instagrammers

Instagram

23.8.11

Lailatul Qadar 2011



Waktu Sebenar Malam Lailatul Qadar
Ada satu dua perkara yang terkesan di hati saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang mitos-mitos yang seringkali kita dengar di kalangan orang Melayu. Saya rasa anda mesti pernah dengar atau pernah baca tentang hal ini.

  • Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadar jatuh pada malam 29 Ramadhan.
  • Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan.
  • Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.
  • Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan.
  • Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.
Hal ini diteliti sendiri oleh Imam Ghazali [rujukan : SURAUKINI

Bagi saya kita boleh jadikan pernyataan ini sebagai petanda tapi apa salahnya kalau kita betul-betul beribadah, rajin beriktikaf, selalu qiamullail, sering membaca al-Quran pada setiap malam di 10 malam terakhir tu kan.

Yelah, mana tau kan. Dok set hari tu, contohnya malam Ahad, punya la bersungguh buat ibadah malam tu JE, sekali takde. Tak ke sedih? Memang hampeh. Nak ibadah, tajdid (baca : perbaharui) niat tu, memang niat kita nak jumpa malam Lailatul Qadar, tapi setakat satu malam je buat amal, huhu..


Mitos Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadar
2 kali saya terdengar pasal benda ni.
Satu di masjid, satu di internet [rujukan : sini] bila difikir semula ada betulnya. Orang Melayu selalu cakap, kalau malam tu mesti air sungai berhenti mengalir, pokok sujud, air semua menjadi batu. Anda percaya?

Saya ada satu kisah ;

Pak Ali seorang yang rajin beribadah tetapi sekali pun dia tidak pernah berjumpa dengan malam al-Qadr itu. Mesti la dia teringin nak bertemu dengan malam tu kan.

Sehinggalah suatu hari datang seorang rakan membawa sepasu pohon renek yang diletakkan di dalam rumah, bertujuan untuk mengetahui bila malam al-Qadar itu sebenarnya memandangkan semua orang cakap pokok akan tunduk pada malam itu.

Dan pada setiap malam di 10 malam terakhir Ramadhan, Pak Ali asyik memperhatikan pasu pokok itu sampaikan ibadah yang dia buat tak khusyuk macam selalu. Dia juga sanggup tak tidur setiap malam demi nak tengok pokok tu sujud ke tak.

Dan akhirnya sampai ke malam 1 Syawal, pokok tu tak sujud-sujud jugak.

Apa yang saya percaya, malam Lailatul Qadar ni, kita akan rasa tenang sangat, rasa tenang yang tak pernah kita rasa sebelum ni. Kalau boleh asyik rasa nak tersenyum je. Yelah malam baik, hati pun semua jadi baik je la kann.  (mengikut apa yang saya dengar dalam tazkirah)

Oleh itu, saya rasa kita tak perlu la nak kira bila malam seribu bulan ni jatuh pada hari apa dan tarikh bila dan keaadan yang macam mana. Cukup la dengan sekadar kita terus membuat amalan dan menambahkan ibadah serta men-topup mana-mana yang belum cukup lagi tu kan?

Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah sedaya upaya berusaha dalam malam-malam sepuluh akhir melebihi usahanya di malam-malam lain.”
[rujukan : JAIS]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...