☑ Pastikan korang buat tempahan lori atau movers dua ke empat minggu
sebelum hari berpindah.
☑ Dapatkan maklumat yang lengkap seperti lori jenis apa, lori berapa tan,
berapa orang pekerja, harga, kos-kos tambahan, insurans, polisi pembatalan,
orang yang akan bertanggungjawab ketika proses pengangkutan barang, dan
lain-lain. Jangan lupa tawar menawar harga atau tanya kalau ada diskaun. Mana
tau bernasib baik. Dapatlah harga lebih murah.
☑ Pastikan segala alamat surat telah ditukar ke alamat baru 2 minggu
sebelum berpindah. Untuk pindahkan Astro, boleh call customer service 3 hari
sebelum berpindah. Untuk Astro Beyond seperti yang kita orang guna, buka dan
pasang semula free of charge!
☑ Jika korang ada anak-anak, pastikan ada orang yang menjaga anak-anak
korang semasa korang sibuk berpindah. Penting tau!
☑ Barang-barang yang tidak akan digunakan lagi sehingga korang berpindah,
bolehlah dipek terlebih dahulu.
☑ Sediakan satu beg berisi pakaian dan keperluan korang untuk satu dua
malam semasa berpindah. Sebab mungkin korang tak kan sempat atau terlalu penat
unpack.
☑ Barang-barang yang akan korang gunakan terlebih dahulu setelah
berpindah ke rumah baru perlulah dipek berasingan dan dimasukkan paling akhir
ke dalam lori.
☑ Pastikan barangan dimasukkan ke dalam kotak dan diasingkan mengikut
bilik.
☑ Labelkan kotak-kotak tersebut dengan jelas.
☑ Untuk baju yang tergantung di dalam almari baju, boleh gunakan kotak
dengan penyangkut atau wardrobe boxes. Tak perlukan keluarkan penyangkut atau
hanger satu persatu. Nanti bila di rumah baru, boleh terus gantung!
☑ Tapi kalau nak lebih jimat boleh balut atau wrap macam kat bawah ni.
Senang!
☑ Untuk baju berlipat, masukkan ke dalam beg pakaian.
☑ Masukkan buku-buku ke dalam kotak yang kecil. Ini kerana buku-buku
walaupun sedikit tapi sebenarnya agak berat!
☑ Ingat tau, makin berat sesuatu barang, maka makin kecil/minimum saiz
kotak yang diperlukan.
☑ Jangan guna kotak-kotak lama sebab kita tak tahu sekuat mana kotak tu
sebenarnya.
☑ Jangan gunakan pita pelekat jenis duct tape. Sentiasa gunakan pita
pelekat khas untuk packing.
☑ Pastikan setiap kotak ditutup dengan pita pelekat.
☑ Untuk barangan elektrik, pastikan korang baca manual barangan tersebut
jikalau ada arahan khusus untuk bawa barang tu berpindah.
☑ Jika barangan elektrik tersebut masih ada kotak asal adalah lebih baik.
Jika tiada, balutkan dengan bubble wrap.
☑ Balut barangan elektrik yang besar-besar bagi mengelakkan calar atau
pintu terbuka semasa proses mengangkut.
☑ Pastikan peti ais telah dimatikan sehari sebelum hari berpindah.
Kosongkan peti ais dan lekatkan dengan salotep semua bahagian yang mudah
bergerak di dalam peti ais. Contohnya; tempat telur dan pembahagi dalam peti
ais.
☑ Sebelum korang tanggal wayar-wayar peralatan elektrik yang rumit-rumit
tu, pastikan korang tangkap gambar wayar-wayar tu terlebih dahulu. Takut
terlupa pulak nanti macam mana nak pasang nanti kan?
☑ Pastikan gas memasak ditutup dengan betul dan tidak bocor semasa dibawa
berpindah.
☑ Pinggan mangkuk merupakan bahagian paling rumit. Tips untuk membungkus
barangan kaca, boleh klik gambar kat bawah.
☑ Dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, kad kesihatan, buku
bank, passport dan lain-lain, perlu disimpan dan dibawa berasingan dengan
barang-barang lain. Lebih baik dibawa atau diletakkan di dalam kereta korang
sendiri terlebih dahulu. So, nanti tak lah tercari-cari dalam kotak-kotak yang
banyak tu kan.
☑ Pastikan korang mempunyai duit yang mencukupi semasa berpindah.
☑ Jangan lupa untuk sediakan bekalan makanan dan minuman pada hari korang
berpindah. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk mereka yang membantu
korang!
☑ Jika ada barang-barang korang yang masih elok dan boleh digunakan tapi
korang rasa macam tak nak bawa berpindah sekali, bolehlah dermakan kepada
tempat-tempat yang sepatutnya.
☑ Sebelum meninggalkan rumah lama, sila pastikan rumah tersebut dalam
keadaan baik seperti mana korang mula-mula masuk dahulu. Bersihkan dan baiki
bahagian yang rosak.
☑ Ucapkan selamat tinggal pada jiran-jiran beberapa hari sebelum
berpindah. Kot ada pinggan mangkuk jiran yang masih ada di rumah, jangan lupa
pulangkan!
☑ Last but not least, don't stress!
xoxo,
shakila
1 komentetar:
Terimakasih untuk tipsnya min
Post a Comment