instagrammers

Instagram

22.8.13

Di sebalik kemeriahan raya



Dah nama pun raya kan. Mestilah meriah. Tapi disebalik kemeriahan raya tahun ni, banyak dugaan yang menimpa kami sekeluarga. 

  1.   First sekali pasal Harz. Seminggu sebelum raya dia dok mendemam. Bawak pergi klinik. Doctor kasi satu jenis ubat minum. Aku tengok takde label pun tulis paracetamol (pcm). Tapi aku tak query mana pun sebab dah dia doctor kan mesti dia tau yang mana baik untuk budak. Lepas 3 hari minum ubat tu, demam still tak kebah.

Time tu aku dah tak keruan. Serious runsing sangat pikir pasal anak. Macam-macam cara buat. Letak air asam jawa lah, air daun bunga raya lah. Semua tak jalan. Try nak bawak pergi ke homeopathy. Sekali boleh pulak tempat tu tutup haritu. Pikir pulak ikhtiar lain. Nak try pergi ke Darul Syiffa. Pun tutup jugak time tu.

Last-last bawak ke klinik. Klinik lain. Bukan yang pergi sebelum ni. Doctor check memang demam. Check suhu jek lah. Lepas tu doctor bagi antibiotic and ubat demam which is ada contain pcm. Bila aku refer nama ubat yang sebelum ni doctor lain ada bagi tu, doctor ni kata tu cuma ubat sakit kepala jek bukan ubat demam. Duhhh. Patut pun demam Harz tak kebah.



2.      Sehari sebelum raya, muka Harz tetiba naik ruam. Aku bajet maybe sebab habuk sebab aku kemas rumah sebelum nak raya tu. Malam raya tu naik pulak merah-merah satu badan. Along kata maybe sebab demam. Sebab ada gak baby yang demam akan naik rashes satu badan. So along bagi calamine lotion. And suruh continue antibiotic yang sebelum ni doctor bagi. Alhamdulillah, masuk raya kedua demam dah kebah. Cuma bintik-bintik still ada lagi. Raya keempat baru hilang semuanya. So dalam lima hari jugaklah Harz kena demam campak.

 3.      On the way nak hantar Harz ke klinik haritu which means hari yang sama nak gerak balik ke Johor, tetiba kereta kiteorang kena sondol dari arah belakang. Time tu kat traffic light. Aku tengah df kan Harz. Dah lah time tu tengahari panas terik. Plus Harz asek merengek mendemam. Tetiba berdentum orang belakang langgar. Harz yang mamai-mamai nak tidur terus melalak terperanjat. Kiteorang lagilah debor sangat.

Ajak pergi balai terdekat. Sebab jalan time tu tengah jem semua. Kalau nak kasi setel situ jugak, mau bertambah jem. Buat report claim insuran jek nanti. Orang tu ada jugak nak offer rm350. Tapi mana nak ada bumper harga rm350 kan. Plus lampu belakang pun pecah. Lagipun kesian jugak kat orang tu nak-nak raya ni nak kena keluar duit pulak kan.

Time nak setelkan tu, amie jek yang keluar kereta. Aku tak mampu nak keluar tengok apa keadaan sebab kat luar panas terik. Tak kan nak bawak angkut Harz yang tengah demam ni. Serabut sangat kepala time ni. Dengan Harz yang tak berhenti merengek. Dengan kejadian macam ni lagi. Dugaan dugaan.

4.      Pagi raya boleh pulak baju amie terkoyak time aku iron. Suhu panas aku tak reti nak adjust sebab bukan seterika yang biasa selalu kita pakai. Alasan. Haha. Baju melayu time nak pakai pagi raya pulak tu. Sentaplah pakcik tu. Tapi tak boleh nak marah lelebih sebab kat rumah mak I time tu. Selamat mak hencik. Haha. Apa lagi. Tarik muncung patbelas jek yang mampu. Nasib yang koyak tu kat bahagian kolar. So bila pakai tu tak leh butang sampai atas sebab nak cover kesan koyakan tu. Ampun yang. I tak sengaja. Kan I dah mintak hampun sampai menangis-menangis time pagi raya kan. ;)

5.      Raya kedua time nak pergi beraya boleh pulak kereta masuk lubang. Dangggg. Terkejut sangat time tu. Bajet memang bengkok lah rim sukan. Sekali tengok kat selekoh depan ada dua tiga kereta park tepi jalan dok tukar tayar. Aku bajet kereta-kereta tu langgar lubang yang sama sampai meletup tayar. Nasib tayar kiteorang tak pecah Cuma bengkak benjol seketul. Memikirkan nak balik Terengganu jalan jauh esoknya tu, terpaksa jugak tukar tayar baru. Bukan boleh nak tukar seketul jek. Kena tukar kiri kanan nak balancekan. Duit mengalir macam air jamban kena flush.

6.      Time balik Terengganu dah sampai depan rumah, grill pulak tak boleh bukak. Time tu pukul 12.30 malam. Kunci grill tu memang ketat sikit. Tapi agak-agaklah nak buat hal kan. Tengah malam kot time tu. Dah lah amie pulak tak tahan nak kencing. Aku ni pulak jenis tak boleh dengar orang nak terkencing, dan dan aku jugak rasa nak terkencing. Penyakit betul. Korang sila jangan bayangkan apa solution kami berdua eh. Haha. Setelah setengah jam berhempas pulas, baru boleh bukak grill. Nasib boleh. Amie kata time tu dia dah plan nak balik rumah ma ayah jek. Phewww…

Harap semua ujian ni ada hikmah di sebaliknya..  


     XOXO

20.8.13

Kata raya sebulan khenn


Raya keempat duduk di rumah jek. Menyambut kunjungan tetamu yang tak henti-henti dari awal pagi sampai lewat petang. Along dengan eqin semua pergi beraya sehari suntuk. Jadinya aku yang kat rumah ni lah yang kena handle semua tetamu. Ada dalam 3 rombongan datang. Satu rombongan sekali datang dua tiga kereta. Lap peluh jugaklah. Amie pulak keluar cari kedai tayar. Yang tinggal mak, abah, maknek. Memang harapan dieorang kat aku sorang jek time tu. Apa nak jamu orang? Dahlah anak mak ni jenis tak pernah masak untuk orang ramai. Cari menu yang senang-senang jek lah jawabnya. Goreng mee hoon dua paket. Setel. Tu pun rombongan yang last tu tak sempat merasa sebab mee dah habis. Aku dah tak kuasa nak goreng lagi sebab Harz jenis nak melekat jek. Tengok orang ramai yang dia tak kenal lagilah dia takut. Gigih ummi awak ni Harz goreng mee sambil kendong awak. Nasib bawak balik ringsling. Dah rupa bibik pun ada jugak. Sambil basuh pinggan orang makan sambil kendong anak.

Lepas isyak dalam area pukul 9 rumah dah bergelap sebab masing-masing keletihan. Mak, abah, maknek tu semua bukan sihat sangat. Kesian depa melayan tetamu dari pagi. Memang flat tengok dieorang. Pulak tu family along dengan eqin semua belum balik lagi. Memang kosong lah rumah. Tutup lampu. Tidurkan Harz. Layan Istanbul Aku Datang. Lepas tu zzz. Gitulah raya keempat kami.


Esoknya kami dah nak berangkat pulang ke Terengganu. Sekejap jek rasa duduk Johor ni. Tup tup dah raya kelima. Gerak dah tengahari jugaklah sebab pagi tu amie pergi cari kedai tayar lagi sebab semalam tu hari Ahad kedai banyak yang tak bukak. Gerak pukul 1. Awal-awal tu Harz behave jek sebab memang masa tidur tengahari dia. Nak dekat pukul 3 petang, bila dah bangun tu startlah melasak dia dalam kereta. Kereta dah lah sempit. Memang mencabar jugaklah.

 
Banyak kali berhenti. Berhenti makan kat Rompin. Berhenti solat kat Pekan. Berhenti makan lagi kat Kuantan. Alang-alang kami memang craving sangat for sushi. Dan kebetulan dah ada kat Kuantan. So apalagi. Memang tak lepas peluang lah kan. Moh singgah ke ecm. Tapi awal-awal dah cakap ngan amie. Sampai jek terus makan and solat. Takyah nak jalan-jalan window shopping bagai. Sebab masa tu dah pukul 8 malam. Confirm makan sejam kan.


Nikmatnyaaa dapat makan sushi. Dah lama teringin. Harz pulak behave jek. Rasa macam Harz sekarang dah besar. Now kalau makan dah boleh duduk sendiri kat baby chair. Kasi dia pegang apa-apa. Suap makan sikit-sikit. Senyap lah dia. No more makan gilir-gilir ummi dengan babah. Best. 


Makan benda best ni tak boleh laju-laju. Kena menikmati betul-betul. Takde maknanya makan sejam. Dekat dua jam jugak. Haha. By 10, gerak balik. 12.30 malam baru sampai rumah. And officially we can say, “Home sweet home”.. :)


     XOXO


19.8.13

Raya ketiga 2013


Raya pertama berkumpul ahli keluarga. Raya kedua beraya rumah sanak saudara. Raya ketiga pulak time beraya dengan kengkawan. Dieorang ni aku kenal sejak zaman sekolah lagi. Lebih kurang dah 15 tahun jugak lah kiteorang kenal. Member-member lain ada jugak contact macam dalam fb ke. Tapi yang ni memang betul-betul bff. Sampai sekarang still hang out sama-sama.

Sebenarnya kiteorang ni berenam seme sekali. Sampai orang semua gelar kami 6 jahanam. Mana tak. Kerja nak mengjahanamkan orang jek. Kalau dalam kelas tu, memang yang paling nakal sekali tu kiteorang lah. Tapi nakal-nakal pun, study tetap study. Haha.

Raya kali ni, sorang jek yang tak dapat berkumpul sama sebab kerja. So macam tak cukup kaki lah. Hope next year dapat gather semua sekali. Baru syiokkk. Tak pun ada sesapa yang nak kahwin ke. Time tu pun boleh jumpa gak. Meriah weh. Macam aku kahwin dulu, dieorang stay sampaikan ambil gambar studio pun dieorang join sama. Masa ambil gambar maternity dulu tu pun dieorang punya kerjalah semua tu.

Bila dah berkumpul macam ni, memang happening. Kepala masing-masing gila. Ingat zaman sekolah jek buat perangai, dah besar macam ni pun still perangai sama. Memang pecah perut kalau jumpa dengan dieorang semua ni. 


Beraya rumah paiz and rose. Makan sampai 3 kali tambah. Memang rasa nak pecah perut. Best. Lepas kenyang semua pakat pergi JPO. Sebab dah dekat sangat dengan rumah rose. Lagipun ni first time nak pergi situ. 


Ramaiii sangat orang. Maybe cuti sekolah. Sampaikan nak masuk coach pun kena beratur. Sale jangan cakap lah. Memang kaw-kaw punya less. Heaven lah. Lepas ni boleh kumpul duit bertingket-tingket nak shopping sini. Tapi time sale gila-gila lah. Kalau tak sale, boleh gak nak shopping. Tapi window shopping jek lah. Haha..


     XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...