instagrammers

Instagram

10.9.14

Teman umi pergi work

Biasanya kalau weekday time hari bekerja memang tak pernah bawak Harz pergi pejabat.
Kira ni first time lah bawak dia.
Tu pun weekend.
Time ni kena datang ofis siapkan goodies bag untuk event the next day.
Angkut je lah Harz sekali kasi kenal kat mana umi dia work.

Ada lah 2-3 orang staff lain masa ni.
Tapi dia orang pun buat kerja masing-masing.
Workstation pun jauh-jauh.
Kira kalau bawak Harz pun tak ada lah dia nak menggangu staff lain.

Sampai je bukak cerita kegemaran dulu.
 
Dah boring sikit mintak susu pulak. Baring atas meja sebab kat ofis ni tak ada kerusi panjang. Yang ada pun sofa tapi tu kat area luar waiting area. Malas pulak nak ke sana sebab gelap tempat tu.
 
Bila bateri dia dah cas, energy dah top up, main cikgu-cikgu pulak.
Sepuluh minit kemudian, berry lah pulak.
Kerja umi melambak lagi. Pukul berapa nak siap ni.
Suka sangat dia main almari ni.
Sepuluh kali bukak pintu almari, sepuluh kali jerit “wahhhhh”
Hack system pulak. Dah lah pc tu on teamviewer 24 jam sebab hq nak monitor.
Daripada main je, meh tolong umi buat kerja apa yang patut.
Dah siap semua kerja kena kemas buang sampah mana yang tak guna.
Rilek-rilek tengok upin-ipin lagi sementara tunggu babah habis solat jumaat.
Umi nak interframe sikit. Kikiki..
Boring tunggu babah jom layan colouring.
Lepas tu babah ajak pergi jalan-jalan. Yeayyy. Eh itu umi yang sorak. Haha.
Sibuk suruh beli pan ni.
Lepas tu request nak scooter ni pulak.
Sampai ke sudah tak nak lepaskan.
Tapi lastly tak beli apa pun. Hihi. Alih perhatian bawak pergi play area.
Kasi belajar bersosial.
Kalau dulu nampak budak sebaya dia habis orang semua dia nak pukul. Tapi now dah ok. Dia perati jek perangai orang keliling.
Hope dia tiru perangai orang yang positif je.


Mak obsess anak,
shakila



8.9.14

Rumah Baru : Grill



Sebenarnya malas nak cerita pasal progress grill rumah ni.
Sebab geram sangat dengan tukang yang membuatnya.
Bayangkan deposit bayar satu hari bulan empat.
But till now tak siap lagi.
Jenuh dah nak pergi bengkel dia hari-hari buat follow up.
Sekali ketuk sekali jalan.
Tu belum lagi design lain yang disuruh design lain yang dibuatnya.

Eh eh. Ter emo pulak pagi-pagi ni.
Mana tak nya.
Kita dah tak sabar-sabar nak pindah masuk ke rumah baru ni.
Plan awal nak pindah sebelum puasa berangannya.
Tapi sekarang dah nak masuk raya haji pun tak siap lagi.

Susah lah urusniaga dengan orang melayu macam ni.
Janji tak serupa bikin.
Dah lah. Letih dah nak pikir attitude orang macam ni.
Ni nak letak gambar je.
Sebab kalau tak letak sekarang nanti kemudian hari mesti tak letak langsung.
Dah janji dengan diri nak update setiap progress rumah dekat blog.
Senang nanti nak buat rujukan untuk masa akan datang.


Ni masa mula-mula baru siap. Kita dah pesan nak daun besar. Alasan dia tak ada stok. Masa nak mintak duit deposit hari tu janji semua manis. Kalah air gula. Puii..

Susah sangat macam-macam alasan dia bagi kami sendiri yang pergi cari daun tu beli kat kedai lain. RM3 seketul. Kali dengan 30 ketul daun.

Dah siap baru nampak semenggah sikit. Oklah nak dibandingkan gambar yang first tu.

Nak suruh depa mari pasang pun berjanggut. Makan masa berbulan-bulan. Apa yang susah sangat pun tak tahu lah.

Ni depan dah siap pasang. Tapi ada lagi 3 keping frame entah bila nak siap.

Main door yang sampai sekarang tak ada lagi tombol.

Ni grill jiran sebelah menyebelah rumah. Start pasang lagi lambat dari kami. Tapi dah siap dulu. Tak ke menambah kegeraman kita pada tukang.



Tuan rumah yang emo,
shakila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...