instagrammers

Instagram

30.9.10

Aduh ! Sakit bang

Pada suatu malam, tiba-tiba si isteri mengerang, “Aduh.. Sakitnya bang… !" Si suami lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis sayang, nanti emak dan ayah dengar. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.”

Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan bilik tidur mereka. Si isteri teresak-esak mengerang, "Sakitnya bang..”
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya,
“Sabarlah sayang. Tahan saja. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tapi dia buat tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin. Dengan rasa geram si ayah mertua berteriak,
“Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah mereka. Sambil tersipu-sipu anak perempuan pun berkata kepada ayahnya,
“Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam abah?”

29.9.10

Tudung Biarawati


Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang atau dipin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir Laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian. Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam. Allah. Allah. Lindungilah kami..

p/s : post ini bukannya dipostkan sebagai hukum tapi sebagai perbincangan, sila dapatkan maklumbalas dan reply ahli ulama yang jumhur, selepas itu comment di sini yer.

28.9.10

emo

mood = down


*damn

26.9.10

4 unsur rahsia lelaki

Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini, sekarang kita akan bercerita mengenai rahsia lelaki pula. Ia merujuk kepada empat unsur yang sama dengan wanita iaitu tanah, air, api, dan angin. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas



Lelaki berunsur Tanah aka "DIA"

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis "Deria". Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.


Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat dan banyak kerja.


Lelaki berunsur Air

Sifat air dikaitkan jenis "Perasa". Lemah-lembut dalam perasaannya, mengasihani tetapi memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak dan artistik.


Perasaannya dalam, belas kasihan, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham. 
 

Lelaki berunsur Api

Sifat api dikaitkan sebagai jenis "Intuisi" (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.


Sifat keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.


Lelaki berunsur Angin

Sifat angin dikaitkan dengan jenis "Pemikir". la digolongkan sebagai sifat maskulin. Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.


Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kisah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


23.9.10

4 unsur rahsia wanita

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah aka "AKU"

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
 
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam gerak laku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah-ubah.

21.9.10

Apa itu sex?

Al-kisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

‘Mummy, mummy.. Sex tu apa Mi?’..

Terkedulah si ibu. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu dan ini.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni. Seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depan facebook muka bukunya.

NAME : ……….....
SEX : ………….....
CLASS : ………....
SUBJECT : ….........

20.9.10

Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Mamat memimpin isterinya ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurnya.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka Mamat susun ke tepi. Lampu ditutup. Merebah diri ke katil pengantin, Mamat menoleh ke arah isterinya.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isterinya hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, Mamat pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaranya telah pulang dan keluarganya telah tidur.

Jari jemarinya lembut membelai rambut isterinya. Dia selak rambut ikal yang menutupi telinga isterinya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji.

"Wa'alaikummussalam." Rupanya isterinya masih belum tidur. Dia mengucupi pipi halus isterinya. Dia kucup dahi isterinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bau. Akan ditunaikan tanggungjawabnya sebagai suami malam ini. Jari-jemarinya terus membelai tubuh isterinya. Perasaannya tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang biliknya. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, Mamat membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahnya. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahnya.

Mamat mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Matanya terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Dia buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatinya.. Cilaka Cilakak punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

~TAMAT~



"Lesson learn nye kat sini ...... Buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihehe..."

19.9.10

bulan

Bisikku pada bulan
Pulangkan dia padaku

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

15.9.10

Ajis

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa-gesa sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak-gelak tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

Hehehe... Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yg datang nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

14.9.10

Dina

Pejam celik, pejam celik je dah nak habis raya. Aritu aku balik kampung. Agak lama jugaklah aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik. Kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Dina ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gila kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Aku senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanak bersama Dina. Hmm.. Aku nak cerita satu kes masa malam raya aritu. Ceritanya begini..

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulanganku. Mesti ramai abang-abang kampung menyesal kerana mengejek aku dahulu. Maklumlah dulu aku 'nerd'! Selalu kena buli. Dinalah yang selalu jadi 'bodyguard'ku. Tapi sejak belajar di luar negara, aku dah berubah. Sudah pandai bergaya. Dina juga mesti terlopong melihat perubahan diriku. Bas yang membawa aku dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, aku kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, aku lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenali je orang itu. Aku menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangku sambil menggigit anak kemuncut.
"Weii... Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Aku bersuara sambil memeluk Dina yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. Cantik nampak?" Dina menepuk-nepuk bahuku. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! Zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Dina tidak menjawab soalanku, cuma tersengih-sengih. Aku memerhatikan Dina dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatku. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegurku. Dina kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! Kau ni terus balik rumah ke?" Dina mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala.. singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Dina lalu menarik tanganku, dan tanpa membantah, aku mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Dina. Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kataku dalam hati.
"Eh.. Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Aku kehairanan apabila mendapati suasana rumah Dina sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Dina menarik nafas panjang.
"Inilah nasib aku malang betul, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut aku mendengar cerita Dina.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Dina terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Aku tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Dina sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Mat-mat kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke, sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Dina sedikit tinggi.
"Aku mintak maaf Dina, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Aku menyuarakan rasa bersalah. Dina cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh.. Minumlah, rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Dina menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hatiku sebak. Sampai begini susah hidup Dina!
"Aku mintak maaf Dina, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suaraku sayu dan pilu. Dina senyum tawar.
"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Kami berbual hingga larut malam. Aku tak sedar hingga pukul berapa. Ketika mataku terasa berat, Dina menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus aku tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan aku tersentak dari tidur.Terpisat- pisat aku bangun."Eh? Mak!" terkejut aku lihat ibuku berdiri di depan bersama abah dan ahli keluargaku yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah abahku.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Aku memerhatikan sekelilingku. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepiku terpacak batu nisan! Aku melompat bangun. Aku pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Aku mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Dina, mak... abah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Aku segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Wardina binti Malik. 16 September 1985 - 11 Ogos 2010! Aku terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Dina mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Dina dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibuku dengan suara pilu. Aku tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Dina di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! Apakah yang aku temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padaku. Terduduk disisi pusara Dina, lantas aku teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta aku kembali duduk di sisi pusara arwah Dina lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! Semoga kau tenang dan aman di sana! Al-Fatihah..

13.9.10

lawak abahku di pagi raya...

saja je nak story-mory kat korang.. hehehe...

alkisahnya, selapas solat raya, kami 1 family pun masukla dalam keta nk
drive balik ke umah tok...

then, dalam keta tu, ni la dialog kami:

abah : nape ek, masa solat raya td, abah rasa cam nak terkentut je? (tanya dgn nada innocent..)

aku : ala bah, raya2 ni, setan dah terlepas.. so, sah2la gangguan setan tu..

abah : ye x ye jugak.. setan kaco punggung abah ke? (masih bernada innocent..)

aku : setahu org r kan, masa kita solat, setan akan tarik bulu kat punggung kita.. tu yg kita rasa nak terkentut tu.. (ini bukan rekaan ek, aku ada baca kat mana ntah..)

then, abah tanya lg dgn nada yg lebih innocent..

abah : SO, LEPAS NI ABAH NAK KENA CUKUR BULU PUNGGUNG LA EK?

memang sial dowh! bergegar kereta tu bila kami anak-beranak ketawakan abah!
pagi2 raya dah wat lawak sarkas! adehla....
huhuhuhu~

8.9.10

14 fakta

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

6.9.10

Salam Lebaran

5.9.10

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai blog pun kira ok what

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabara
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Shakila Mubarak menyusun kata
Tutur peri yang mulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

"Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin"

3.9.10

"Selamat tinggal anak ku. Ibu pergi dulu ye sayang"


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi aku fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

  
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga meragut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah.

P/S : Sedih sangat. Sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupun ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "Selamat tinggal anak ku. Ibu pergi dulu ye sayang".

2.9.10

boss

Salah seorang boss aku namanya Johan. Dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di tempat kerja aku. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinganya.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam”, jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya …saya hairan bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu, Johan bertanya soalan serupa.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya. Awak pakai contact lens kanta lekap,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens kanta lekap walaupun mereka duduk agak jauh.
“Bagaimana awak tahu?”, tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana”.

1.9.10

53

KUALA LUMPUR: Seramai 149 bayi merdeka dilahirkan di beberapa negeri pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 bermula jam 12 tengah malam kelmarin sehingga petang semalam.

Di KOTA BHARU, seramai 27 bayi dilahirkan termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan di hospital utama di negeri itu.

Di KUALA TERENGGANU, 26 bayi termasuk 17 lelaki dan sembilan perempuan dilahirkan di enam hospital di seluruh negeri.

Di SEREMBAN, seramai 29 bayi dilahirkan di beberapa hospital kerajaan dan swasta di negeri itu dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) mencatatkan kelahiran paling ramai iaitu 12 kelahiran.

Di KLANG, Selangor mencatatkan kelahiran 27 bayi dengan kelahiran teramai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang mencatatkan 20 kelahiran.

Di KUANTAN seramai lapan bayi termasuk lima lelaki dan tiga perempuan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sehingga jam 11 pagi.

Di IPOH, seramai 14 bayi dilahirkan membabitkan lapan bayi lelaki, enam perempuan termasuk sepasang kembar, dengan kelahiran pertama di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 12.44 pagi.

Di KUCHING, seramai 18 bayi termasuk 10 lelaki dan lapan perempuan dilahirkan di Hospital Umum Sarawak, (HUS) dengan bayi pertama dilahirkan pada jam 12.17 pagi iaitu bayi perempuan keturunan Bidayuh. 

(untuk selanjutnya..)


Mana orang Johor? Tidak sempat beranak kah mereka pada Hari Kemerdekaan? Rugi-rugi.. Kalau tidak, boleh dapat cuti free masa birthday..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...