instagrammers

Instagram

26.6.13

Hari Sukan

Time ni baru sampai. Harz mentido dalam kereta start dari kuala berang lagi


Hujung minggu haritu lepas setel mandi sungai pagi-pagi hari, kami berkejar pulak ke Batu Buruk sebab company ada buat pembukaan hari sukan untuk tahun ni. Dah namanya ada anak kecik khennn, haruslah sampai lambat. Orang semua start pukul 7.30 pagi. Yang kami ni pukul 10 baru nak kunjung tiba. Jauh perjalanan kami sebab tu lambat *alasan*. Haha. 


Group photo. Masa ni kami tak sampai lagi
Sampai-sampai tu orang semua dah habis main game. Tengah berkemas susun-susun kerusi bagai. Haha. Fenat kami memecut dari kuala berang dengan tak brekfes apa semua. So sampai-sampai jek terus grab makanan. Tengah syok makan, tengok orang semua dah sibuk bersalam-salam nak balik. Salam-salam, gossip sikit-sikit, dieorang balik, kami sambung makan. Lepas tu kami pun balik. Tak sampai setengah jam pun kat batu buruk. Tapi nasib baik team I yang menang. So nanti penutup merasa jugaklah hadiah. Menang tanpa bertanding kata orang. Haha..


So kami buat group photo sendiri. Family photo. Haruslah kena ada khennnn.. ;)


     XOXO

25.6.13

Hariz mandi sungai


 

Weekend haritu bawak Harz mandi sungai belakang rumah atok dia. Actually ni first time ummi jejak kaki kat sungai belakang ni even dah lama duduk kat rumah atok Harz. Haha. First time pergi macam tak percaya sebab sungai dia sangat bersih dan jernih. Patutlah memang ramai orang mandi kat sungai tu. Air dia pun best. Tak sejuk sangat. Kalau nak diikutkan air paip dalam bilik air lagiiii sejuk. Kalau mandi subuh-subuh hari time nak pergi kerja tu, mak aiii sejuk sampai menangkap ke sum-sum tulang. Tapi tak kat sungai ni. Air dia still segar tapi takdelah sejuk stok sampai mandi terketar-ketar. Air sungai ni pun datang dari air terjun sekayu.

 

So masa hujung minggu haritu amie macam biasalah kalau hari cuti memang dia mandi sungai. Apalagi aku terus dukung Harz bawak ikut sekali. Tapi time tu amie bawak lalu ikut jeti yang scary sikit. Ada sekali tu time aku pijak kayu tu macam bunyi nak patah. Hoiii tahulah I ni tak berapa nak kurus. Takyahlah nak bagi sound effect tanda tak kasi pijak khennn. 


  








Hari kedua esoknya bawak lagi Harz mandi sungai sebab tengok dia macam tak puas. Mana taknya, ajak naik tapi takmoh. Suka sangat dia berjalan atas pasir dalam air tu. Terus ummi berkobar-kobar semangat waja nak cari pelampung untuk Harz. Tapiiiiii… Hah ada tapi. Malam tu Harz mendemam merengek-rengek stok susah nak tidur malam. Sampai lah ke harini still lagi tak sihat badan. So…. No more sungai after this for u Harz. Until ummi tengok Harz dah betul-betul kebal fit badan semua, barulah kita turun sungai lagi. Okeh harapan ummi nak beli boya hancussss… 


      XOXO

20.6.13

Happy 8th month Harz!




Dengan kereknya Harz kata,
"ummi, no picture please!"

Fioneeeee..

Hari ni genap 8 bulan selepas peristiwa meneran beranak yang bagai nak tercabut pinggang. Happy 8th month sayang! Ummi & babah love u so so so much..





      XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...