Nak dengar tak satu cerita? Cerita ni gula-gula sweet sangat. Ianya berbunyi begini...
Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan seorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh. Dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.
Masa first time kahwin tu, memang kucar kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tidak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!
Mana tidaknya, suatu hari tu aku dok basuh baju. Mestilah aku kena basuh baju dia sekali. Jadinya aku campurkan la dengan baju aku. Lepas basuh nak jadi cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat di baju aku. Haihhh.. memang sakit hati. Baju baru tuu… Mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tidak bagitahu aku yang baju dia ada yang turun warna, dengan slumber
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut jer la. Hujung minggu la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping, sampai aku kalih-kalih belakang, HILANG..!!
Aku cari jugak dekat-dekat area situ kot-kot ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh, tension betul!! Then, aku ambil keputusan tunggu kat kereta je. Seminit, lepas tu dua minit, lepas tu, SEJAM!! Huhh.. memang sakit hati betul!! Then bila dia datang dekat kereta, aku tanya pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tidak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah, pergi shopping la sayang. Owh.. ada call ekk?? Alah, lupa nak bagitahu, terlupa bawa hanset. Hehe..” Eiiii.. geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tu, dia kata teringin nak makan lauk ayam masak berempah dengan masak lemak cili api. Ok, fine. Aku masak je la. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat. Tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu, aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tidak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tidak kata apa.
Aku pun konfius. Dia ni no respond ke. Sedap ke tidak?? Hmm.. kalau ikut aku la, orang yang masak ni la kan aku rasa ok je lah, tapi tak tau la orang yang makan tu nak kata apa. Huhhh…..
Esok pulak, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik jugak la aku time tu. Malam dah nih, nak masuk Isyak dah. Haihh.. time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta ni nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu, dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya. Call la mekanik. Ingat call saya kereta awak boleh jalan ke….??” Eiii…geramnya aku!!!
Tapi, dia mari jugak lepas tu. Ada la dia check apa entah kat depan bonet tu dan lepas start, terus boleh. Hmmm.. dalam hati aku kata, “boleh la juga mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”
Suatu hari, dia ada bagitahu yang dia kena pergi outstation kat oversea. Dia kata pergi kejap je. 2 MINGGU!! Hmm.. aku memang no komen lah. dia nak pergi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek, biasalah. Busy la kot.
Tapi, memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la nak call bagitahu dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!! Langsung dia tak call!! Kot-kot la nak bagi e-mel ke, sms ke? Tapi memang tak de. Kosong inbox!! Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tu aku basuh baju. Ok, sekarang aku dah tahu dah baju mana yang turun warna. Aku ambil satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng jeng jeng.. Huishh, siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek. Hehe.. Saya bukannya apa. Saja tulih surat nih. Bosan. Tak tau nak buat apa. Hihi..
Pertama sekali, saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya, tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. eh awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu, saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah. Hahaha… Memang sangat lucu. Saya nampak awak macam 'anak patung'. Comel sangat. Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??
Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saje je saya tak mahu bawa hanset time tu. Hihi.. Takut terkantoi. Ye la… Saya pergi cari baju awak la!! Ingat tak baju yang awak kata terkena warna tu?? Huh… Memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang dengan saya haritu. Hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya no respond. Huhu… sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat umah kita. Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??
Keempatnya, time kereta awak rosak. Hmm.. awak tahu tidak yang saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari oversea sebab nak pergi dekat awak??!! Lepas-lepas tu, jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tahu tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??
Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt oversea, saya lagi seronok. Happy gila. Sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan.. kan2?? Saya memang saje je tak call awak. Hihi… tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih.
“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik tuu!! “
Hahahahahaaaaaaaa.. Jangan jeles.
Last but not least. Awak.. awak jangan nakal-nakal ekk. Sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu dalam “bungkusan” nih… Hihi.
Love,
Suamimu
0 komentetar:
Post a Comment