instagrammers

Instagram

20.11.14

Family Day di Bukit Gambang Resort City

Hujung minggu lepas company Kila buat majlis hari keluarga.
Kalau tahun lepas cuma buat annual dinner.
Tapi tahun ni ajk request nak buat hari keluarga pulak.
Santai  santai sambil bercuti.

Kami bertolak pergi sana lepas solat Jumaat.
Pukul 2 gerak pukul 5 dah sampai.
Dan sepanjang perjalanan Hariz tidur dalam kereta.
Aman dunia sekejap.

Sampai sana kami terus check in.
Dan lepas tu terus terjun ke kolam renang dia.
Alhamdulillah cuaca disana time tu sangat baik.
Redup je.
Panas pun tak hujan pun tak.
Tapi gambar dekat hotel ni Kila share lain entry.
Sebab kebanyakkan gambar di awal kami sampai tu habis Mat Harz delete.

Malam tu lepas maghrib kami semua kena berkumpul dekat dewan ballroom.
Makan malam dan ada acara sukaneka.
Acara untuk budak 1-6 tahun pun ada.
Mat Harz join tapi macam tak ada perasaan.
Sampai nak terkeluar anak tekak umi jerit jadi pompom girl.
Last-last umi yang lebih-lebih pulak tukang main kan untuk anak.

Ada acara suami isteri jugak.
Kita orang join.
Dua-dua orang kena tutup mata lepas tu dibawa ke merata kawasan dalam dewan.
Lepas tu kena cari setiap pasangan masing-masing sambil tutup mata.
Gigih kau sambil dukung anak sambil main aktiviti.
Orang lain anak duduk diam je kat tepi.
Tapi Mat Harz ni sibuk nak menempel.
Dan keputusannya…
Haruslah kami tak menang. Haha.

Eh tapi kumpulan Kila menang acara treasure hunt.
Juara lagi.
Soalan banyak gila.
Dan susah gila.
Tapi kena pandai-pandai lah.
Kita orang google aje.
90% soalan tu semua ada kat internet.
Hehehe.

Lepas tu Kila join aktiviti berpasangan.
Tak kisah lah nak berpasangan dengan siapa-siapa pun.
Kena bawa bola tanpa guna tangan.
Orang lain laju gila berlari.
Tapi lepas tu terbatal sebab bola jatuh.
Kita orang jalan slow je.
Tapi dapat nombor 3.
Dapat jugaklah bawak balik hadiah.

Banyak lagi acara lain.
Tapi dah tak larat nak join.
Harz pulak anti social.
Duduk je kat kerusi tak bercampur orang.
Tengok anak orang lain seronok je berkejaran dalam dewan tu.
Kila syak Harz ni ikut perangai babah dia lah.

Si pecinta buah-buahan.
Orang lain mak ayah duduk kat belakang anak. Tapi kita duduk depan anak. Very supportive betul. Haha.
Hariz, kalau jalan sambil tidur macam mana nak menang ni.
Hah tu dia. Pertandingan kutip candies siapa paling banyak. Pemenangnya akan memenangi candies yang dikutip itu. Hihi.
Lambat sangat lah Hariz ni. Bak sini biar umi yang tolong.
Itu lah kegunaan topi Hariz.
Yeayyy saya menang cekelat.
Soalan treasure hunt yang mengstresskan minda.
Sejenis anti social.
Aktiviti bawak bola. Awal-awal dah bagi tau partner tak harap sangat nak menang. Saje main suka-suka.
Sekali dapat jugak menang.
Sesi mewakafkan hamper.
Our family. Kila – Kimi – Mat bot bot.
 


xoxo,
shakila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...