instagrammers

Instagram

29.6.11

Jari Jemari


Mari belajar penyakit dari jari-jemari anda.

Jari telunjuk : Usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda. Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba check tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.
Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. Ouh no, itu aku. Ooo emm jii.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya, ini aku kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda, jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat. Insya allah. : )

27.6.11

DNA Babi – Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi





KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

P/S : lepas ni kalau makan kat Pizza Hut, tak boleh dah cicah ngan tobasco. huhu..

26.6.11

Adini Sofiyya




Hi! Nama saya Adini Sofiyya. Umur saya 5 tahun. Saya ni anak buah tokei blog ni.
Tapi in future lah, bukan sekarang.

Cita-cita saya nak jadi polis. Kalau tak dapat jadi polis, jadi pelakon dalam cite Gerak Khas pun jadilah. Boleh jadi heroin. Hee..



P/S : mintak-mintak Datuk Yusof Haslam baca entry saya ni supaya die boleh KIV saya untuk berlakon dalam 10 tahun akan datang. Haha..

21.6.11

best la bebudak nii


Ada dua orang budak perempuan duduk kat sofa depan ofis aku. Parents die tengah ambil bank report. So memandangkan aku takde kerja sebab sistem pun tak berape nak ok, aku pun layan la bebudak ni. Tetiba, aku terdengar si adik berbisik kat kakak dia, "akak ni cantik laa.."


P/S : tetiba aku jadi penyayang pulak pada bebudak. Keh3.

9.6.11

Khitbah



Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

KESIMPULAN : Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.
والله اعلم

 P/S :aku dah. korang..?

6.6.11

finally


Mak pesan, kalau dah ikat tu kene hati-hati. Byk dugaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...