instagrammers

Instagram

9.7.13

Misi mencari baju raya




Pejam celik pejam celik esok dah 1 Ramadhan. Sekejap jek kan. Lepas tu tuptup dah nak dekat raya. Hujung minggu haritu since semua dok heboh-heboh kata megasale dah start, terus terpikir kalau dapat setelkan baju raya before puasa ni ok jugak kan. Maklumlah bila dah beranak kecil ni, macam leceh pulak nak bawak Harz shopping time malam-malam nanti. Kebetulan pulak che ngah nak ke ECM sebab nak cari kasut, apa lagi mohlah kita ngikut deme.

Jauh betul perjalanan nak cari baju raya. Makan masa 3 jam kau. Haha. Semangat sangat rasa. Maklumlah shopping khennn. Tapi bila sampai sana, hmmmm sale dia tak bernafsu langsung. Bukanlah takde sale langsung, ada tapi dalam 10% 20% jek. Tak syiok weh. Tapi dah namanya pergi jauh-jauh kan, haruslah beli barang sehelai dua buat cukup syarat kata orang.

Gambar shopping takda. Sebab bila berjalan dengan Harz ni aku rasa macam kelam kelibut dibuatnya. Mata dia dah ngantuk walau macamanapun, tetap dia tahan. Lepas tu serba tak kena, uwek sana uwek sini. Suruh babahnya pegang bagi susu kat satu corner tu while aku pergi cari baju, hoiii jauh sebatu boleh dengar suara Harz. Uhh.

Last sekali memasing dah lapar, makan kat jonis. Time tunggu order, df kan Harz terus dia tertidur dalam masa beberapa second. Maka makan lah kami dengan penuh ketenangan dan kenikmatan. Sedap wei makanan kat sini. Nasi sedap. Tomyam super sedap. Aiskrim pun sedap. Nak nak honeydew flavour. Hmmm dap dap dap. Taip ni pun tertelan-telan ailior ngingatkan aiskrim tu. Oh chicken wing sponsor jugak sedappp. Gambar makanan takde sebab bila makanan dah sampai terus lupa ingatan. Makan tak ingat dunia. Lapar wehhh. Lunch pukul 6 katanya.





     XOXO


1 komentetar:

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.21
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...