instagrammers

Instagram

25.5.11

Happy Birthday Boy



To the world, you may be one person.
But to me, you are the world.
Happy Birthday My Boy.
May every glowing candle on your cake be a wish
that comes true.

18.5.11

Kau Bukan Milikku


Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap kau tak pernah tunjuk
Dan bila tiba saat aku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau
 bukan milikku

10.5.11

Facebook Saya


Cantik tak facebook profile picture saya?
~wink wink~


Happy Birthday Girls!!



Sun likes the Sunday
Moon likes the Monday
But I likes Oneday
That’s your Birthday

Health to you
Wealth to you
All the best that life can give to you.
May fortune still be kind to you
And happiness be true to you
And life be long and good to you
Is the toast of all your friends to you

NORMADIANA MAMAT
&
NORMADIANI MAMAT


May your birthday be as special as you are and hope your birthday blossoms into lots of dreams come true.

8.5.11

Surat Seorang Ibu





Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang..
aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..
Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Tapi itu semua adalah apa yang orang kata!!

P/S : Selamat Hari Ibu

5.5.11

Hikayat Moron Murah Mangsa



Pada suatu hari, di semenanjung emas, dalam kitab melayu lama kononnya, terdapat satu Hikayat Moron Murah Mangsa akan kisah seorang ketua pemberontak yang telah di tuduh berzina dengan seorang puteri dari china, lalu apabila rakyak jelata yang ingin mengetahui kebenaran bertanya kepada puak puak penyokong ketua pembakang itu (kerana mereka sepatutnya kenal kelakuan ketua mereka), apakah benar ketua kamu berzina?

Maka, dengan penuh emosi dan marah, mereka menafikan serta merta, lalu mendakwa bahawa semua ini adalah fitnah dan gossip semata mata.

Mana mungkin ketua pemberontak kami berzina? Beliau adalah pilihan tuhan, ini semua adalah konspirasi Raja melayu yang di bantu oleh tentera Rom.

Lalu Rakyat pun menunjukkan bukti akan salinan FLV kelakuan seorang penzina yang mukanya ada iras ketua pemberontak dan bertanya, apakah benar ketua kamu berzina dalam video ini?

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit, ini semua adalah konspirasi! Ketua saya adalah orang beriman dan bertakwa.

Lalu rakyatpun menunjukkan bukti lain bahawa salinan FLV itu melengkung dan nampak buncit akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV kerana imej yang dirakam pada 4:31 aspect ratio 16:93.

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit sangat, perut ketua saya buncit sikit jer. Lalu Rakyat bertanya, kamu yakin ketua kamu tidak berzina?

Ya, kami yakin! Mana mungkin ketua kami berzina, beliau adalah pilihan tuhan, beliau telah di zalimi. Ini semua fitnah!

Rakyat masih bertanya lagi, ketua kamu berani bersumpah menafikan fitnah ini?
Mana boleh bersumpah, sumpah tiada dalam islam, sumpah untuk suami isteri sahaja, saya bersumpah bahawa sumpah itu tak betul, bla.. bla.. bla..

Lalu guruh dan kilat pun berdengung-dengung di langit hitam.

*******

Ok, kita tinggalkan dulu Hikayat Bohong Moron Mangsa ini, kita kembali ke studio untuk ikuti ulasan pemberita berhubung isu ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, jika kita menuduh orang yang tidak berzina itu berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh membutakan kita masuk api neraka.

Sama juga, jika kita membela orang yang berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh jugak masuk api neraka.

Sekarang aku tengok, puak puak pembangkang begitu bersungguh-sunnguh mempertahankan ketua mereka daripada fitnah ini, baik yang berdogol, berserban atau berkopiah, lepas tu guna ayat ayat Al-Quran membetulkan tindakan ketua mereka, yakin benar mereka nampaknya akan ketua mereka tidak bersalah, seolah-olah ketua mereka tu mat som (orang yang bebas daripada dosa)

Pernah ada isu yang mengatakan bahawa jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih. Sebab kekekasih kita tidak semestinya betul, jika beliau buat salah dan kita mempertahankan kesalahan mereka, jadi angkuh dan bengonglah kekasih kita.

Tapi dalam kes ini, jika ada orang menfitnah kekasih kita, apa korang buat? Ada korang ikut cara nabi berhadapan dengan fitnah?

Apa islam tak ajar ke cara menghadapi fitnah?

Islam dah ajar, korang tu yang perasan pandai tak nak rujuk sejarah! Hari ni korang melenting bila orang fitnah kekasih korang, lalu fitnah balik orang yang menuduh, bila orang cakap kekasih korang berzina, korang balas, kekasih orang lain pun berzina juga.

Orang bagi bukti bergambar, korang nafikan, ya! betul gambar lelaki ni macam ketua saya, tapi perut tak sama, zakar jugak tak sama, zakar dalam gambar ni besar dan panjang, tapi zakar ketua saya.., (argh, malas aku nak tulis)

Mari sini aku nak cerita kepada korang yang mengaku berjuang agama islam akan bagaimana caranya nak ‘menjawab’ jika kekasih atau ketua kita di fitnah mengikut ajaran islam.

Mari dengar sini tuan-tuan dan puan-puan yek,

Kita balik kepada kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendek cerita, pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad, Aisyah r.a isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a.

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambil peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan. Ad ake patut? Tak patut..tak patut..

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu Abu Bakar r.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong” kata Abu Bakar lebih kurang.

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat Nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih Aisyah r.a. lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya”

Itu yang terbaik..

Dulu ada orang pernah tanya aku pasal sudin ajaib lelaki tabligh yang berkahwin dengan budak budak.

Aku jawab: jika terbukti ada kes memperdaya atau menipu atau ‘pukau’ atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak, maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hukum. Habis cerita. Kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

Jadi, jika terbukti ketua pembangkang meliwat lelaki atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia. Tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? Yang bersalah tetap kena hukum. Mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam.

Nasihat aku, pengikut-pengikut ketua pembangkang yang berlagak faham agama, tak payahlah guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa korang, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool, sabar dan tidak ‘bias’. Sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah. Kepada ketua pembangkang, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh. Jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih-kekasihNya.

Itupun jika korang benar okeh.

Tak perlu sambung kisah Hikayat Moron Murah Mangsa di atas, sebab mereka semua sudah mati di panah petir.

Kita tutup dengan pantun yang di petik dari kampong Garuda, atau nama terkininya Chendering.

Sampai Masa Tibanya Waktu
Redup Hati Kamu Berdua
Bila Dua 'Parti' Bersatu
Hidup Mati Jadi Bersama

Woha! cool. its polo.

P/S
: Cerita Hikayat Moron Murah Mangsa di atas adalah ciptaan semata mata, jika ada kena mengena dengan peristiwa hari ini, anggapalah itu adalah suratan dan takdir. Peace!

P/S/S : Kampung Garuda dalam filem Hikayat Merong Maha Wangsa rupanya adalah Kampong Chendering di Terengganu.

4.5.11

nak practise bahase mertua



Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.


Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”


Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”

 
P/S : Handal doh lening. Lepah nih gi kuala berang, buleh doh nok berchit-chat dengang orang sane

3.5.11

Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak saya



Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun.

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya, Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif. Bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara. Saudara ade masalah ke?"

Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya. Dan memberitahu berita gembira itu. Mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka, saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital, menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.




P/S : Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

2.5.11

cute baby

















P/S : bila dah ade baby, nak yang mata biru macam ni boleh tak? : )

1.5.11

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua khususnya wanita.

P/S : memang meletihkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...