instagrammers

Instagram

23.3.11

Berjibab Putih


Merafak Setinggi-Tinggi Takziah dan Perasaan Duka Cita
atas Kemangkatan
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Terengganu
Semoga Roh Baginda dicucuri Rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang yang mendapat Makfirah.

Al-Fatihah




P/S : misi mencari jibab putih untuk berkabung

20.3.11

Emosi Tidak Stabil


Cuti rehat dua hari betul-betul merehatkan aku. Demam, selsema, batuk, sakit kepala, complete package ade. Malam jumaat yang lalu, aku gagahkan diri jugak pergi ke klinik. Sesampai je di klinik, takde kelibat manusia lain pun selain aku. Bukan musim demam agaknya. Getus aku. Duduk tak sampai seminit, nurse sudah memanggilku. Niat dihati, biarlah doktor perempuan yang biase merawatku, tapi sangkaanku meleset. Huh. Sekali doktor lelaki laa. Dah la mukanye sangat bengkeng. Makin berdenyut-denyut kepala aku rase.

Sekembalinye aku ke rumah, terus makan ubat-ubatan yang diberi. Perghhh. Tak sampai setengah jam aku dah rase khayal. Kuat betul effect dadah ubat ni. Esok petangnye baru aku sedar. Itupun sebab amie datang nak hantar barang. Mase ambil barang-barang tu dalam kereta, aku rase macam berjalan di awan-awangan. Masuk dalam rumah, sambung tidur semula. Malamnye bangun, masih tidak berubah. Alas perut sikit-sikit, makan ubat, khayal lagi dan terus tidur. Betul-betul rehat aku dua hari ni kan.

Sesiapa yang kol dan sms tu, kalau aku tak balas, harap maklum la. Ni semua kerana di bawah pengaruh ubat-ubatan sampai membuatkan emosi aku jadi tidak stabil. Ade jugak jemputan-jemputan ke majlis kawan-kawan tu aku tak dapat hadir, harap maaf. Kesihatan tidak mengizinkan disitu.

Tapi... hari ini, pagi ini, aku dah gagah semula. Dah larat bangun dan pergi kerja. Aku rase lagi gagah daripada die ni..

























P/S : walaupun tiada ibu tatkala aku sakit untuk membasahkan kepalaku dengan air asam jawa, aku tetap boleh baik jugak. : )

16.3.11

Andai Kau Tahu


Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak saying, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda. InsyaAllah..

14.3.11

Sepi Itu Indah


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mahu mengerti
Namun berat beban hidupku
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam


P/S: "Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku. Tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku. Bulan jangan biar siang. Biar alam ini  kelam. Biar ia sepi sepertiku"


13.3.11

Ujian Kemaluan



Ujian ni kalau nak buat, prosedurnya kena ada PC atau lappy.

Memula, bukak 'Notepad'.

Copy and Paste perkataan kat bawah nie.

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

Pastu save as file notepad tu dan letak tajuk i love u.vbs

Lepas korang save, klik pada file tadi dan korang dengar suara lelaki atau perempuan.

PC aku jantan!! Hahahahahaahahahaha..

P/S : credit to ILI sebab amek dari blog kau. Aku dah mintak izin tapi tak tau lah pulak kalau kau izin kan ke tidak. Hahaha..

P/S/S : make sure speaker PC atau lappy tu berfungsi.

P/S/S/S : banyak betul la pulak pesanan aku hari ni.


8.3.11

Semoga Selamat ke Jinjang Pelamin

Hari Jumaat yang lepas, aku and the gang (kakhani, jue, adik dah) pergi ke majlis pertunangan zie dan rizal. Janji lepas Jumaat tapi biasalah, aku kan orang melayu. Tuptap tuptap tuptap, nak dekat pukul 3 jugak baru sampai. Sebabnya, rumah zie ni nun jauh di hujung kampung. Chess.. nak jugak cari alasan sebab lambat kan. Sebenarnya, diri sendiri yang lembab nak siap mengalahkan pengantin kan. Hahaha.. Well, biasalah orang perempuan kan.

Nasib baik masa kami sampai tu, majlis tak start lagi. Kira tak la lambat sangat kami kan. Masa sampai tu, macam rasa was-was je sebab tengok rumahnya dari luar macam takde orang. Nak turun tanya, malu. Aku kan memang pemalu orangnya. Last-last, Jue yang keluar kereta buat-buat tengok macam aku nak parking kereta. Hahaha.. pandai tak ustazah tu berlakon.

Sesampai je kami di rumah zie, terus masuk bilik. Konon-konon nak tengok pengantin la. Bila dah jumpa ramai-ramai, apa lagi, sessi bergambar pun bermulalah. Aku kan pantang tengok kamera, bak kata seseorang la.


Bila dah penat bergambar dalam bilik pengantin, kami pun keluar ke ruang tamu. Konon-konon nak bagi chance kat orang lain masuk bilik tengok pengantin. Tapi sebenarnya, perut memasing dah berbunyi mintak diisi Laksa Terengganu. Pergghhh... memang sedap sampai menjilat jari. Lagi-lagi bila tambah belacan banyak-banyak. Betul-betul Ho-Liauuu...

Sesudah jek mentekedarah, rombongan lelaki pun sampai. Bagus betul. Bijak tak timing kami. Ngam-ngam jek. Hahaha.. So bermulalah sessi berbalas pantun. Aku tak dengar sangat apa yang dieorang cakap sebab kami duduk kat area belakang siket. Lagipun aku bukan paham pun loghat Terengganu ni. Last-last sekali aku dengar mereka-mereka ketawa, aku pun follow jugak ketawa. Apa yang lawak sangat pun tak taulah. 


Bila dah setel urusan bincang-membincang, apa lagi, makan time!! Disebabkan perut kami-kami ni dah diisi awal-awal, so takdelah kami nak pergi berebut-rebut amek makanan kan. Kita buat muka rilek-rilek sudah. Hahaha.. Time orang sibuk makan, kami sibuk bergambar kat pelamin. 


Bergambar punya bergambar punya bergambar, aku sudah naik shekh feeling macam majlis sendiri. Hahaha...



P/S : Kalau orang kahwin, kita panggil pengantin. Kalau orang bertunang, kita panggil apa ekk?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...