instagrammers

Instagram

20.8.14

Pekan Pahang dan Sushi King

Balik dari Johor nak ke Terengganu mesti akan lalu area Pekan.
Pekan tu nama daerah lah.
Bukan pekan as if bandar. Hihi.

Time hala nak pergi ke Johor tu memula dah perasan yang ada satu kawasan depan muzium ni macam cantik sangat.
Dulu-dulu kalau lalu situ nampak dia orang tutup area tu.
Masa tu dalam renovation lagi.
Ni bila dah siap macam cantik je.
Tapi time lalu masa tu tengahari lagi panas membahang.
So cakap kat amie time on the way nak balik Terengganu nanti kita singgah.

Sekali time lalu masa nak balik tu sempatlah singgah sekejap.
Niat utama nak ambil gambar je. Haha.
Sebab tengok pemandangan cantik sangat.
Beriya keluarkan kamera gabak dari bonet kereta.
Konon bolehlah cuci gambar nanti.
Kata nak buat feature wall kat rumah baru.
Sekaliiiiii.. boleh pulak memory card yang pinjam dari chik tu tiba-tiba bertukar jadi adapter.
Masa bila entah tertukar.
Sendiri pun tak perasan. Adoilah pun.
Makanya simpan balik kamera dalam kereta.
Alang-alang dah turun kereta tu.
Pergi jugaklah singgah sekejap nak sedapkan hati.
Guna kamera telefon chicken brand pun boleh.

 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 

Lepas tu kita singgah kat Kuantan pulak.
Rest and relax. Solat and eat.
Mana lagi kalau bukan east cost mall.
Tempat terpaling feveret dulu kalau nak pergi tengok wayang.
Dulu lah. Sekarang dah tak kuasa.
So ni dah alang-alang lalu, wajib singgah.

Dan ke tempat makan wajib.
Sushi time.
Suka sangat makan sushi.
Dulu pengaruh amie.
And amie pun dah suka makan sushi.
Lepas tu kila pengaruh harz pulak makan.
Suka lah dia sebab sushi ni kan based dia pulut.
Harz memang penggila pulut.
Lemang ke pulut panggang ke pulut kuning ke dia boleh habiskan berpinggan-pinggan.
Ni makan sushi ni pun banyak gila dia makan.
Siap order set menu tu harz boleh habiskan semangkuk nasi.
Nangis umi tengok sebab nanti umi nak makan apa dah harz habiskan nasi umi.

 
 
 
 
Lepas makan tu terus gerak balik.
Sebab konon berangan makan slow-slow perasan rumah dekat area kuantan agaknya.
Amek kau perjalanan Johor – Terengganu dari pukul 1 tengahari sampai pukul 1 pagi.
Syabas! Sebab esok kami kerja.
Harz lah untung boleh membuta sampai tengahari.


xoxo,
shakila
 

17.8.14

Raya di Kota Singa

Cerita pasal raya lagi. Ngeee..
Kata syawal sebulan kan.
Raya kelima kami masuk Singapore.
Nawaitu utama sebab nak ziarah maknek.
Satu-satunya nenek yang kila ada sekarang.
Dah lama tak jumpa dia.
Biasanya raya-raya tahun dulu maknek yang akan turun Johor.
Tapi now dia ada regular check up dekat hospital Singapore.
So tak bolehlah nak stay kat Johor lama-lama.

Kami pergi lima beranak je.
Mak, abah, and kila sefamily.
Drive memang depend sepenuhnya pada gps.
Nasib semuanya dipermudahkan.
Kalau tak jam dalam 45 minit dah boleh sampai rumah maknek.

 

Kami stay kat rumah aunty kila.
Salah seorang adik beradik mak.
Memang mak kila plan nak stay situ je untuk 2 hari tu.
Tak ada ke tempat lain.
Since maknek pun stay situ kan.
So semua adik beradik yang mana duduk Singapore tu semua datang berkumpul situ.
Hari pertama tu sampai pukul 1 pagi pun ada lagi orang datang.
Mak kila ni anak sulung.
Sesekali bila datang tu memang semua orang akan berkumpul.
Harz pun sama naik melayan tetamu.
Tengah malam pun mata terang lagi.
Meriah lah dia kumpul duit raya sing dollar.

Hari kedua tu pun ada lagi saudara mara yang nak datang.
Sementara tunggu dia orang, kami cilok sekejap keluar rumah.
Tak best jugak kan dah datang negara orang tapi tak kemana.
Hasrat di hati nak pergi marina area.
Alaaa tempat yang singa keluar air kat mulut tu.
Tapi bila tengok maps agak jauh jugak dari rumah.
Tak berani ambil risiko sebab takut sesat.
So kita google tempat yang best paling dekat untuk dilawati.
Guess what?!?
Its ikea.
10 km dari rumah.
Terus mata kila bersinar-sinar.


Senang je nak kesana.
Jalan straight lebih kurang 5 traffic light dah sampai.
Aunty kila kata dia selalunya pergi naik basikal je.
Best kan dia orang ni.
Dah lah parking pun free.
Even weekend pun tapi tak ramai orang.
Cuma frust sikit sebab tak dapat makan meatball.
Sebab rasa was-was.
Aunty kila dah pesan jangan beli.
So kita ikut je lah kata dia orang.

Walaupun frust tak dapat makan meatball or karipap telur tersedap tu.
Tapi hati tetap berbunga-bunga.
Sebab dapat beli salah satu wishlist yang memang kila dah aim selama ni.
Alaaa bukan apa pun.
Cuma penyangkut baju krokig.
Selama ni kalau pergi ikea damansara tu memang nak sangat beli.
Tapi takut nak cakap dengan amie. Hehe.
Sebab harga dia tu macam tak munasabah.
Tapi ni bila tengok mak aii murahnya.
Walaupun lepas dah convert mata wang tu still rasa murah jugak.
Suka suka suka.

Petang tu bila semua adik beradik mak dah berjumpa.
Kita orang pun balik ke Johor balik.
Sekejap je beraya ke Singapore.
Dapatlah tunaikan hajat nak jumpa dengan maknek.
Harz pun dapat jumpa moyang dia.
Lepas ni entah bila lah lagi kan dapat jumpa.
Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Insyaallah.

Isnin raya pertama kat Terengganu.
Selasa kat Terengganu.
Rabu gerak ke Johor.
Khamis raya kat Johor.
Jumaat gerak ke Singapore.
Sabtu balik Johor.
Ahad balik Terengganu.
Isnin dah start kerja.
Tamatlah cerita raya edisi 2014.



xoxo,
shakila




7.8.14

Raya di Selatan Tanah Air

Raya pertama dan kedua di Terengganu.
Masuk raya ketiga kami berangkat ke Johor.
Balik kampung umi lorrr. Yeayyy.


Berangan nak gerak lepas subuh.
Berangan je lah lebih. Haha.
Gerak pukul 11pagi sampai Pasir Gudang pukul 7 petang.
Terus menuju ke rumah angah sebab mak abah dah stay dengan angah sekarang.
Tidur semalaman rumah angah lepas tu esok pagi-pagi bangun bersiap nak pergi beraya.

 

Raya rumah kawan sekolah sebab kejarkan dia nak naik flight tengahari tu nak balik KL.
Bestlah dapat jumpa dia orang ni semua.
Bff sejak dari zaman sekolah lagi.
Lebih dari 10 tahun dah kita orang kenal.
Dari zaman hingusan sampailah masing-masing dah beranak pinak.
Masing-masing dah ada life sendiri.
Dapat jumpa pun setahun sekali.


Lepas tu pergi beraya rumah nenek kakak adini.
Dapat makan best.
Nasi ayam lagi mee rebus lagi.
Amie yang tak berapa gemar mee rebus pun sampai menambah 2 kali.
Krap krup tu yang buat dia sedap.
Lagi sedap dari hj wahid punya.
Pesanan buat biras kita.
“Akak, tuntutlah ilmu mee rebus dari mak akak. Nanti balik Terengganu boleh masakkan we ols. Ekekeke”


Lepas tu kami beraya kat rumah adik kila pulak. Eqin.
Merangkap tidur semalaman terus kat rumah dia.
Lepas tu pergi beraya ke rumah sedara mara yang lain pulak.
Pergi beraya rumah orang kali ni memang tak banyak ambil gambar.
Fon duduk dalam beg je.
Sebab sibuk beraya sakan berbual-bual sebab dah lama tak jumpa.
Tak macam zaman dulu kerja nak ambil gambar kat setiap sudut.
Faktor usia barangkali.


Tapi yang best sekarang ni Harz dah pandai salam orang.
Dah tak berapa nak takut sangat dengan orang.
Asal dapat duit raya je terus dia bagi kat kila sambil sebut “nah”.
Haha. Comel jek rasa nak gigit anak sendiri.
Tahun depan nak ajar dia pulak sambil salam sebut “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”.
Harz lah Harz. Bila nak pandai cakap ni nak oii.


Kami sempat cilok sekejap lepas tu pergi ke Jusco.
Sebab baru ni masa raya amie tak ada shopping baju apa pun.
Sian tok laki hamba pakai baju lusuh je.
Dia tu bukan nak kalau beli baju yang tak ada nama.
Kat Terengganu ni mana nak dapat baju-baju yang ada nama kan.
Dapatlah jugak barang sehelai dua untuk dia.
Baru fair semua orang merasa baju baru tahun ni khennn.
Kalau tak lepas harz, harz. Lepas harz, harz.
Asyik dia jek yang ada baju baru.

Habis dah raya kami kat Johor.
Sebab esoknya kami nak sambung beraya ke kota singa pulak.
Wehoooo..


xoxo,
shakila
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...