Baru
semalam cerita pasal 6 bulan. Tuptup harini dah 7 bulan. Nampak nau ummi buat
entri secara pukal. Bz lah nak oiii. Hehe. Ok moh kita cerita apa akal dak Harz
ni time umur dia 7 bulan. Banyak milestone dia nak dibandingkan dengan bulan
sebelum ni.
Pertama,
pelan-pelan dah angkat bontot. Belum boleh merangkak. Belum boleh duduk dengan
sendiri. Tapi dah start memaut apa sahaja yang ada berdekatan untuk cubaan
berdiri dan memanjat. Hoii kalau terjaga tengah malam time tidur tu, abis badan
kita dipanjatnya. Tu takpe. Kalau jatuh pun atas tilam. Tapi kalau
cubaan panjat kerusi tu agak gerun sikit sebab takut terlepas tangan then
tersembam kat lantai. And guess what? He did it. Benjol kepala sudah. Merah pipi
pun sudah. Nasib takde kejadian yang teruk. Mungkin sebab dia dah pandai nak
bajet bila nak jatuh tu slow-slow jek kepala tu dilandingkan.
Genap
7 bulan gigi dah tumbuh 2 batang bahagian bawah. Dan 2 minggu selepas tu, gusi
atas dah start membengkak nak pecah. Dah nampak bayang 2 batang gigi atas pulak
nak muncul. Kalau time menyusu agak-agak kalau dia menggeram tu hoihhh sakit
hokeh.
Solid
food dah start makan macam-macam. Takdelah macam-macam sangat. Means bubur tu
dah start bagi. Campur dengan carrot. Try bagi campur dengan kentang dia tak
berapa gemar sangat. Esok nanti dah masuk 8 bulan nak try bagi campur dengan
ayam pulak. Mesti sedap. Silap-silap ummi tukang suap yang tolong perabiskan. Puri
buah masih diteruskan untuk snack time. Kadang tu epal ke, pisang, betik. Ikut kerajinan
ummi dia lah nak buat. Aku buat puri stok untuk seminggu terus. Senang.
Perangai
Harz sekarang ni setiap petang suka sangat nak ajak meronda kat luar rumah. Setiap
hari. Dapat pulak toki tokma yang rajin melayan. Sukalah Harz. Tapi bila balik
rumah bukit payung dah takde sapa nak melayan bawak pergi jalan-jalan semua. Kosser
mak. Nasib lah apaknya nak jugak layan. Bawaklah pergi depan-depan rumah gitu. Bila
ajak masuk dalam rumah, dah pandai tolak-tolak badan protes taknak masuk rumah.
Pfttt.. ikut perangai sapa entah. *tangan kat belakang, mata tengok atas* Lalala..
Makin
besar ni makin susah nak ajak bergambar. Tak reti dok dendiam. Muka semua nak
masam mencuka. Aku agak mesti terkenan dek rupa babahnya. Eh kalau babahnya
lagi susah nak ajak bergambar. Nasib Harz ni kecik lagi. Jadi mangsa camwhore
ummi jek lah kekdahnya. Masam pun masam lah. Mak obsess anak memang gini.
Apa tengok-tengok
*kening angkat sebelah*
|
XOXO
0 komentetar:
Post a Comment