeh. Ummi babap nanti baru tau. Kalau dulu time berpantang, duduk senyap jek tangan kaki berbedung semua. Kalau ummi awak ni surirumah mesti kurus kerja nak mendukung awak jek Harz.

Sekarang ni bukan time siang jek tak reti duduk diam. Malam pun sama hokeh. Macam malam semalam. Kami laki bini kat dapur tengah makan. Harz tidur dalam bilik. Tetiba jek dengar suara dia menangis. Aku suruh amie yang pergi tengok sebab dia dah habis makan. Lepas tu still dengar lagi Harz ni menangis. Eh kenapa lama sangat kan. Aku pun pergi lah jengah jugak. Tengok-tengok amie tengah dok menarik Harz dari celah katil. Rupanya amie kata dia masuk bilik cari Harz tak jumpa. Suara nangis jek yang dengar tapi sayup-sayup. Rupanya dah bergolek kat bawah katil. Dia nak angkat kepala tapi sangkut dengan besi katil. Haha harz harz. Tak tau nak panic ke nak ketawa time tu. Nasib apak dia yang jumpa dia dulu. Kalau aku yang jumpa, mesti capai tepon dok rekod dulu. Kahhh..






     XOXO

 



1 komentetar:

MadianiMamat said...

apeee??? masuk bawah katil lagi?? hahaha mokchik tak sedor tak tidor kepenatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...