instagrammers

Instagram

3.11.10

Info cctv didalam bilik salin baju

Info ini sangat berguna untuk orang perempuan. Lebih-lebih lagi untuk yang kaki shopping. Kalau lelaki nak try pun boleh jugak. Ini info tentang bagaimana hendak tahu ada kamera tersembunyi atau cctv dalam bilik persalinan di kedai-kedai yang menjual baju atau lebih senang dikategorikan sebagai butik.

Caranya begini, bila anda sampai di hadapan bilik itu, keluarkan telefon bimbit anda dan pastikan yang telefon anda itu boleh membuat panggilan keluar kena ada kredit la ni.

Selepas itu masuk ke dalam bilik persalinan itu konon-konon buat hendak try baju la. Bila sudah ada di dalam bilik tersebut, anda cubalah membuat panggilan keluar miskol pun boleh. 

Jikalau anda tidak dapt membuat panggilan tersebut, ini bermakna ada kamera tersembunyi atau cctv yang dipasang di dalam bilik tersebut. Ini adalah kerana gangguan sinar faiber semasa pemindahan signal.

Jadinya, janganlah salin baju di dalam tempat tersebut. Takkan nak bagi orang tengok free movie pulak kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...