instagrammers

Instagram
Showing posts with label Babah Hariz. Show all posts
Showing posts with label Babah Hariz. Show all posts

25.5.13

Happy Birthday Norhakimi Mamat



Asek buat entri pasal Harz jek. Dah lama rasanya tak bercerita pasal babah Harz kan. Eh dah lama ke tak pernah langsung ekk. Muahaha..

 
Ye. Anda yang berada di gambar ni. Ya awaklah. Norhakimi Mamat. Siapa lagi. Eh geli kejap panggil awak awak ni. Haha.

You. I nak wish HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Yang ke berapa ekk. Kejap nak kira. Hmm tahun 78 maknanya. Hah yang ke 35 tahun. Hoii. 35 dah umur you. Esok esok nanti Harz darjah satu you dah 42. Hmm takpa takpa. Orang kata lelaki ni begins life at 40. Tak gitteww. Hehe.

You. I nak bagitau ni. Nak cakap depan-depan malu. Tapi I suka sangat bila 

  • You nasihat I bila I buat benda yang tak sepatutnya
  • You kuatkan semangat I bila hati I jadi luluh
  • You layan I macam princess
  • You ambil berat tentang i
  • You ambil hati i
  • You pandai hiburkan hati i
  • You jaga dunia dan akhirat i

 You. Maafkan I bila
  • Buat you marah
  • Sakitkan hati you
  • Mengada-ngada buat perangai
  • Banyak lukakan hati you
  • Shopping tak ingat dunia

You. I nak you tahu ni. Terima kasih sangat-sangat sebab menjadi sebahagian dari kehidupan I di dunia ni dan insyaAllah di akhirat nanti. Terima kasih jugak sebab menjadi babah yang terbaik untuk Hariz Al-Haziq. Love you till Jannah.

Me and Harz love you much much
     XOXO



18.4.13

Birthday Treat



30hb haritu kan jatuh hari Sabtu. Kebetulan time siang tu kami ada attend satu majlis. Balik pun dah lewat petang. Kesian pulak kat Hariz kalau kami nak teruskan aktiviti makan-makan sedangkan masa tidur dia dah nak masuk. Hariz ni memang tidur awal. Lepas mandi petang, susukan dia, mesti tertidur sampailah esok pagi. So aku taknaklah kacau jadual waktu tidur dia kan. Tak dapat sambut dengan makan-makan pun aku tak kisah sangat sebenarnya.

Sekali esoknya time hari bekerja, Amie bawak pergi Secret Recipes. Ingatkan nak beli cake jek. Sekali diajaknya makan sekali. Pucuk dicita ulam mendatanglahkan. Dah lah time tu memang lapo. Ahh aku ni, time bilanya tak lapo kan. Haha..

Menu yang diorder mesti sama setiap kali datang sini. Aku suka sangat dengan chicken cordon bleu dia. Masa potong ayam tu, tengok cheese meleleh-leleh. Hoii boleh gugur iman tau. Punyalah berazam kalau boleh nak order benda lain, tapi end up mesti terorder benda yang sama. Kenot tahan lorrr. Amie pun sama. Mesti setia dengan satu menu. Dia pergi mana-mana makan western tetap nak order grilled chicken.

Lepas setel makan, tetiba Amie kata nak pergi kat counter. Aku ingatkan dia nak pergi bayar bill. Sekali boleh pulak dia datang dari arah belakang aku, sayup-sayup jek aku dengar suara dia nyanyi lagu happy birthday sambil jalan sambil bawak cake sambil lilin menyala. Hoiii berapa banyak sambil daa..

Perasaan aku time tu tak dapat nak dibayangkan. Malu sebab orang keliling tengok tapi dalam masa yang sama sukaaaa sangat. Gedik kan. Haha. Tak sangka okeh laki ai veli lomantik gittewww. Masa nak tiup lilin tu rasa sebak pun ada sebab tuhan anugerahkan aku macam-macam nikmat setelah sekian lama hidup. Walaupun tak semewah mana, tapi aku dah cukup rasa bahagia disamping suami, anak dan juga keluarga. Syukur!






11.3.13

jalan-jalan gi giant baru


Kat sini ada bukak satu giant baru area gong badak akhir bulan lepas. Dekat dengan area airport nun. Masa baru bukak 2, 3 hari tu ofkos la banyak sale sempena official launching kan. Wiken haritu kami pun singgah lah kejap alang-alang nak pergi ke rumah member dekat area situ.

Giant ni kecil sikit lah nak dibandingkan dengan yang ada kat bandar. Tapi banyak gak kedai baru. Dan yang paling best is ada first lady. Lepas ni dah tak yah susah-susah sampai nak kena ke kuantan semata-mata nak pergi first lady kan. Iols memang suka beli baju dah siap jahit ni. Rasa lebih berbaloi dari beli kain asing, upah jahit lagi. Buatnya tukang jahit tu tak siap-siap jahit kita punya baju sampai pagi raya, pakai jek lah apa yang ada jek kan. Sebab tu aku suka beli yang dah siap. Try test. Muat. Terus boleh pakai. Siap ada labuci, batu permata bagai semua. Nak beli yang abang jovian punya tak berapa nak mampu khennn. First lady pun jadilahhh.

Jalan punya jalan tengok ada kedai jual casing telefon. Seminggu sebelum ni ada beli casing kat kedai lagi satu yang area bandar punya. Sebab telefon jatuh haritu abis retak. Tu yang gigih cari casing. RM10 satu. Sekali masa pergi kedai casing yang ni, RM10 tiga ketul. Gila kentang murah. Terus rasa macam grrrr. Dah lah tokey kedai sama dengan yang aku beli sebelum ni tu.

Tak ada beli apa sangat pun. Dapatlah Hariz mainan seketul. Upah katanya. Hariz ni satu perangai dia kalau bab berjalan sanggupppp tahan mata walaupun mengantuk. Mata tu syok sangatlah boleh tengok dunia luar. Bab menyusu pun sama. Sanggup 2,3 jam taknak susu. Masa time makan tu aku paksa gak dia minum susu sebab kesian kat dia dah berjam tak minum kan. Sekali melalak kau satu kedai tengok iols. Malu hokeh. Dah lah time tu first time nak belajar pakai nursing cover kat public. Mungkin dia pun rimas agaknya masuk dalam cover tu. Last-last aku pujuk-pujuk bagi gak NIP tapi bahagian muka dia aku selak sikit kasi kena angin. Minum sampai tertidur kau. Akhirnya. Kita beroleh kemenangan yang pertamaaaa… 


Babah berbabywearing.
Tapi hariz macam terkedalam sangat pakai ni. Maybe hariz belum cukup lagi besar nak pakai ni. Dukung lagi senang. Tunggu dah besar sikit mungkin baru boleh muat carrier yang akak bagi ni

Hariz kosser nak ambil gambar dengan ummi dia. Tengok orang keliling lagi syiok katanya

Main dengan mainan baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...