Teringat aku akan cerita yang disampaikan oleh seseorang:
Wahai anak ku, selama 400 tahun Tanah Melayu dan orang-orang Melayu dijajah dan selama itu juga lah kita dinafikan hak kita sebagai peribumi oleh penjajah. Kaum pendatang diberikan keistimewaan oleh penjajah. Mereka menikmati keistimewaan lebih daripa apa yang kita nikmati sekarang. Setiap peluang terbuka luas untuk kaum pendatang seperti menikmati kemudahan pembelajaran, perniagaan, keselesaan hidup, pinjaman dan lain-lain. Sedangkan orang-orang Melayu dipinggirkan dan dinafikan dari menikmati peluang-peluang yang ada oleh penjajah.
Bayangkan selama 400 tahun itu kita orang-orang Melayu tertindas di Tanah Air sendiri. Pada ketika itu boleh dikatakan semua Profesional seperti Doktor, Pegawai Tinggi, Peguam, Artitek dan lain-lain terdiri daripada kaum pendatang, berlakunya keadaan ini adalah kerana pihak penjajah tidak mahu orang-orang Melayu maju, kerana kemajuan orang-orang Melayu akan menyusahkan pihak Penjajah.
Syukurilah setiap nikmat yang Allah kurniakan pada kita ketika ini dan gunakan setiap peluang yang ada untuk memaju dan membangunkan anak bangsa kita yang jauh ketinggalan selama ini. Bersatulah dalam satu barisan demi menjaga keutuhan Agama.
P/S : Kamu akan dihormati bila kamu bersatu dan terhinanya kamu bila kamu berpecah belah.
0 komentetar:
Post a Comment