instagrammers

Instagram
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

17.8.14

Raya di Kota Singa

Cerita pasal raya lagi. Ngeee..
Kata syawal sebulan kan.
Raya kelima kami masuk Singapore.
Nawaitu utama sebab nak ziarah maknek.
Satu-satunya nenek yang kila ada sekarang.
Dah lama tak jumpa dia.
Biasanya raya-raya tahun dulu maknek yang akan turun Johor.
Tapi now dia ada regular check up dekat hospital Singapore.
So tak bolehlah nak stay kat Johor lama-lama.

Kami pergi lima beranak je.
Mak, abah, and kila sefamily.
Drive memang depend sepenuhnya pada gps.
Nasib semuanya dipermudahkan.
Kalau tak jam dalam 45 minit dah boleh sampai rumah maknek.

 

Kami stay kat rumah aunty kila.
Salah seorang adik beradik mak.
Memang mak kila plan nak stay situ je untuk 2 hari tu.
Tak ada ke tempat lain.
Since maknek pun stay situ kan.
So semua adik beradik yang mana duduk Singapore tu semua datang berkumpul situ.
Hari pertama tu sampai pukul 1 pagi pun ada lagi orang datang.
Mak kila ni anak sulung.
Sesekali bila datang tu memang semua orang akan berkumpul.
Harz pun sama naik melayan tetamu.
Tengah malam pun mata terang lagi.
Meriah lah dia kumpul duit raya sing dollar.

Hari kedua tu pun ada lagi saudara mara yang nak datang.
Sementara tunggu dia orang, kami cilok sekejap keluar rumah.
Tak best jugak kan dah datang negara orang tapi tak kemana.
Hasrat di hati nak pergi marina area.
Alaaa tempat yang singa keluar air kat mulut tu.
Tapi bila tengok maps agak jauh jugak dari rumah.
Tak berani ambil risiko sebab takut sesat.
So kita google tempat yang best paling dekat untuk dilawati.
Guess what?!?
Its ikea.
10 km dari rumah.
Terus mata kila bersinar-sinar.


Senang je nak kesana.
Jalan straight lebih kurang 5 traffic light dah sampai.
Aunty kila kata dia selalunya pergi naik basikal je.
Best kan dia orang ni.
Dah lah parking pun free.
Even weekend pun tapi tak ramai orang.
Cuma frust sikit sebab tak dapat makan meatball.
Sebab rasa was-was.
Aunty kila dah pesan jangan beli.
So kita ikut je lah kata dia orang.

Walaupun frust tak dapat makan meatball or karipap telur tersedap tu.
Tapi hati tetap berbunga-bunga.
Sebab dapat beli salah satu wishlist yang memang kila dah aim selama ni.
Alaaa bukan apa pun.
Cuma penyangkut baju krokig.
Selama ni kalau pergi ikea damansara tu memang nak sangat beli.
Tapi takut nak cakap dengan amie. Hehe.
Sebab harga dia tu macam tak munasabah.
Tapi ni bila tengok mak aii murahnya.
Walaupun lepas dah convert mata wang tu still rasa murah jugak.
Suka suka suka.

Petang tu bila semua adik beradik mak dah berjumpa.
Kita orang pun balik ke Johor balik.
Sekejap je beraya ke Singapore.
Dapatlah tunaikan hajat nak jumpa dengan maknek.
Harz pun dapat jumpa moyang dia.
Lepas ni entah bila lah lagi kan dapat jumpa.
Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Insyaallah.

Isnin raya pertama kat Terengganu.
Selasa kat Terengganu.
Rabu gerak ke Johor.
Khamis raya kat Johor.
Jumaat gerak ke Singapore.
Sabtu balik Johor.
Ahad balik Terengganu.
Isnin dah start kerja.
Tamatlah cerita raya edisi 2014.



xoxo,
shakila




7.8.14

Raya di Selatan Tanah Air

Raya pertama dan kedua di Terengganu.
Masuk raya ketiga kami berangkat ke Johor.
Balik kampung umi lorrr. Yeayyy.


Berangan nak gerak lepas subuh.
Berangan je lah lebih. Haha.
Gerak pukul 11pagi sampai Pasir Gudang pukul 7 petang.
Terus menuju ke rumah angah sebab mak abah dah stay dengan angah sekarang.
Tidur semalaman rumah angah lepas tu esok pagi-pagi bangun bersiap nak pergi beraya.

 

Raya rumah kawan sekolah sebab kejarkan dia nak naik flight tengahari tu nak balik KL.
Bestlah dapat jumpa dia orang ni semua.
Bff sejak dari zaman sekolah lagi.
Lebih dari 10 tahun dah kita orang kenal.
Dari zaman hingusan sampailah masing-masing dah beranak pinak.
Masing-masing dah ada life sendiri.
Dapat jumpa pun setahun sekali.


Lepas tu pergi beraya rumah nenek kakak adini.
Dapat makan best.
Nasi ayam lagi mee rebus lagi.
Amie yang tak berapa gemar mee rebus pun sampai menambah 2 kali.
Krap krup tu yang buat dia sedap.
Lagi sedap dari hj wahid punya.
Pesanan buat biras kita.
“Akak, tuntutlah ilmu mee rebus dari mak akak. Nanti balik Terengganu boleh masakkan we ols. Ekekeke”


Lepas tu kami beraya kat rumah adik kila pulak. Eqin.
Merangkap tidur semalaman terus kat rumah dia.
Lepas tu pergi beraya ke rumah sedara mara yang lain pulak.
Pergi beraya rumah orang kali ni memang tak banyak ambil gambar.
Fon duduk dalam beg je.
Sebab sibuk beraya sakan berbual-bual sebab dah lama tak jumpa.
Tak macam zaman dulu kerja nak ambil gambar kat setiap sudut.
Faktor usia barangkali.


Tapi yang best sekarang ni Harz dah pandai salam orang.
Dah tak berapa nak takut sangat dengan orang.
Asal dapat duit raya je terus dia bagi kat kila sambil sebut “nah”.
Haha. Comel jek rasa nak gigit anak sendiri.
Tahun depan nak ajar dia pulak sambil salam sebut “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”.
Harz lah Harz. Bila nak pandai cakap ni nak oii.


Kami sempat cilok sekejap lepas tu pergi ke Jusco.
Sebab baru ni masa raya amie tak ada shopping baju apa pun.
Sian tok laki hamba pakai baju lusuh je.
Dia tu bukan nak kalau beli baju yang tak ada nama.
Kat Terengganu ni mana nak dapat baju-baju yang ada nama kan.
Dapatlah jugak barang sehelai dua untuk dia.
Baru fair semua orang merasa baju baru tahun ni khennn.
Kalau tak lepas harz, harz. Lepas harz, harz.
Asyik dia jek yang ada baju baru.

Habis dah raya kami kat Johor.
Sebab esoknya kami nak sambung beraya ke kota singa pulak.
Wehoooo..


xoxo,
shakila
 

6.8.14

Raya 2014



Tahun ni raya giliran di Terengganu.
Sunyi sepi sikit sebab abang dan adik amie tak balik beraya di kampung.
Pulak tu pagi tu ada satu kematian dalam kampung tu.
Lagilah senyap jek pagi raya.

 
 
 
 
 

Sehari sebelum raya tu semua orang sibuk bakar lemang.
Masak rendang bagai.
Lepas tu time berbuka tu makan nasi sikit selebihnya makan lemang.
Raya belum start tapi rendang dah tinggal separuh.
Acana tu. Sedap yang amat sampai rasa nak nangis time makan.
Lepas tu teman Harz main bunga api.
Suka lah tu dia.

 
 

Esok pagi-pagi raya bangun awal pergi solat raya.
Orang lain lah. Kila tak. Hihi.
Sibuk siapkan dak Harz ni.
Sombong sangat time orang nak ambil gambar dia.
Suap nasi semangkuk barulah mood dia ok.

 
 
 
 
Bila amie dah balik dari masjid.
Semangatlah kita nak ambil gambar family.
Ye ye o je bawak kamera bagak ni.
Sekali tengok memory card yilek.
Tertinggal kat opis lah pulak.
Sedih betul.
Makanya guna je lah kamera fon cap ayam ni.
Baru berangan nak cuci gambar ni nanti.
Buat kenangan beraya di kampung. Huhu.

 
 
Lepas tu ma ajak ziarah orang meninggal.
Orang kampung tu jugak.
Maknanya sedara mara ma ayah jugaklah.
Sebab kalau nak kira satu kampung tu semua ada kena mengena.

Lepas balik ziarah tu kami lepak kat rumah je.
Tak kemana.
Orang yang datang rumah pun tak berapa ramai macam tahun-tahun sudah.
Sempat jugaklah petang tu tidurkan harz dengan umi sekali join sekaki.

Lepas tu time tetamu dah berkurang.
Baru dapat curi masa sikit ambil gambar family beramai-ramai.
Sekarang kan tengah demam monopod.
We ols pun nak jugekkk. Hihi.

 
 
 
 
 
 
 
 

xoxo,
shakila

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...