instagrammers

Instagram

20.2.11

Layang-layang terbang melayang


Festival Layang-layang Sedunia dah masuk kali yang ke-16 tahun ni. Kalau bebudak, dah tingkatan 4 sekarang, tahun depan dah boleh ambil SPM kata orang tua-tua. Tapi macam tahun-tahun terdahulu, aku tak pernah berkesempatan nak tengok secara live. Padahal bukan jauh sangat pun daripada rumah aku, jalan kaki tak sampai lima minit pun dah sampai. Okeh, aku tipu. Kalau jalan kaki tu berpeluh jugaklah. So better korang naik kereta. Dulu-dulu pernahlah sekali-dua tengok, tapi tu semua masa zaman muda remaja la. Sekarang pun muda lagi. Keh3...

Hmmm... Tak dapat tengok depan mata, layan gambar pun jadilah. 


Ni port aku berendek masa dolu-dolu

Layang-layang ekor panjang






Mat saleh pun ado



Tengok ape tu deknon

Boye darat

Ouhhh... tersangkut pulak dah

Sotong kurita

Alamakk.. terbelit pulak talinya

Meoowwww...


Pegang baik-baik. Nanti terlepas, nayaaa...

Cicakman pun ado



Tak ade sape ke nak tolong aku angkat wau ni. Borat nih...

Ewau bule, ewau bule

Kelate maiiii






Aku cop yang teddy bear tuuu


Oppssss… terjatuh pulak. Ni kene cepat-cepat bangun ni. Kalau tak, nanti paparazzi nampaklah pulak





 P/S : gambar semua adalah ehsan dari beliau

P/S/S : tetiba mood nak balik kampung. arghhhh... damn!

15.2.11

Keseimbangan ke arah Silaturrahim


Keseimbangan hidup antara dunia dan akhirat menjadi pegangan junjungan Nabi Muhammad SAW. Rasa cinta sesama manusia tidak kira warna kulit adalah salah satu tuntutan agama Islam agar ikatan ukhwah lebih kukuh dan sekaligus melahirkan rasa hormat sesama kita. Muhasabah diri, tekadkan hati dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah dengan berpandukan Hadis dan Sunnah.

Salam Maulidur Rasul. 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H.

13.2.11

VD tak payah sambut, sambut Maulud Nabi sudah..




VALENTINE'S DAY
Tiap-tiap tahun, confirm ada. ada apa? ADA ZINA!
Tiap-tiap 14 Feb, dapat apa? DAPAT DOSA!
Malam 14 Feb, ada apa? ADA NAFSU!
Malam cinta ke? ITU MALAM NAFSU!
Girlfriend dapat bunga, tapi boyfriend dapat apa? DAPAT KESUCIAN DIRI GF!


MAULIDUR RASUL
Tiap-tiap tahun ada apa? ADA SELAWAT KE ATAS NABI!
Setiap 12 Rabiulawal dapat apa? DAPAT PAHALA!
Malam dapat apa? INSYA'ALLAH DAPAT MIMPI NABI!
Malam cinta ke? YA! CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL!
Perempuan dapat BERIBADAT, lelaki dapat ILMU UNTUK MEMBIMBING!


“Namun kami bukan penghukum, kami juga bukan Polis Moral malah kami bukan penguatkuasa. Kami adalah pendakwah yang bertanggungjawab untuk mendidik umat agar tidak terjebak dalam sebarang kegiatan, aktiviti dan perlakuan yang tidak bermoral justeru implikasinya merosakkan maruah diri, nilai tamadun dan nama baik Negara”, kata beliau kepadaku.



p/s : Beliau berkata lagi, “tidak harus pula meniru orang kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan”. -wallahualam bissawab


10.2.11

Orang Bilang...??


Orang bilang, hidup ibarat roda. Kadang diatas, kadang dibawah


Orang bilang hidup dimulai hari ini
Jangan kau lihat ke belakang semua takkan kembali
Dan jangan lihat kedepan semua takkan terjadi tanpa kau lalui hari ini

Orang bilang hidup hanya sekali
Kenyataannya kita hidup dua kali dan sekali mati
Jangan tunggu hingga besok ambil kesempatanmu kerana hidup hanya sekali
Jangan harap kau bisa bersama seseorang di kehidupan lain karena semua berawal dari kehidupan saat ini

Orang bilang hidup hanyalah permainan
Hidup hanyalah permainan tapi jangan pernah main-main dengan hidupmu
Ada permainan ada taruhan, siapa yang menang dialah yang tersenyum dan yang kalah harus bisa menahan senyum dan tangis
No Play No Thing

Orang bilang hidup ini indah
Cinta sejati membuai imaginasi hamba allah dan ketika cinta menyentuh hati
Biasanya orang bilang oooohhh life is wonderful coz ada yang beautiful disisiku
Tetapi bila ada pertemuan pasti ada perpisahan coz tak ada yang abadi di dunia ini kecuali Dia yang maha agung

Apapun yang orang bilang tentang erti hidup ini tak perlu kau hiraukan
Setiap orang punya pemikiran dan emosi saat ia harus memilih mana yang sesuai dengan keadaan yang dia rasakan
Mungkin hari ini dia bilang inilah erti hidup bagiku
Hidup adalah perjuangan
Dan sehari kemudian dia bilang lagi
Oh… inilah erti hidup bagiku hidup adalah permainan
Dan seterusnya

7.2.11

7 Februari

  • 1979  -           Pluto bergerak ke dalam orbit Neptun buat kali pertama sejak ia ditemui.
  • 2007  -           Hari pertama KITA bersua.
  • 2011  -           Hari ini, detik ini, dan ketika ini, KITA masih bersama dan InsyaAllah untuk selamanya.



2.2.11

abang selalu gigit-gigit leher saya



Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu, abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tidur balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya.”

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?”

Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …!”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...