instagrammers

Instagram

29.11.10

Pasrah


Ya Allah
Jika benar dia jodoh ku, kau satukanlah kami
Jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam
Jika benar dia yang terbaik buatku, kau peliharalah perasaan cinta antara kami
Agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati.

Jangan ya Allah
Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima
Sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan
Benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya.

Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama
Dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah
Kau tunjukkanlah kebenaranmu agar hati ini akur atas kehilangannya
Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang
Kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu.

Jangan ya Allah
Jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam
Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami
Engkau berhak ya Allah untuk menjauhkan hati-hati kami
Kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami.

Aku mohon ya Allah
Cekalkan hati ini
Lindungilah dia jauh disana
Pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya
Agar dia terpelihara
Agar dia bahagia.

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku
Kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakan ku.


P/S : True love is only reserved to Allah, the one and only God

10.11.10

10 perkara tentang A True Blue Johorean - aku la tuuu


Sempena aku nak balik kampung hujung minggu ni, aku nak cite siket la pasal habit orang kampung aku ni yang mane aku sendiri pun dah lupe sebab lame sangat dah dok bermaustatin di negara orang lain ni. Tapi bak kate orang-orang lame, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri ye dokk..



Aku senaraikan serba sedikit 10 perkara yang korang patut tahu dan jugak untuk diri aku sendiri yang dah lupe daratan ni..

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar)

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai - chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana, if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night, see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok. Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 15 years since I last tasted them. Seperti orang-orang dulu cakap, makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun (aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu, pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu, kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok. Kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku, maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash, etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang sebab kalau kentut, pergghhhh baunye, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah, normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa, semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n Indonesia! Tv3 bru nk kluarkn citer malin kundang kite dah abis tgk.

Hmm.. Apa lagi EKK? Cube tanye dengan cik kak kite sorang ni. Die pun True Blue Johorean jugak nih..


P/S : Kamus Johor =

Saing – pergi bersama2.. “nnt kite saing ehh pi sekolah”
Bongok – bodoh
Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk?
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut berpasangan.
Pergi berendut dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok – Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
Sajak – sesuai @ tidak (bkn puisi tau!!) cm nih ayat die – “sajak x beg nih pakai ngan baju ni??”
Roti perata – roti canai
Semangka –-tembikai
Epok-epok – karipap (rindu epok-epok sardin, kat sini xde. Uwwaaaa... Nak blk Johorrr)

9.11.10

Ayat-ayat cinta


 
Sebelum Tido
6 minggu :       Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan :          Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun :          Sana sikit lah. Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!



Pakai Toilet
6 minggu :       Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh.
6 bulan :          Lama lagi ke kat dalam nih?
6 tahun :          Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!!




Balas SMS
6 minggu :       Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.
6 bulan :          Trafik jam aah.
6 tahun :          K.



Dating proses
6 minggu :       I love U, I love U, I love U.
6 bulan :          Of course I love U.
6 tahun :          Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


 
Pulang Kerja
6 minggu :       Sayaaang, I dah balik nih.
6 bulan :          I'm BACK!!
6 tahun:           Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun)
6 minggu :       Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni.
6 bulan :          I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun :          pakai duit u sendirilah apa yg U nak. i takde duit.



Telefon
6 minggu :       Baby, ada org call u nih.
6 bulan :          Eh, Your call.
6 tahun :          Wooiii, telefon bunyi tuuuhhh.... angkat ahhhh!!!



Masakan
6 minggu :       Wah, tak sangka I, pandai U masak. Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan :          Kita makan apa malam ini??
6 tahun :          Hahh!! Lauk ni lagii?



Memaafkan
6 minggu :       Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain eh?
6 bulan :          Hati-hati la, nanti jatuh tuh.
6 tahun :          Orang dah cakap banyak kali pun tak paham!!



Baju baru
6 minggu :       Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu.
6 bulan :          Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun :          Dah berapa ribu habis beli baju tu???



Merancang Holiday
6 minggu :       Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan :          Kita ke Bukit Bintang aje ler. Senang sikit tak perlu naik flight.
6 tahun :          Jalan-jalan??? Duduk rumah je tak boleh ke? Buang duit jelah!!!



TV
6 minggu :       Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan :          Sekejap eh, citer bagus ni.
6 tahun :          Jangan tuka-tuka boleh tak..??

8.11.10

Inspira versi Lancer


Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis yang lepas. Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini iaitu LUSA. 

Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC). Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000. Kalau nak booking dengan I pun boleh jugak. 

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Jom tengok pulak Specifications Proton Inspira ini :-

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm





















7.11.10

Isteri boleh menjadi dara semula

Gambar hanyalah hiasan dan tiada kene-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati

PETUA dari Dr. Fatimah Az-Zahra. Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya : Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga. 


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 : 

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 

(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan . 

5.11.10

4 makanan yang dilarang untuk pengantin baru

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu


2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

4.11.10

Pulangkanlah


Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya, kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu...! Saya tak tahu Tuan..!’

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh. Cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar ayahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut.

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Ayah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang ayah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis. 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

P/S : Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda.

3.11.10

Info cctv didalam bilik salin baju

Info ini sangat berguna untuk orang perempuan. Lebih-lebih lagi untuk yang kaki shopping. Kalau lelaki nak try pun boleh jugak. Ini info tentang bagaimana hendak tahu ada kamera tersembunyi atau cctv dalam bilik persalinan di kedai-kedai yang menjual baju atau lebih senang dikategorikan sebagai butik.

Caranya begini, bila anda sampai di hadapan bilik itu, keluarkan telefon bimbit anda dan pastikan yang telefon anda itu boleh membuat panggilan keluar kena ada kredit la ni.

Selepas itu masuk ke dalam bilik persalinan itu konon-konon buat hendak try baju la. Bila sudah ada di dalam bilik tersebut, anda cubalah membuat panggilan keluar miskol pun boleh. 

Jikalau anda tidak dapt membuat panggilan tersebut, ini bermakna ada kamera tersembunyi atau cctv yang dipasang di dalam bilik tersebut. Ini adalah kerana gangguan sinar faiber semasa pemindahan signal.

Jadinya, janganlah salin baju di dalam tempat tersebut. Takkan nak bagi orang tengok free movie pulak kan..

2.11.10

Maaf seorang lelaki



Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf”. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf’ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi, sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

1.11.10

Cerita gula-gula sweet

Nak dengar tak satu cerita? Cerita ni gula-gula sweet sangat. Ianya berbunyi begini...




Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan seorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh. Dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tidak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana tidaknya, suatu hari tu aku dok basuh baju. Mestilah aku kena basuh baju dia sekali. Jadinya aku campurkan la dengan baju aku. Lepas basuh nak jadi cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat di baju aku. Haihhh.. memang sakit hati. Baju baru tuu… Mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tidak bagitahu aku yang baju dia ada yang turun warna, dengan slumber badak dia kata.. ”Lah..awat tak tanya…” Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut jer la. Hujung minggu la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping, sampai aku kalih-kalih belakang, HILANG..!!

Aku cari jugak dekat-dekat area situ kot-kot ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh, tension betul!! Then, aku ambil keputusan tunggu kat kereta je. Seminit, lepas tu dua minit, lepas tu, SEJAM!! Huhh.. memang sakit hati betul!! Then bila dia datang dekat kereta, aku tanya pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tidak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah, pergi shopping la sayang. Owh.. ada call ekk?? Alah, lupa nak bagitahu, terlupa bawa hanset. Hehe..” Eiiii.. geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu, dia kata teringin nak makan lauk ayam masak berempah dengan masak lemak cili  api. Ok, fine. Aku masak je la. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat. Tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu, aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tidak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tidak kata apa.

Aku pun konfius. Dia ni no respond ke. Sedap ke tidak?? Hmm.. kalau ikut aku la, orang yang masak ni la kan aku rasa ok je lah, tapi tak tau la orang yang makan tu nak kata apa. Huhhh…..

Esok pulak, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik jugak la aku time tu. Malam dah nih, nak masuk Isyak dah. Haihh.. time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta ni nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu, dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya. Call la mekanik. Ingat call saya kereta awak boleh jalan ke….??” Eiii…geramnya aku!!!

Tapi, dia mari jugak lepas tu. Ada la dia check apa entah kat depan bonet tu dan lepas start, terus boleh. Hmmm.. dalam hati aku kata, “boleh la juga mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”

Suatu hari, dia ada bagitahu yang dia kena pergi outstation kat oversea. Dia kata pergi kejap je. 2 MINGGU!! Hmm.. aku memang no komen lah. dia nak pergi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek, biasalah. Busy la kot.

Tapi, memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la nak call bagitahu dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!! Langsung dia tak call!! Kot-kot la nak bagi e-mel ke, sms ke? Tapi memang tak de. Kosong inbox!! Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok, sekarang aku dah tahu dah baju mana yang turun warna. Aku ambil satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng jeng jeng.. Huishh, siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek. Hehe.. Saya bukannya apa. Saja tulih surat nih. Bosan. Tak tau nak buat apa. Hihi..

            Pertama sekali, saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya, tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. eh awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu, saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah. Hahaha… Memang sangat lucu. Saya nampak awak macam 'anak patung'. Comel sangat. Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??

            Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saje je saya tak mahu bawa hanset time tu. Hihi.. Takut terkantoi. Ye la… Saya pergi cari baju awak la!! Ingat tak  baju yang awak kata terkena warna tu?? Huh… Memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang dengan saya haritu. Hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya no respond. Huhu… sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat umah kita. Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??

            Keempatnya, time kereta awak rosak. Hmm.. awak tahu tidak yang saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari oversea sebab nak pergi dekat awak??!! Lepas-lepas tu, jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tahu tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Ishkk, awak ni. Tak perasan ke??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt oversea, saya lagi seronok. Happy gila. Sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan.. kan2?? Saya memang saje je tak call awak. Hihi… tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih.


“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik tuu!! “

Hahahahahaaaaaaaa.. Jangan jeles.

            Last but not least. Awak.. awak jangan nakal-nakal ekk. Sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu dalam “bungkusan” nih… Hihi.

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...