instagrammers

Instagram

21.12.10

Apa Yang Menarik Dengan Nombor Telefon Bimbit Anda?




Setiap nombor telefon bimbit kita mempunyai misteri tersendiri, nak tahu apa yang menariknya nombor telefon bimbit kita nih? Jom kita cuba sama-sama..

Sediakan kalkulator :

Masukkan 3 angka pertama kedalam [ jangan masukkan 01x ] 012 - - - 6788

Darabkan [X] dengan 80

Ditambah [+] 1

Darabkan lagi dengan [X] 250

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda sekali lagi

Tolak [-] 250

Terakhir bahagi dengan [/] 2

Dan lihat hasilnya = [ Nombor telefon anda bukan?]


Contoh

Cth no tel 013-7157855

3 angka pertama :

715 x 80 = 57200

57200 + 1 = 57201

57201 x 250 = 14300250

...14300250 + 7855 (4 nombor akhir) = 14308105

14308105 + 7855 = 14315960

14315960 - 250 = 14315710

14315710 / 2 = 7157855



Gua tak tipu. Cuba try test tengok. Jadi ke tak..!!!


16.12.10

Selamat menyambut Hari 'Asyura

Sempena 10 Muharam ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari 'Asyura, semoga kita semua diampuni dosa-dosa kita, dosa-dosa yang lepas, sekarang ni dan yang akan datang. Aminnn..... Juga semoga rahmat Allah tak putus-putus mengunjungi kita ye. Apa kata kita buat beberapa amalan sempena 10 Muharam ni, pilih je yg mana terlarat. Kalau boleh buat semua, lagi bagus.
  1. Buat puasa sunat 'Asyura, puasa hari ni dan besok.
  2. Perbanyakkan solat sunat seperti solat  sunat tasbih, taubat, hajat, dhuha dan amalan solat sunat 5 waktu.
  3. Mandi sunat Hari 'Asyura, senang je, mandi macam biasa je tapi niatkan 'sahaja aku mandi sunat 'Asyura kerana Allah. Fadilatnya, setahun kita terpelihara beb, cuma mandi dan niat je kita dah dapat ganjarannya selama 1 tahun. Sampai jumpa 10 muharam tahun depan. Wow.. apa lagi, gi la mandi sunat 'Asyura. Hehehhe..
  4. Membersihkan dan menghias rumah, macam nak sambut raya la gamaknya dan juga menghias diri dengan memotong kuku, merapikan rambut, misai, janggut serta berpakaian indah, boleh la kita melaram pada hari ini. Tapi ingat jangan pakai yang seksi-meksi, menyeksa org yg memandang.
  5. Mengembirakan ahli keluarga dengan meyediakan jamuan yg baik dan mendoakan. Atau gi belanja dieorang makan luar pun bisa juga. Kata Ustaz Shafi, yang penting kasi hepi.
  6. Mengembirakan anak-anak yatim, mengusap kepala mereka dan mendoakan mereka. Apa lagi, meh la datang sini dan hepi-hepikan aku. Keh3..
  7. Berbagi juadah dan perbanyakkan sedekah. Buat cucur kodok kasi kat jiran pun tak pe. Nak-nak pulak kalau member tu tengah puasa, lagi dpt pahala. Macam dapat pahala orang yang berpuasa juga. 2 in 1.
  8. Ziarah ulama dan minta doa dari mereka.
  9. Menyambung silaturrahim. Ziarah orang tua dan keluarga serta saling mendoakan. Kalau yang jauh tu kita talipon aje pun tak pe atau skype ke YM pun boleh. Dah canggih dah sekarang ni, memang senang nak contact.
  10. Melawat orang sakit dan saling mendoakan. Tahukah anda, doa orang sakit lebih baik dari orang sihat. Sebab orang sakit tu lebih dekat dengan Allah. Ustaz aku yang cakap la. Hehehehe..
  11. Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali, kalau tak larat, baca aje sebanyak mana yang kita mampu dari kita tak baca langsung.
  12. Perbanyakkan zikir dan doa bermula dari malam 'Asyura, tapi kalau buat sekarang masih tak terlambat dari tak buat langsung kan. Yok kita mulai..



8.12.10

Kerana dia manusia biasa


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya.

Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu. Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual, hanya berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini? Saya melihatnya tanpa mengerti.

"Buka aja." 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya. Putih? "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.

Kepada calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya,

Assalamu'alaikum Wr Wb.

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya yang bernama ***** menginginkan anda ***** untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda?

Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat istikharah berkali-kali, dan saya semakin pasti memilih anda. Yang saya tahu, saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia?"

"Kerana dia manusia biasa" Dia menjawab dengan nada pasti.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku"

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin"

"Sshhh....." Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Dahla, tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang kene marah dengan Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hambaNya. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNya mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami isteri. Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

6.12.10

Proton 5 bersaudara




Kereta Proton yang dinamakan sempena nama-nama besar dalam sejarah melayu kita. Yang mana satu pilihan korang??

5.12.10

Dalam selimut. Tetttt...

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk.. bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata...

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh..

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak... Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni..

Bedah tak sanggup nak tengok, dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.


Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni? Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

1.12.10

Hujan oh hujan

29.11.10

Pasrah


Ya Allah
Jika benar dia jodoh ku, kau satukanlah kami
Jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam
Jika benar dia yang terbaik buatku, kau peliharalah perasaan cinta antara kami
Agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati.

Jangan ya Allah
Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima
Sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan
Benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya.

Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama
Dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah
Kau tunjukkanlah kebenaranmu agar hati ini akur atas kehilangannya
Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang
Kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu.

Jangan ya Allah
Jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam
Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami
Engkau berhak ya Allah untuk menjauhkan hati-hati kami
Kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami.

Aku mohon ya Allah
Cekalkan hati ini
Lindungilah dia jauh disana
Pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya
Agar dia terpelihara
Agar dia bahagia.

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku
Kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakan ku.


P/S : True love is only reserved to Allah, the one and only God

10.11.10

10 perkara tentang A True Blue Johorean - aku la tuuu


Sempena aku nak balik kampung hujung minggu ni, aku nak cite siket la pasal habit orang kampung aku ni yang mane aku sendiri pun dah lupe sebab lame sangat dah dok bermaustatin di negara orang lain ni. Tapi bak kate orang-orang lame, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri ye dokk..



Aku senaraikan serba sedikit 10 perkara yang korang patut tahu dan jugak untuk diri aku sendiri yang dah lupe daratan ni..

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar)

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai - chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana, if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night, see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok. Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 15 years since I last tasted them. Seperti orang-orang dulu cakap, makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun (aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu, pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu, kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok. Kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku, maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash, etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang sebab kalau kentut, pergghhhh baunye, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah, normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa, semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n Indonesia! Tv3 bru nk kluarkn citer malin kundang kite dah abis tgk.

Hmm.. Apa lagi EKK? Cube tanye dengan cik kak kite sorang ni. Die pun True Blue Johorean jugak nih..


P/S : Kamus Johor =

Saing – pergi bersama2.. “nnt kite saing ehh pi sekolah”
Bongok – bodoh
Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk?
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut berpasangan.
Pergi berendut dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok – Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
Sajak – sesuai @ tidak (bkn puisi tau!!) cm nih ayat die – “sajak x beg nih pakai ngan baju ni??”
Roti perata – roti canai
Semangka –-tembikai
Epok-epok – karipap (rindu epok-epok sardin, kat sini xde. Uwwaaaa... Nak blk Johorrr)

9.11.10

Ayat-ayat cinta


 
Sebelum Tido
6 minggu :       Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan :          Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun :          Sana sikit lah. Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!



Pakai Toilet
6 minggu :       Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh.
6 bulan :          Lama lagi ke kat dalam nih?
6 tahun :          Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!!




Balas SMS
6 minggu :       Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.
6 bulan :          Trafik jam aah.
6 tahun :          K.



Dating proses
6 minggu :       I love U, I love U, I love U.
6 bulan :          Of course I love U.
6 tahun :          Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


 
Pulang Kerja
6 minggu :       Sayaaang, I dah balik nih.
6 bulan :          I'm BACK!!
6 tahun:           Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun)
6 minggu :       Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni.
6 bulan :          I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun :          pakai duit u sendirilah apa yg U nak. i takde duit.



Telefon
6 minggu :       Baby, ada org call u nih.
6 bulan :          Eh, Your call.
6 tahun :          Wooiii, telefon bunyi tuuuhhh.... angkat ahhhh!!!



Masakan
6 minggu :       Wah, tak sangka I, pandai U masak. Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan :          Kita makan apa malam ini??
6 tahun :          Hahh!! Lauk ni lagii?



Memaafkan
6 minggu :       Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain eh?
6 bulan :          Hati-hati la, nanti jatuh tuh.
6 tahun :          Orang dah cakap banyak kali pun tak paham!!



Baju baru
6 minggu :       Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu.
6 bulan :          Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun :          Dah berapa ribu habis beli baju tu???



Merancang Holiday
6 minggu :       Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan :          Kita ke Bukit Bintang aje ler. Senang sikit tak perlu naik flight.
6 tahun :          Jalan-jalan??? Duduk rumah je tak boleh ke? Buang duit jelah!!!



TV
6 minggu :       Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan :          Sekejap eh, citer bagus ni.
6 tahun :          Jangan tuka-tuka boleh tak..??

8.11.10

Inspira versi Lancer


Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis yang lepas. Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini iaitu LUSA. 

Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC). Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000. Kalau nak booking dengan I pun boleh jugak. 

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Jom tengok pulak Specifications Proton Inspira ini :-

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...