instagrammers

Instagram

17.8.14

Raya di Kota Singa

Cerita pasal raya lagi. Ngeee..
Kata syawal sebulan kan.
Raya kelima kami masuk Singapore.
Nawaitu utama sebab nak ziarah maknek.
Satu-satunya nenek yang kila ada sekarang.
Dah lama tak jumpa dia.
Biasanya raya-raya tahun dulu maknek yang akan turun Johor.
Tapi now dia ada regular check up dekat hospital Singapore.
So tak bolehlah nak stay kat Johor lama-lama.

Kami pergi lima beranak je.
Mak, abah, and kila sefamily.
Drive memang depend sepenuhnya pada gps.
Nasib semuanya dipermudahkan.
Kalau tak jam dalam 45 minit dah boleh sampai rumah maknek.

 

Kami stay kat rumah aunty kila.
Salah seorang adik beradik mak.
Memang mak kila plan nak stay situ je untuk 2 hari tu.
Tak ada ke tempat lain.
Since maknek pun stay situ kan.
So semua adik beradik yang mana duduk Singapore tu semua datang berkumpul situ.
Hari pertama tu sampai pukul 1 pagi pun ada lagi orang datang.
Mak kila ni anak sulung.
Sesekali bila datang tu memang semua orang akan berkumpul.
Harz pun sama naik melayan tetamu.
Tengah malam pun mata terang lagi.
Meriah lah dia kumpul duit raya sing dollar.

Hari kedua tu pun ada lagi saudara mara yang nak datang.
Sementara tunggu dia orang, kami cilok sekejap keluar rumah.
Tak best jugak kan dah datang negara orang tapi tak kemana.
Hasrat di hati nak pergi marina area.
Alaaa tempat yang singa keluar air kat mulut tu.
Tapi bila tengok maps agak jauh jugak dari rumah.
Tak berani ambil risiko sebab takut sesat.
So kita google tempat yang best paling dekat untuk dilawati.
Guess what?!?
Its ikea.
10 km dari rumah.
Terus mata kila bersinar-sinar.


Senang je nak kesana.
Jalan straight lebih kurang 5 traffic light dah sampai.
Aunty kila kata dia selalunya pergi naik basikal je.
Best kan dia orang ni.
Dah lah parking pun free.
Even weekend pun tapi tak ramai orang.
Cuma frust sikit sebab tak dapat makan meatball.
Sebab rasa was-was.
Aunty kila dah pesan jangan beli.
So kita ikut je lah kata dia orang.

Walaupun frust tak dapat makan meatball or karipap telur tersedap tu.
Tapi hati tetap berbunga-bunga.
Sebab dapat beli salah satu wishlist yang memang kila dah aim selama ni.
Alaaa bukan apa pun.
Cuma penyangkut baju krokig.
Selama ni kalau pergi ikea damansara tu memang nak sangat beli.
Tapi takut nak cakap dengan amie. Hehe.
Sebab harga dia tu macam tak munasabah.
Tapi ni bila tengok mak aii murahnya.
Walaupun lepas dah convert mata wang tu still rasa murah jugak.
Suka suka suka.

Petang tu bila semua adik beradik mak dah berjumpa.
Kita orang pun balik ke Johor balik.
Sekejap je beraya ke Singapore.
Dapatlah tunaikan hajat nak jumpa dengan maknek.
Harz pun dapat jumpa moyang dia.
Lepas ni entah bila lah lagi kan dapat jumpa.
Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Insyaallah.

Isnin raya pertama kat Terengganu.
Selasa kat Terengganu.
Rabu gerak ke Johor.
Khamis raya kat Johor.
Jumaat gerak ke Singapore.
Sabtu balik Johor.
Ahad balik Terengganu.
Isnin dah start kerja.
Tamatlah cerita raya edisi 2014.



xoxo,
shakila




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...