instagrammers

Instagram
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

20.8.14

Pekan Pahang dan Sushi King

Balik dari Johor nak ke Terengganu mesti akan lalu area Pekan.
Pekan tu nama daerah lah.
Bukan pekan as if bandar. Hihi.

Time hala nak pergi ke Johor tu memula dah perasan yang ada satu kawasan depan muzium ni macam cantik sangat.
Dulu-dulu kalau lalu situ nampak dia orang tutup area tu.
Masa tu dalam renovation lagi.
Ni bila dah siap macam cantik je.
Tapi time lalu masa tu tengahari lagi panas membahang.
So cakap kat amie time on the way nak balik Terengganu nanti kita singgah.

Sekali time lalu masa nak balik tu sempatlah singgah sekejap.
Niat utama nak ambil gambar je. Haha.
Sebab tengok pemandangan cantik sangat.
Beriya keluarkan kamera gabak dari bonet kereta.
Konon bolehlah cuci gambar nanti.
Kata nak buat feature wall kat rumah baru.
Sekaliiiiii.. boleh pulak memory card yang pinjam dari chik tu tiba-tiba bertukar jadi adapter.
Masa bila entah tertukar.
Sendiri pun tak perasan. Adoilah pun.
Makanya simpan balik kamera dalam kereta.
Alang-alang dah turun kereta tu.
Pergi jugaklah singgah sekejap nak sedapkan hati.
Guna kamera telefon chicken brand pun boleh.

 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 

Lepas tu kita singgah kat Kuantan pulak.
Rest and relax. Solat and eat.
Mana lagi kalau bukan east cost mall.
Tempat terpaling feveret dulu kalau nak pergi tengok wayang.
Dulu lah. Sekarang dah tak kuasa.
So ni dah alang-alang lalu, wajib singgah.

Dan ke tempat makan wajib.
Sushi time.
Suka sangat makan sushi.
Dulu pengaruh amie.
And amie pun dah suka makan sushi.
Lepas tu kila pengaruh harz pulak makan.
Suka lah dia sebab sushi ni kan based dia pulut.
Harz memang penggila pulut.
Lemang ke pulut panggang ke pulut kuning ke dia boleh habiskan berpinggan-pinggan.
Ni makan sushi ni pun banyak gila dia makan.
Siap order set menu tu harz boleh habiskan semangkuk nasi.
Nangis umi tengok sebab nanti umi nak makan apa dah harz habiskan nasi umi.

 
 
 
 
Lepas makan tu terus gerak balik.
Sebab konon berangan makan slow-slow perasan rumah dekat area kuantan agaknya.
Amek kau perjalanan Johor – Terengganu dari pukul 1 tengahari sampai pukul 1 pagi.
Syabas! Sebab esok kami kerja.
Harz lah untung boleh membuta sampai tengahari.


xoxo,
shakila
 

17.8.14

Raya di Kota Singa

Cerita pasal raya lagi. Ngeee..
Kata syawal sebulan kan.
Raya kelima kami masuk Singapore.
Nawaitu utama sebab nak ziarah maknek.
Satu-satunya nenek yang kila ada sekarang.
Dah lama tak jumpa dia.
Biasanya raya-raya tahun dulu maknek yang akan turun Johor.
Tapi now dia ada regular check up dekat hospital Singapore.
So tak bolehlah nak stay kat Johor lama-lama.

Kami pergi lima beranak je.
Mak, abah, and kila sefamily.
Drive memang depend sepenuhnya pada gps.
Nasib semuanya dipermudahkan.
Kalau tak jam dalam 45 minit dah boleh sampai rumah maknek.

 

Kami stay kat rumah aunty kila.
Salah seorang adik beradik mak.
Memang mak kila plan nak stay situ je untuk 2 hari tu.
Tak ada ke tempat lain.
Since maknek pun stay situ kan.
So semua adik beradik yang mana duduk Singapore tu semua datang berkumpul situ.
Hari pertama tu sampai pukul 1 pagi pun ada lagi orang datang.
Mak kila ni anak sulung.
Sesekali bila datang tu memang semua orang akan berkumpul.
Harz pun sama naik melayan tetamu.
Tengah malam pun mata terang lagi.
Meriah lah dia kumpul duit raya sing dollar.

Hari kedua tu pun ada lagi saudara mara yang nak datang.
Sementara tunggu dia orang, kami cilok sekejap keluar rumah.
Tak best jugak kan dah datang negara orang tapi tak kemana.
Hasrat di hati nak pergi marina area.
Alaaa tempat yang singa keluar air kat mulut tu.
Tapi bila tengok maps agak jauh jugak dari rumah.
Tak berani ambil risiko sebab takut sesat.
So kita google tempat yang best paling dekat untuk dilawati.
Guess what?!?
Its ikea.
10 km dari rumah.
Terus mata kila bersinar-sinar.


Senang je nak kesana.
Jalan straight lebih kurang 5 traffic light dah sampai.
Aunty kila kata dia selalunya pergi naik basikal je.
Best kan dia orang ni.
Dah lah parking pun free.
Even weekend pun tapi tak ramai orang.
Cuma frust sikit sebab tak dapat makan meatball.
Sebab rasa was-was.
Aunty kila dah pesan jangan beli.
So kita ikut je lah kata dia orang.

Walaupun frust tak dapat makan meatball or karipap telur tersedap tu.
Tapi hati tetap berbunga-bunga.
Sebab dapat beli salah satu wishlist yang memang kila dah aim selama ni.
Alaaa bukan apa pun.
Cuma penyangkut baju krokig.
Selama ni kalau pergi ikea damansara tu memang nak sangat beli.
Tapi takut nak cakap dengan amie. Hehe.
Sebab harga dia tu macam tak munasabah.
Tapi ni bila tengok mak aii murahnya.
Walaupun lepas dah convert mata wang tu still rasa murah jugak.
Suka suka suka.

Petang tu bila semua adik beradik mak dah berjumpa.
Kita orang pun balik ke Johor balik.
Sekejap je beraya ke Singapore.
Dapatlah tunaikan hajat nak jumpa dengan maknek.
Harz pun dapat jumpa moyang dia.
Lepas ni entah bila lah lagi kan dapat jumpa.
Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.
Insyaallah.

Isnin raya pertama kat Terengganu.
Selasa kat Terengganu.
Rabu gerak ke Johor.
Khamis raya kat Johor.
Jumaat gerak ke Singapore.
Sabtu balik Johor.
Ahad balik Terengganu.
Isnin dah start kerja.
Tamatlah cerita raya edisi 2014.



xoxo,
shakila




26.3.14

Holiday ke Resort World Kijal

Dah lama tak pergi bercuti.
Selalunya kalau jalan jauh pun setakat balik kampung.
Since cuti sekolah dah start ni.
Bolehlah ajak family pergi holiday kan.
Eh apa kena mengena family kita dengan cuti sekolah?
Haha.

Hujung minggu haritu kami ke Resort World Kijal.
Perjalanan ambil masa sejam dari rumah.
Which is good.
Letih jugak kan kalau travel jauh-jauh ni.
Tapi sejak highway dah bukak jalan baru.
Senanglah sikit.
Naik kereta. Tidur. Tup-tup dah sampai.


Check in jek hotel terus salin baju.
Apa lagi nak ke swimming pool lah.
Anak dan bapak memang dah set nawaitu dia orang.
Tujuan utama bercuti memang nak swimming jek.
Tak macam mak encik ni.
Nawaitu dia datang sini sebab ada buffet breakfast.
Haha. Dasar kuat makan.


Harz dari dalam bilik dah menggeletis kaki dia tengok pool kat tingkap.
Memang pantang nampak air budak ni.
Kalau kat rumah tok dia pun sama.
Sibuk lah dok tarik tangan orang ajak turun ke sungai belakang rumah.


Mandi-mandi kat pool sampai puas.
Lepas tu naik bilik sambung lagi mandi kat dalam bath tub.
Bergaduh okeh nak ajak dia keluar bilik air.
Padahal jari semua dah kecut.
Kita ni risau jek kalau-kalau Harz flu ke demam ke.
Tatuit tokma dia bising nanti oii.

Esoknya bangun tidur tu terus panjat tingkap tunjuk pool kat bawah lagi.
Adehhh umi nak sarap dulu please.
Lepas breakfast baru pergi swimming ok.
Ouh buffet breakfast kat sana adalah awesome.
Food super banyak. Rambang mata.
Tak tahu nak start makan yang mana satu.
Hikhik.


Setel makan jek dah pukul 10.
Ini sudah hampir ke masa tidur pagi Harz.
Tapi sebab nak check out dah tengahari nanti.
Bawak jugak lah dia ke pool.
Memula tu ambil masa jugak nak panas enjin dia.
Muka monyok jek.
Mungkin sebab dah start ngantuk.
Tapi bila dah panas enjin.
Tak reti duduk diam. Letih melayan.
Kila kalau bab melayan anak main ni memang pass the battalion to babah dia jek.
Tak sanggup mak encik.


Ada sekali tu time main slide dia terhantuk kepala.
Apa lagi melalak lah dia.
Terus moody.
Mungkin dah mengantuk yang amat.
Mintak dukung ajak orang balik.
Kelakar pun ada jugak bila tengok dia time tu.
Orang letak kaki dia kat bawah taknak. Menangis.
Nak suruh bergambar tengok kamera pun mengamuk.
Bekeng gilos. Like father like son. Uhh.


Balik bilik jek lepas washed up terus terbongkang tidur.
Pukul satu lebih baru Harz bangun.
Padahal check out time kan pukul 12.
Kelam kabut packed barang.
Nasi Harz pun panaskan jek dulu.
Nanti baru suap dia kat lobi bawah.

Lepas checked out tu terus shoot ke Kuantan.
Dengan motif nak makan sushi.
Kila memang penggila sushi.
Lepas kahwin slow-slow ajar amie pulak.
Now dia pun sama penggila sushi.

Masa makan sushi tu ajar jugak Harz makan.
And guess what?
Abis sepinggan sushi tu dia makan.
Dua ketul. Terkejut mak encik.
Ingatkan Harz tak suka.
Sebab dia ni kenkadang tu kalau kita suap mende pelik-pelik ni dia luekkan balik keluar.
Tapi ni tengok dia telan lepas tu nganga nak lagi.
Mungkin sebab sushi tu kan pulut.
Dia ni memang feveret dengan pulut.
Tapi kalau kat rumah tak kasi sangat.
Sebab tokma bising takut angin.

Sushi yang kat sushi belt tu ambil lima pinggan.
Lepas tu order ala carte jugak.
Kila order piri-piri chicken.
Suap punya suap harz.
Tengok-tengok nasi dah tinggal suku jek.
Dah lah kita ni jenis suap anak makan dulu kita makan kendian.
Mungkin harz nak motivate umi dia suruh diet.
Fine harz fine.
Huhu.



Holiday kali ni memang best.
Rasa release jek kepala otak.
Tak ada rushing.
Memang betul-betul dapat spent the quality time dengan family.

 
XOXO,
shakila


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...