instagrammers

Instagram

26.12.12

Hariz di 2 bulan

20hb lepas Hariz dah 2 bulan. Sekejap jek masa berlalu. Rasa macam baru semalam diseluk-seluk. Haha. Seram ko. Serik..

Eh bukan nak cerita pasal kena seluk. Ni nak habaq pasal Hariz. Sepatutnya last week dah kena bawak dia pergi monthly check up tapi masa tu kan kami kat johor. Makanya postponed ke minggu ni. Check-check macam biasa. Timbang dah 6kg. Terkejut omak kau Hariz. Last timbang masa dia sebulan. Time tu baru 4.3kg je. Patutlah atap sangat budak ni. Lepas timbang kena inject. Menangis meraung tapi sekejap jek. Mummy tau Hariz budak kuat kan. Heh. Harap-harap tak demam lah nanti sebab tengok banyak review orang kata lepas inject 2 bulan ni mesti demam. Risau jugak.

Hariz di 2 bulan ni dah pandai respon time diagah. Kadang tu kalau kita tak layan dia, dia pulak yang mengagah kita. Pulak tu kalau senyum ada lesung pipit. Aishh geram ok. Rasa nak geget-geget jek pipi dia. Kadang tu dia suka buat buih-buih air liur dia kat mulut. Tapi tak meleleh lah. Memang baby macam tu eh. Lepas tu sekarang ni dah jarang poo-poo. Risau sangat. Haritu ada sekali dah lepas 3 hari baru dia poo-poo. Meloncat happy mummy dia. Haha. Anak berak pun boleh suka macamkan menang jackpot. Kalau dulu nak pegang pampers budak pun geli. Haha..

Sekarang ni tidur malam dah lama sikit. Kalau dulu sejam sekali bangun mintak susu. Sekarang dah tak. Tidur straight 2,3 jam baru bangun menyusu. Kadang tu aku terjaga tengah malam tengok dia tak bangun- bangun mintak susu. Kita pulak yang kena kejut dia bagi susu. Risau jugak takut dia lapar kan. Time siang suka bebenau masukkan tangan dalam mulut. Tapi sekarang still pakaikan mitten sebab mummy dia aseklah lupa nak potongkan kuku Hariz. Haritu mokcik dia ada tolong potongkan tapi sekejap jek dah panjang balik. Risau bercalar pulak mukanya nanti. Tunggu jumaat ni nak potongkan kuku. Lepas tu dah boleh start tak pakai mitten eh Hariz. Tapi mummynya kena gigih potongkan kuku tetiap minggu lah. Mummy punya kuku sendiri pun kadang lupa nak potong. Acane? Ngeh3..



25.12.12

Banjir christmas eve

Semalam balik kerja amie kelam kabut ambil aku. Katanya kampung dah start naik air. Perjalanan balik kampung pun banyak jalan yang dah ditenggelami air. Nasib tak ada jalan yang tutup. Kalau tak, tak tahulah macamana. Masa nak dekat sampai rumah, lat 2,3 rumah jek lagi, tengok banyak kereta yang berhenti dan patah balik. Rupanya air naik tinggi sangat. Tapi amie gamble jek teruskan perjalanan. Berhentikan aku depan rumah suruh turun dulu. Masa nak buka pintu kereta tu, sikit lagi air nak masuk dalam kereta. Scary gila rasa meredah air tu nak pergi ke area rumah. Dah la air deras. Pheww. First time ok mengalami banjir depan mata sendiri.

Dah masuk rumah, tengok area dapur dah selamat air naik sampai paras lutut kot. Masa tu che ngah tengah sibuk dok mengangkat robok-robok. Peti ais, mesin basuh semua nasib bad dengan kengkawan dia dah tolong angkat. Tinggal meja makan jek yang masih kat dapur.

Bahagian bilik, air ada gak masuk celah-celah tepi dinding. Ruang tamu ok lagi tak naik air. Cumanya bila kereta lalu lalang depan rumah bawak lelaju, banjir kat luar tu terus melimpah ruah masuk kat area depan rumah. Sampai berombak tikar getah kat area ruang tamu. Scary ok. Lantai rumah ni kan kayu jarang-jarang. Memang boleh nampak air bawah rumah beberapa inci lagi nak cecah lantai. Aku ni dok lah membayang kalau hujan tak berhenti lepas tu air naik sampai ke ruang tamu macamana lah gayanya kan. Dah lah dengan anak kecil lagi. Tapi syukur air semakin berkurangan time tengah malam.

Rumah kami sendiri pun tak tahu lah apa cerita tu. 2 hari lepas ada balik. Time tu dah banjir area luar rumah. Nak bukak gate luar tu memang kena meredah lah. Harap-harap jangan lah sampai masuk ke dalam rumah. Dah lah barang dalam rumah tu satu apa pun tak angkat lagi. Finger cross..

24.12.12

Hariz oh Hariz

Semalam kan first day naik kerja. Means first time jugaklah aku tinggalkan Hariz seharian. Sedih gila. Rasa macam masa tu lambat je berlalu time kat ofis. Rindu gila. Padahal baru beberapa jam. Haishh...

Balik kerja tu aku tengok ma tengah dukung Hariz. Dengar Hariz dok tersedu-sedu. Nak cepat besar agaknya anak mummy ni. Aku pergi kat ma ingat nak ambil susukan dia. Masa nak ambil tu, dia taknak tengok pun muka aku. Merajuk agaknya. Keciwa hati mummy. Huhu. Tapi aku ambil jugaklah kan. Masa dah ambil tu, dia punya nangis tu bergema satu rumah. Sedih gila nak bagitau yang mummy dia tinggalkan dia. Aku tengok pun boleh jadi sedih. Huwaaa. Anak mummy ni kecil-kecil dah pandai merajuk. Anjer ngat tauuu..

23.12.12

Sayang anak tinggal-tinggalkan

Harini first day naik kerja selepas 2 bulan bercuti makan gaji buta. Heaven gila dok rumah tak kerja tau-tau hujung bulan dapat gaji. Muahaha. Kan best kalau tetiap bulan macam tu.

Pagi tadi bangun pukul 4.30 sebab Hariz ek ok ek ok nak susu. Mengempeng sampai pukul 6. Lepas tu aku bangun nak bersiap-siap. Masa time pakai baju mekap semua, Hariz dok terkebil-kebil tengok aku. Macam tau-tau jek nak kena tinggal dek mummy dia. 6 lebih chik masuk bilik agah-agah Hariz, terus dia jadi layu dan tertidur. Ngantuk sangat ler tu sebab bangun dari 4 lebih. Selalunya bila nyusu malam-malam biasanya dalam 15 minit je lepas tu terus tidur. Ni tak. Berjaga nak tengok mummy daddy dia pergi kerja agaknya.

Masa dah nak pergi tu gila sedih tinggalkan Hariz. Tuhan jek yang tahu. 2,3 kali aku dok ulang alik pergi bilik cium dia. Padahal dah sarung selipar nak masuk kereta. Sedihnya nak tinggalkan dia. Tapi aku tahu Hariz berada di tangan orang yang boleh dipercayai. Lega hati. Lainlah kalau hantar dia ke nursery ke kan. Memang tak keruan kalau memikirkannya.

Hariz duduk dengan toki tokma tu behave ok. Jangan meragam. Hariz kan good boy kan. Nanti mummy balik upah susu ok. xoxo

21.12.12

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak
pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”. Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat.
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan
anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai
lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Bila dibaca tentang fakta kat atas ni, semuanya memang ada kebenarannya. Walaupun letih dan sakit pada mulanya, tapi tu semua berbaloi bila tengok muka hariz yang tengah tersenyum. Terima kasih Allah atas kurniaan yang diberikan. Syukur!


19.12.12

Wordless Wednesday

16.12.12

Eqin's e-day

Semalam hari pertunangan adik. Jadinya kami anak beranak balik kampung untuk sama-sama meraikannya. Nak cerita panjang tapi Hariz sibuk ajak dok mengempeng jek ni. Gambar dengan full story kita cerita later-later yek. Apa-apa pun, tahniah Eqin & Reza! Next year maksu kahwin hopefully Hariz dah pandai jalan.

10.12.12

Durian oh durian

Haritu kan tengah kemuncak musim durian. Orang semua dok makan durian fresh-fresh depan mata, yang aku ni cuma boleh telan air liur je sebab masa tu masih lagi dalam pantang. Nak-nak dengan adanya fenomena durian crepe. Pulak tu ada pancake durian lah, pengat durian, serawa durian, bubur kacang hijau durian. Macam-macamlah semua nak diletakkan durian. Memang terliur sangat-sangat. Nak dijadikan cerita, durian dusun memang berlambak-lambak. Sampai berulang-ulang semua orang makan. Celik mata jek terus makan durian dulu. Tapi diri ini kena kuatkan iman masa tu. Ni dah habis berpantang apa lagi yang ditunggu-tunggu. Rezeki jangan ditolak. Ma offer makan buah duku dengan rambutan. Aku cakap yang aku tak suka sangat buah-buah cenggitu. Kalau durian lainlah. Ewahh saje bagi hint tu nak tanya ma boleh dah ke makan durian tu sebenarnya. Sekali ma jawab boleh kau. Tak tunggu dah time tu. Tak toleh kiri kanan dah. Pak mertua lalu belakang pun dah tak heran time tu punyalah pelahap macam lama bebenor tak makannya. Tapi memang lama pun sebab ngandung haritu takut nak makan sebab panas takut effect pada baby dalam perut time tu. Walau pelahap macamana pun, makan cuma 3,4 ulas je sebab memikirkan anak. Tapi time makan tu i tell u punyalah nikmat hanya tuhan je yang tahu betapa sedapnya durian ni. Rasa macam nak makan lagi tapi takpe niat dihati esok masih ada hari lagi.

Hasil makan durian haritu, malamnya hariz tidur tak lena. Sekejap-sekejap merengek. Biasanya kalau hariz ek ok ek ok aku pok-pok kan je dia. Tapi ni dia punya ek ok ek ok tu macam lama lah pulak. Bukak pampers tengok tak poo poo. Bila dah lama-lama dia punya merengek tu, bukak barut sapu minyak yuyi. Terus terkentut-kentut sambil poo poo. Huh. Memang confirm sah lagi sahih yang hariz kembung perut. Aku syak ni mesti sebab durian. Pffttt terus terbantut niat mummy nak sambung makan esoknya. :(

9.12.12

Bekengnye yeeee..!

8.12.12

Bila dah habis berpantang

Bila dah habis berpantang ni, langkah pun jadi panjang lah sikit. Lama gila tak keluar rumah sampaikan bila keluar tengahari tadi rasa macam silaunya mata punyalah lama tak tengok matahari. Hover kan. Keluar sekejap jek dalam 2 jam tapi tu pun setiap masa dok memikirkan anak yang ditinggalkan kat rumah. Nangis ke dia, lapar ke dia. Tu baru sekejap tinggal. Esok-esok nak naik kerja macamanalah gayanya kan.

Ouh pergi berjalan tak jauh manapun. Setakat kuala berang jek yang tak sampai 15 minit dari rumah mertua. Kebetulan harini ada pasar minggu, jadinya banyaklah orang jual kain baju makanan semua. Target aku nak cari baju untuk pakai majlis tunang adik minggu depan. Cari punya cari sampai beli berhelai-helai sekali dengan baju kerja. Bukan apa, barulah semangat nak pergi kerja kan. Pilih baju sekarang ni tak boleh nak berpesen-pesen sangat. Kena memikir baju mestilah berbutang depan untuk kesenangan menyusukan anak. Sekarang ni nak buat apa-apa mesti memikir anak dulu. Betullah kata orang, "people change". Dulu tengok baju style macam tu macam baju mak-mak jek. Sekarang ni bila dah jadi mak, barulah tau perasaan itu.

Jalan punya jalan lagi tengok ada orang jual anak ayam. Dan yang amazingnya anak-anak ayam tu semua colorful. Cakap jek nak warna apa, semua ada. Dua ekor rm5 jek. Memang ramai lah bebudak beli. Gamaknya dieorang ingat anak ayam tu permainan agaknya. Memang kalau tengok macam permainan tapi hidup ok sebenarnya. Pak kal jek hariz kecil lagi, kalau tak mesti aku belikan sekor dua buat jadi pet dia. Dan haruslah kaler pink menjadi pilihan. Haha...

5.12.12

Hariz dengan playgym

Mummy hariz dah habis pantang. Jadinya moh kita balik ke rumah sendiri. Aktiviti hariz di petang hari bermain sambil belajar. Belajar apa? Belajar mengenal warna. Dengan permainan pun boleh menjadi pembelajaran untuk baby. Ok lah. Hariz nak sambung main. Bye..

30.11.12

Hariz dan gadgetnya

Nak tengok gambar latest hariz? Satu gambar tutup muka sebab nak buat surprise. Satu lagi gambar dengan gadget terbaru dia. Haritu mummynya kan demam sampai tak boleh bangun. Nak direct feeding tu boleh lagi digagahkan diri tapi bab nak bergantung berjam-jam tu yang tak larat. Kadang tu sambil terketar-ketar. Mummynya tak larat, hariz pulak tak ada 'pelali' untuk tidur. Sampai dua-dua nangis. Nak kena cari ikhtiar lain dengan beli puting tipu. Orang kata jangan bagi sebab tak elok itu lah, tak elok ini lah. Tapi takpe, mummy buat yang terbaik untuk hariz. Hariz jangan pulak hisap puting tipu tu lama-lama ye nak..

23.11.12

Kelahiran Hariz Al-Haziq

Hello. Nama saya Hariz Al-Haziq. Saya dilahirkan pada 20.10.2012 di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sepatutnya tarikh due mummy saya pada 19hb tapi haritu baru mummy saya rasa sakit dan lepas tu esoknya beranakkan saya. Mummy saya kata sakit beranak ni macam nak tercabut pinggang. Masa malam sebelum beranak tu mummy dah pergi hospital dengan daddy tapi daddy tak boleh duduk kat wad teman mummy. Tinggallah mummy sorang-sorang menanggung sakit. Esoknya lepas subuh air ketuban mummy pecah. Terus mummy kena hantar ke labour room. Duduk kat labour room dari pagi sampai ke petang. Daddy pun ada masa tu temankan mummy. Daddy tak berhenti baca ayat Al-Quran sampai kering tekak berjam-jam dok mengaji. Rasanya boleh khatam satu kitab sebab bila mummy menangis sakit je lagi kuat daddy baca sampai saya kat dalam perut mummy pun boleh dengar. Pukul 2.30 petang doktor cakap yang jalan dah buka 10cm. Doktor bagi mummy masa setengah jam untuk teran sambil ajar mummy cara meneran semua. Letak kaki tangan kat palang besi sambil meneran sekuat hati. Daddy tolong angkat kepala mummy bagi tinggi sikit. Mummy cuba teran banyak kali sampai merah-merah muka tapi tak berjaya. Mummy teran sampai dah nampak rambut saya nak terkeluar dah tapi mummy tak pandai nak curi nafas. Lepas mummy dah teran kuat-kuat, mummy pergi ambil nafas panjang. Terus kepala saya yang dah terkeluar sikit tu termasuk balik. Mummy teran-teran lagi tetap saya tak boleh nak keluar. Lepas tu doktor cakap yang masa ada tinggal lagi sepuluh minit je. Kalau mummy tak beranak jugak, doktor nak bedah. Masa tu dah pukul 2.50 petang. Bila mummy dengar nak kena bedah jek terus mummy teran sekuat hati dalam satu nafas. Keluarlah saya sambil menangis tepat jam 2.51 petang dengan berat 2.99kg. Doktor ambil saya letak kat atas badan mummy. Daddy pun azan kat telinga saya. Terus saya berhenti nangis time tu. Lepas tu nurse ambil saya untuk bersihkan dan pakaikan baju pertama saya. Saya dah setel tapi mummy belum lagi. Mummy ingatkan dah habis sakit dia tapi rupanya tidak. Mummy kena jahit pulak. Dah lah tak bius. Mummy kata rasa diri ibarat kain perca je bila nurse masuk jarum lepas tu tarik benang sambil sentap banyak-banyak kali. Pffttt..

Ok. Tu cerita pasal mummy. Sekarang nak cerita pasal Hariz. Sekarang ni dah umur sebulan. Berat terkini 4.3kg. Hobi saya suka tidur. Saya suka tidur tapi susah nak tidur. Kalau boleh nak tidur atas riba orang jek. Kalau letak kat tilam mesti otomatik saya akan terjaga. Lagi satu time nak tidur saya suka puting mummy saya ada kat mulut saya. Padahal saya tak hisap pun cuma kemam-kemam jek. Saya ada dengar yang mummy berangan nak belikan saya puting tapi daddy membantah sekeras-kerasnya. Mummy saya tahu yang puting plastik tu tak elok tapi mummy risau bila time mummy nak pergi kerja nanti macamana saya nak tidur kalau tak ada puting kat mulut. Hmmm tak tahulah kes ni nanti siapa yang menang, mummy ke daddy. Kalau saya, ikutkan saje. Kalau puting plastik tu rasanya best, apa salahnya kan. Hehe. Bila bangun tidur, saya selalunya nangis bagitahu nak susu. Saya kuat minum susu. Kadang tu boleh habis 4oz. Sejam sekali confirm saya bangun tak kiralah siang ke malam. Kesian mummy daddy saya sebab tak dapat tidur yang berkualiti. Sekarang ni mummy berpantang kat rumah tokki tokma. Lepas habis 40 hari, bolehlah saya balik rumah mummy daddy. Masa 40 hari nanti tokma nak panggil tok bidan buat pelepas untuk saya sebab masa beranak haritu saya terbelit tali pusat kat leher. Lepas tu daddy nak botakkan kepala saya sebab masa hari ketujuh haritu cuma buat cukur jambul. Diaorang cuma potong sikit-sikit je. Lepas tu tokki ada buatkan korban dan aqiqah untuk saya. Kebetulan hari tu hari raya korban. Untunglaa saya kan.

Hmm oklah. Nanti kemudian hari saya suruh mummy update entry hari-hari pasal saya. Bye..


18.10.12

Trimester Ketiga




Bukak blog pepagi, tetiba terpandangkan countdown kat side bar atas ni. 1 day to go? Apa? Sendiri rasa macam tak percaya. Setakat ni tak ada lagi rasa-rasa macam nak terberanak. Tapi tak tahulah kot-kot kejap lagi rasa tu datang ke kan. Aku kalau boleh memang nak beranak esok. Bukan sebab date ke apa. Cuma kalau boleh tu nak lah hari Jumaat. Kan penghulu segala hari. Tapi tu semua kerja Dia. Aku pasrah jek terima takdir bila-bila date untuk beranak. Janji mudah-mudahan semuanya selamat.

Pejam celik pejam celik dah nak berakhir trimester ketiga ni kan. Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal. Badan memang confirmlah naik kg kan. Takpe. Mummy tak kisah pun gemuk. Janji anak mummy dapat cukup nutrient yang mummy makan ni. Esok-esok nanti lepas dah beranak, boleh diet. Aku selalu cakap macam gitu kat amie. Amie kata nak diet? Ok, die nak tengokkan aje. Haha. Kejam kan. Bukan nak support pun. Aishh.

Kaki dah semakin membengkak. Even sandal kerja ni pun dah semakin sendat. Nak beli baru macam dua tiga hari jek lagi nak beranak kan. Jadi bertabahlah kau wahai kakiku. Lagipun  bukan kerja berjalan pun. So tak ada lah rasa sakit pun. Hmm perut semakin membesar dan mengeras. Kadang tu tak selesa time tidur. Mengiring kikiri rasa tak kena, kekanan rasa tak selesa, terlentang lagilah rasa mengah. Tapi nasib mata ni jenis yang senang dengar kata sebab kalau memang dah time tidur tu, rasa tak selesa macamana sekalipun, mata ni tetap akan terlelap. Ada sekali tu time tidur tetiba jek tersentak sebab kaki tetiba cramp. Menjerit sekejap jek. Tapi lepas  tu terus tertidur semula. Tak ada lah jenis merengek 2,3 jam malam tu. Mata mengantuk mengatasi segala kesakitan. Haha..

Persiapan setakat ni aku rasa macam dah ok kot. Dari segi keperluan baby tu, nanti kalau tak cukup kemudian hari pun boleh beli. Takut beli banyak-banyak sebelum beranak, ada yang tak guna nanti. Maklumlah baby kan cepat besar. Persiapan aku so-so jek. Jamu-jamu tu dah beli yang set punya. Aku ingat nak cari minyak kelapa dara tapi tak jumpa-jumpa. Tapi nasib baik baru ni ma ada buat minyak kelapa jadikan minyak selusuh. Tapi minyak tu buat sapu time dah rasa sakit nanti. Amie pun ada belikan akar fatimah haritu masa kat Mekah. Tapi aku tak rendam lagi. Dari sehari ke sehari nak buat aseklah lupa jek. Air zam-zam dengan kurma yang amie bawak balik haritu pun ada sikit lagi. Cukuplah rasanya untuk aku makan sebelum beranak buat tambah tenaga nanti. Simpan sikit jugak untuk bagi pada baby time baru lahir untuk acara bertahnik. Orang kita panggil macam belah mulut lah. Biar jadikan air zam-zam dengan kurma tu as makanan pertama dia sebelum minum susu ibu semua.

Sekarang ni masih pergi kerja macam biasa. Sebab aku pikir kalau dok rumah tu nanti aku bermalas-malasan jek. At least kalau pergi kerja ni ada jugak buat exercise jalan kesana kemari kan. I is konpius. Nak apply cuti tak tahu bila. Kadang pepagi tu rasa macam dah tak larat sangat dah nak bangun. Tapi gagahkan diri jugak. Nak cuti nanti tak tahu nak buat apa. Buatnya aku beranak seminggu dua overdue. Melangut pulak kat rumah tak tahu buat apa. Hmm doakan aku beranak esok..

Insyaallah kalau dah beranak esok, memang bersawanglah blog ni jawabnya. Sebab selalunya aku online ni kat opis jek. Kalau dah start cuti 60 hari, 60 hari lah jawabnya offline kan. Jadinya sebelum blogni start sunyi sepi, aku nak mintak maaf kat semua orang kalau selama ni ada terbuat salah secara sengaja atau tak sengaja, tersilap kata, tersinggung perasaan. Mintak jugak dihalalkan makan minum semua. Eh rasa macam nak raya lah pulak kan. Hehe.. u ols semua doakan yek semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. 


14.10.12

Holi-holiday



Weekend baru ni macam biasalah amie kerja. Dia memang minggu kedua dan keempat kena kerja half day. Jadinya duduk lah aku kat rumah sorang-sorang mengemas apa yang patut. Tengahari tu dapat sms dari amie, “Sila packing baju, seluar, kain, baju renang. Kita pergi holiday”. Amboi siap nak berenang bagai tu yang tak tahan tu.

Petang tu dalam area pukul 4 gitu, amie pun balik kerja. Siap-siap terus gerak. Kejap jek perjalanan tau-tau dah sampai. Rupa-rupanya bercuti di pulau. Pulau mana? Pulau Duyong. Haha. ‘Jauh’ bebenor destinasi percutian kali ni.


Sampai-sampai terus ambil bilik. Dok rehat kejap sambil makan mee goreng basah yang dibeli kat pasar malam depan resort tu. Best. Sebab orang tu baru jek siap goreng so makan panas-panas adalah sangat heaven. Kenyang perut barulah hati happy kan. Baru ingat nak memanjakan mata yang dipanggil-panggil bantal empuk kat bilik tu, sekali amie ajak pergi swimming pool pulak. Ikutkan aku nak pergi kolam esok pagi jek barulah feeling macam mat saleh berendam pepagi kan. Tapi haruslah taat dengan cakap suami. Ikutkan aje pergi petang tu. Tapi nasib baik tak pergi esoknya sebab pepagi esoknya adalah hujan. Fuhhh nasib baik kalau tak memang melopong jek lah jawabnya.


Pergi kolam petang tu, orang adalah sangat ramai. Memula tu nak turun masuk ke kolam macam takut-takut. Dalam kepala otak aku ni macam-macam dah dok berimaginasi. Takut jatuh licin ke, lemas ke, macam-macamlah. Tapi kuatkan semangat jugak. Orang kata dok berendam dalam air sejuk lelama boleh cepat beranak. Jadi moh kita terjun. Sila bayangkan macamana aku berenang dengan pelampung yang berat diperut. Haha. Nak berenang tu boleh jek, tapi nak terapungkan badan sambil berbaring tu memang tak boleh. Rasa kat bahagian perut macam tenggelam jek. Berat sangat kot.


Nak dekat maghrib gitu, kami balik ke bilik. Rehat-rehat kejap, lepas isyak pergi dinner kat restoran. Kebetulan bos amie on duty hari tu. Jadinya diajaknya kami join sekali dinner dengan dia. Aku ok jek. Janji perut kenyang. Haha. Makan punya makan sambil berbual tak sedar jam dah pukul 11 lebih. Rasa macam sekejap jek. Lepas tu balik bilik masing-masing dah ngantuk. 


Esok pepagi awal-awal lagi amie dah kejut. Ingatkan nak pergi mana, rupanya nak ajak pergi breakfast jek. Semangat betul laki aku ni. Dia kata aku ni kalau makan dah lah berejam, kalau pergi lewat-lewat nanti, ada yang orang dah clearkan buffet tu. Betul jugak kata laki aku tu. Hee..


Lepas breakfast kami pergi jalan sekitar resort tu. Macam kan tourist pulak padahal tempat kerja lama aku merangkap tempat kerja sekarang laki aku ni. Haha. Ye lah. Dulu-dulu kan namanya bekerja. Mana nak ada masa jalan-jalan ambil angin sambil ambil gambar semua ni kan. Time-time bercuti macam ni jek lah nak feeling-feeling tourist kan. Hee..

Lepas tu balik bilik, kemas apa yang patut, kami pun check out. Walaupun holiday cuma 2 hari 1 malam jek, rasa release sekejap kepala ni. Kalau tak, mana nak pikir hal kerja lagi, hal nak beranak lagi, macam-macamlah. So masa-masa macam ni sangatlah diappreciate. Lepas ni takde dah nak jalan-jalan. Silap-silap kena kuarantin dok dalam rumah 2 bulan. Ngee.. 



8.10.12

Penjagaan Tunggul Tali Pusat Bayi




Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya.

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.

Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang

2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.

Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.


Sumber : Pa & Ma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...