instagrammers

Instagram

21.12.10

Apa Yang Menarik Dengan Nombor Telefon Bimbit Anda?




Setiap nombor telefon bimbit kita mempunyai misteri tersendiri, nak tahu apa yang menariknya nombor telefon bimbit kita nih? Jom kita cuba sama-sama..

Sediakan kalkulator :

Masukkan 3 angka pertama kedalam [ jangan masukkan 01x ] 012 - - - 6788

Darabkan [X] dengan 80

Ditambah [+] 1

Darabkan lagi dengan [X] 250

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda sekali lagi

Tolak [-] 250

Terakhir bahagi dengan [/] 2

Dan lihat hasilnya = [ Nombor telefon anda bukan?]


Contoh

Cth no tel 013-7157855

3 angka pertama :

715 x 80 = 57200

57200 + 1 = 57201

57201 x 250 = 14300250

...14300250 + 7855 (4 nombor akhir) = 14308105

14308105 + 7855 = 14315960

14315960 - 250 = 14315710

14315710 / 2 = 7157855



Gua tak tipu. Cuba try test tengok. Jadi ke tak..!!!


16.12.10

Selamat menyambut Hari 'Asyura

Sempena 10 Muharam ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari 'Asyura, semoga kita semua diampuni dosa-dosa kita, dosa-dosa yang lepas, sekarang ni dan yang akan datang. Aminnn..... Juga semoga rahmat Allah tak putus-putus mengunjungi kita ye. Apa kata kita buat beberapa amalan sempena 10 Muharam ni, pilih je yg mana terlarat. Kalau boleh buat semua, lagi bagus.
  1. Buat puasa sunat 'Asyura, puasa hari ni dan besok.
  2. Perbanyakkan solat sunat seperti solat  sunat tasbih, taubat, hajat, dhuha dan amalan solat sunat 5 waktu.
  3. Mandi sunat Hari 'Asyura, senang je, mandi macam biasa je tapi niatkan 'sahaja aku mandi sunat 'Asyura kerana Allah. Fadilatnya, setahun kita terpelihara beb, cuma mandi dan niat je kita dah dapat ganjarannya selama 1 tahun. Sampai jumpa 10 muharam tahun depan. Wow.. apa lagi, gi la mandi sunat 'Asyura. Hehehhe..
  4. Membersihkan dan menghias rumah, macam nak sambut raya la gamaknya dan juga menghias diri dengan memotong kuku, merapikan rambut, misai, janggut serta berpakaian indah, boleh la kita melaram pada hari ini. Tapi ingat jangan pakai yang seksi-meksi, menyeksa org yg memandang.
  5. Mengembirakan ahli keluarga dengan meyediakan jamuan yg baik dan mendoakan. Atau gi belanja dieorang makan luar pun bisa juga. Kata Ustaz Shafi, yang penting kasi hepi.
  6. Mengembirakan anak-anak yatim, mengusap kepala mereka dan mendoakan mereka. Apa lagi, meh la datang sini dan hepi-hepikan aku. Keh3..
  7. Berbagi juadah dan perbanyakkan sedekah. Buat cucur kodok kasi kat jiran pun tak pe. Nak-nak pulak kalau member tu tengah puasa, lagi dpt pahala. Macam dapat pahala orang yang berpuasa juga. 2 in 1.
  8. Ziarah ulama dan minta doa dari mereka.
  9. Menyambung silaturrahim. Ziarah orang tua dan keluarga serta saling mendoakan. Kalau yang jauh tu kita talipon aje pun tak pe atau skype ke YM pun boleh. Dah canggih dah sekarang ni, memang senang nak contact.
  10. Melawat orang sakit dan saling mendoakan. Tahukah anda, doa orang sakit lebih baik dari orang sihat. Sebab orang sakit tu lebih dekat dengan Allah. Ustaz aku yang cakap la. Hehehehe..
  11. Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali, kalau tak larat, baca aje sebanyak mana yang kita mampu dari kita tak baca langsung.
  12. Perbanyakkan zikir dan doa bermula dari malam 'Asyura, tapi kalau buat sekarang masih tak terlambat dari tak buat langsung kan. Yok kita mulai..



8.12.10

Kerana dia manusia biasa


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya.

Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu. Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual, hanya berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini? Saya melihatnya tanpa mengerti.

"Buka aja." 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya. Putih? "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.

Kepada calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya,

Assalamu'alaikum Wr Wb.

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya yang bernama ***** menginginkan anda ***** untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda?

Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat istikharah berkali-kali, dan saya semakin pasti memilih anda. Yang saya tahu, saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia?"

"Kerana dia manusia biasa" Dia menjawab dengan nada pasti.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku"

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin"

"Sshhh....." Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Dahla, tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang kene marah dengan Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hambaNya. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNya mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami isteri. Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

6.12.10

Proton 5 bersaudara




Kereta Proton yang dinamakan sempena nama-nama besar dalam sejarah melayu kita. Yang mana satu pilihan korang??

5.12.10

Dalam selimut. Tetttt...

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk.. bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata...

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh..

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak... Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni..

Bedah tak sanggup nak tengok, dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.


Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni? Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

1.12.10

Hujan oh hujan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...