instagrammers

Instagram
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

13.6.13

Vaksin di pasaran Malaysia yang ada unsur babi

Kecoh sana sini kat fb orang dok kata vaksin kanak-kanak tak halal lah apa bagai semua. So far vaksin untuk Harz atau senang kita panggil enjet baby ni aku ok jek. Takdelah nak membantah ke apa sebab setakat ni takde pulak kesan tindak balas negative selepas kena enjet. Cuma menangis meraung time kena cucuk tu jek lah. Tu pun lepas seminit dah lasak balik semula. Lepas enjet balik rumah biasanya memang bagi terus Harz makan ubat demam. Demam tak demam belakang kira.

Bila ada suara-suara yang kata ada vaksin yang tak halal aku try google jugak nak study tengok kesahihan. Alhamdulillah vaksin yang dibekalkan oleh KKM semuanya halal. Harz memang check up buat kat gomen jek. Belum berkemampuan nak check kat swasta even dia ada medical card tapi aku rasa gomen pun ok what. Khennn..

Bila google tu ada jumpa artikel ni. Tak pasti lah betul ke tak. Cuma nak tepek kat blog untuk rujukan masa akan datang. Bila dah ada kat blog ni senang sikit nak cari nanti. Dah tu jek nak cerita. Gambar tak ada sebab fon dah dua hari masuk bengkel hantar jailbreak.

Nama Vaksin - syarikat pengeluar - jenis vaksin - kandungan vaksin - pendaftaran di Malaysia:

1 - attenuvax - Merck & Co, AS - vasin hidup virus campak/measles. albumin manusia 0.3 mg dan serum janin lembu < 1ppm, gelatin babi terhidrolisis - berdaftar dan dalam pasaran Malaysia

2 - BioThrax - Bioport Corporation, AS - Vaksin Antraks - kultur dari jantung dan otak babi - meluas di AS untuk tentera.

3 - Flumist Intranasal SPray - MedImmune , AS - Vaksin H1N1 , tiada maklumat di Malaysia - 2.0 mg gelatin babi terhidrolisis setiap dos

4 - Fluzone - Sanofi Pasteur , AS -vaksin virus selesema Trivalent A dan B- gelatin babi 0.05% sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

5 -Influenza A (H1N1) 2009 Monovalent Vaccine - Sanofi Pasteur Inc , AS - gelatin babi 0.05% sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

6 - JE- VAX (japanese encephalitis Virus vaccine inactivated) - Sanofi Aventis Pasteur, Osaka University (BIKEN) , Jepun - gelatin babi 500 mcg/ml sebagai penstabil - pernah berdaftar di Malaysia 1991

7 - MMR II Vaccine (Measles Mumps Rubella) - Merck & CO, Amerika SYarikat - gelatin babi terhidrolisis 14.5 mg - berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

8 - Menomune A/C/Y/W- 135 - Sanofi Pasteur Inc, Amerika Syarikat - Asod casamino sebagai sumber nitrogen dalam kultur media penghasilan. Asid casamino dihasilkan dari Kasein (susu babi) melalui hidrolisis asid - berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia

9 - Mumpsvac Injection - Merck& Co, AS - vaksin hidup virus mumps - gelatin babi terhidrolisis 14.5 mg - pernah berdaftar di Malaysia 1988 , tapi pengeluaran vaksin tunggal mumps telah dihentikan dan digantikan dengan vaksin kombinasi seperti MMR II dan PROQUAD.

10 - ProQuad (measles , Mumps, rubella, varicella) - Merck & Co , AS - gelatin babi terhidrolisis - terdapat dalam pasaran Malaysia dan berdaftar.

11 - RotaTeq - vaksin hidup virus Rota (pentavalent rotavirus) - Merck & Co, AS - cecair untuk diminum - mengandungi DNA virus circo babi (porcine circovirus) jenis 1. DNA ini dipercayai berasal dari rnzim trypsin yang berasal dari kultur media penghasilannya - berdaftar dan terdapat di Malaysia.

12 - Rotarix Roatvirus Vaccine , Rotarix Oral Vaccine - live attenuated human rotavirus - GlaxoSmithKline Biological, Belgium - berdaftar dan terdapat di Malaysia - cecair untuk diminum - mengandungi DNA virus circo babi (porcine circovirus) jenis 1. DNA ini dipercayai berasal dari rnzim trypsin yang berasal dari kultur media penghasilannya - berdaftar dan terdapat di Malaysia.

13 - Tripedia DTaP (diphtheria , tetanus toxoid dan Acellular Pertussis Vaccine Adsorbed) - Vaksin virus diphtheria , tetanus dan pertussis - Sanofi Pasteur , AS dan BIKEN , Jepun - gelatin babi dalam penghasilan pati (concentrate) pertussis - tiada maklumat daftar di Malaysia

14 - Varivax Vaccine - Vaksin virus hidup Varicella - Merck & CO, AS - gelatin babi terhidrolisis 12.5 mg/dos - berdaftar dan terdapat dalam pasaran Malaysia.

15 - YF-VAX (yellow fever vaccine) - vaksin demam kuning - Sanofi Pasteur Inc, AS - gelatin babi sebagai penstabil - tiada maklumat pendaftaran di Malaysia

16 - Zostavax (zoster vaccine live) - vaksin virus varicella zoster - Merk & CO, AS , gelatin babi teridrolisis 15.58 mg/dos - berdaftar dan terdapat dalam pasaran Malaysia

sumber : FB 



     XOXO

15.5.13

Tips Keibubapaan


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

peace! :)



        XOXO

14.5.13

Breastfeeding itu Family Planning


Something interesting to share.

Teknik betul boleh menjarakkan kehamilan

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak, iaitu hanya dengan susu badannya sendiri (breastfeeding) tanpa menggunakan alat atau ubatan pencegah kehamilan yang lain, dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM).

Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi beberapa criteria:

Bayi yang dilahirkan berusia enam bulan ke bawah.
Ibu masih belum kedatangan kitaran haids lagi.
Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif. 

Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan ialah bersifat ekologi (ecological breastfeeding) iaitu:

mendakap anak dengan lebih rapat
menyusukan bayi sekerap yang mungkin
berikan susu badan sahaja
menyusukan anak dengan posisi berbaring
tidak memberikan pacificer (puting plastik)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau nak diikutkan, lebih kurang setahun setengah dah Miss P tak datang. Hah lama kan. Mana tak nya, pregnant dulu dah 10 bulan plus lepas deliver sampailah sekarang. Jimat lampin pakai buang iols. Kahhh. Kadang tu ada gak risau. Eh aku ni mengandung lagi ke. Bila bagitau amie,


Aku : Tetiba ada rasa macam benda bergerak dalam perut lah

Amie : *angkat-angkat kening*


Ah sudah. Dupdap memikir. Ok lepas ni nak kena buat test. Tapi takde pulak rasa loya-loya. Ahh mainan perasaan jek tu semua. *nak sedapkan hati*


Hariz boring ke sensorang xde adik??

         XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...