instagrammers

Instagram

13.4.15

Hariz Crib : Dekorasi ruang tamu



Masuk je pintu utama, akan nampak ruang ini disebelah kiri pintu masuk.
Kecil je kalau nak diikutkan ruang ni.
Sebab tu tak boleh nak sumbat banyak-banyak sofa kat ruang ni.
Masa nak beli sofa biru tu pun memang sengaja pilih 3+2 sahaja.
Sebab kalau ambil satu set dengan yang single seater tu nanti tak tahu dah nak letak kat mana.

Ruang ni selalunya orang sebut ruang tamu.
Tapi dalam  masa yang sama ruang ni jugak ruang family.
Ruang menonton pun boleh jadi jugak.
Sebab astro cuma pasang kat area bawah ini sahaja.
Lagi-lagi kalau si bujang kecil tu balik school, memang mengadap tv je kerjanya.
Ceria ceria ceria. Bosan dah umi.
Kadang tu kita pulak bergaduh dengan dia berebut nak tengok berita.

Cerita tentang apa adanya dalam ruang ni pulak.
Kalau ikutkan plan asal sofa tu memang berangan nak beli kaler grey atau off white.
Tapi bila dah sampai kedai tengok fabric material semua, amie berkenan dengan kaler navy blue.
Takut jugak memula tu nak ambil.
Takut tak masuk dengan warna rumah.
So sebelum beli tu kita google dulu gambar dekorasi ruang dengan menggunakan warna navy blue.
Terus terjatuh cinta bila tengok.
So proceed beli.

Karpet dan langsir tu pulak beli dekat nilai 3.
Gigih sangat shopping sampai kat sana.
Biasalah kita ni orang pompuan kalau bab bershopping sampai ke hujung dunia pun menyanggup.

Kabinet tv memang dah lama berangan nak kaler putih.
Dan semestinya bertutup.
Sebab dulu masa kat rumah lama guna kabinet warna gelap.
Tak sampai seminggu mengelap dah nampak habuk-habuk melekat.
Tapi bila guna warna putih macam ni duduk dekat pun tak nampak sangat habuk.
Melainkan kalau selet tangan atas cabinet tu memang boleh rasa lah. Haha.

Kabinet ni beli dekat ikea.
Gigih kami laki bini mengangkut kabinet 6 kaki ni.
Nasib kereta jenis boleh turunkan seat belakang.
Masa ni ikea ni tengah buat sale untuk kabinet ni.
Memang rezeki sebab kebetulan nak ke KL sebab ada kursus.

TV kalau ikutkan nak letak je atas kabinet tu.
Sebab nampak kosong atas kabinet tu.
Tapi setiap hari si bujang kecil ni panjat atas kabinet dan goyangkan tv.
Hoiiii boleh luruh jantung umi awak ni tau Hariz.
Start daripada tu terus suruh babah drill dinding gantung tv tu.
Selamat umi dari kena serangan jantung hari-hari. Hik hik.

Dekorasi atas tv tu pulak guna para dari ikea.
Dan beberapa item kecil dari ikea dan juga kaison.
Kufi art dari online di fb.
Apa lagi eh?
Oh bunga dan pasu dari air hitam.
Kesian bunga tu tak ada kawan.
Ingat sebelah kiri kabinet tu nanti nak letak lampu berdiri.
Tapi masih belum jumpa lagi yang berkenan dihati.
Bila dah ada lampu nanti barulah balance kiri kanan tu kan.



xoxo,
shakila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...