instagrammers

Instagram

18.8.11

Tips Bijak Pada Musim Perayaan




Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba (termasuklah hari-hari perayaan yang akan turut tiba pada hujung tahun) ramai daripada kita tentunya sibuk dengan persediaan untuk perayaan yang dinanti-nantikan. Seelok-eloknya kita tidak usah terlebih belanja di musim ini memandangkan kita perlu juga menabung untuk situasi yang tidak diduga seperti kecemasan.

Di sini ada beberapa tip asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja pada musim menarik ini.

1) Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi
Penyediaan bajet sebelum keluar membeli-belah sememangnya berguna. Suatu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan wang yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet, pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenalpasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu.

2) Opsyen balik kampung
Sekiranya anda perlu berjalan jauh untuk balik ke kampung halaman, rancanglah dengan sempurna awal-awal lagi. Lazimnya pada musim Hari Raya, kesesakan trafik tidak dapat dielakkan. Pastikan anda servis kenderaan anda sebelum membuat perjalanan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, termasuk apa-apa kesulitan yang akan memerlukan wang. Jika anda menggunakan kenderaan awam untuk balik kampung, cubalah dapatkan tiket anda seawal mungkin atau pada waktu jualan murah. Tabiat merancang awal tentunya akan menguntungkan anda.

3) Jadilah pembeli bijaksana
Selalu tinjau harga barangan dan perkhidmatan dan buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal? Apa salahnya membeli alternatif keluaran umum yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya? Tulis dan bawa dengan anda senarai barangan yang perlu dibeli. Terdapat pelbagai pusat beli belah yang mengadakan jualan murah apabila musim perayaan tiba. Akan tetapi janganlah terlalu ghairah pada waktu ini untuk mengelakkan terlebih belanja. Wang berlebihan yang disimpan boleh digunakan untuk tabungan ataupun keperluan lain.

4) Amalkan tabiat kitar semula
Mengguna semula hiasan Raya seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan boleh membuka kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang. Jangan lupa menabung walaupun tibanya masa untuk beraya!

5) Buatlah persediaan sendiri
Rekodkan segala perbelanjaan anda. Kenalpasti perbelanjaan tetap dan berubah serta perbelanjaan budi bicara anda. Sekiranya anda dapati diri anda berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.

6) Baju baru – berapa set sebenarnya?
Mempunyai baju raya dan kasut baru untuk hari pertama Syawal adalah suatu kebiasaan. Apa kata anda membeli baju yang anda tahu anda akan pakai semula di masa kelak. Adakah perlu membeli jenama mahal dan berbaloikah untuk nilai wang anda? Adakah anda akan mengguna semula pakaian tersebut dengan kerap?

7) Beli apa yang anda perlu, bukan apa yang anda mahu
Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bil kad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakan faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.

8) Jangan lupakan kewajipan anda
Memang menjadi kebiasaan untuk bergembira di musim perayaan. Menabung terlebih dahulu dan seperti biasa, pastikan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih anda ditabungkan. Cuma beli apa yang perlu mengikut bajet yang ditetapkan. Sekiranya anda perlu membeli barangan mahal, pastikan ia dilihat sebagai suatu pelaburan yang baik, iaitu untuk jangkamasa panjang. Hidup secara sederhana dan praktikkan tangguhan kepuasan sehingga anda benar-benar mampu berbelanja. Ambillah beberapa hari untuk memastikan sama ada anda boleh hidup tanpa barangan atau perkhidmatan tersebut.

9) Berseronoklah secara sederhana
Berdisiplin dan jadikan tabiat menabung gaya hidup anda tidak kira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Kita boleh beraya secara sederhana. Lagipun, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.


P/S : bersederhana itu ibadah

10.8.11

Wordless Wednesday


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

P/S : Subhanallah, memang menakjubkan. Tak terkata macam Wordless Wednesday.

9.8.11

Pak Haji pun x puasa?



Suatu hari di bulan puasa. Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki-kaki yang tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yang terkenal dengan pekak badak.

Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yang belum dibasuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelanggan untuk mengambil nasi, Pak Dol pun mula ke sinki untuk membasuh pinggan.

Tiba-tiba kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing-masing.
Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.

Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata,

“Minta I/C”.

Pak Dol pun cepat-cepat membersihkan tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih-sengih dia pun berkata,

“Aiii.. Pak Haji pun tak pose ke..?

Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak.

“Aku bukan nak nasi, aku nak I/C” pekiknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...