30hb
haritu kan jatuh hari Sabtu. Kebetulan time siang tu kami ada attend satu
majlis. Balik pun dah lewat petang. Kesian pulak kat Hariz kalau kami nak
teruskan aktiviti makan-makan sedangkan masa tidur dia dah nak masuk. Hariz ni
memang tidur awal. Lepas mandi petang, susukan dia, mesti tertidur sampailah
esok pagi. So aku taknaklah kacau jadual waktu tidur dia kan. Tak dapat sambut
dengan makan-makan pun aku tak kisah sangat sebenarnya.
Sekali
esoknya time hari bekerja, Amie bawak pergi Secret Recipes. Ingatkan nak beli
cake jek. Sekali diajaknya makan sekali. Pucuk dicita ulam mendatanglahkan. Dah
lah time tu memang lapo. Ahh aku ni, time bilanya tak lapo kan. Haha..
Menu
yang diorder mesti sama setiap kali datang sini. Aku suka sangat dengan chicken
cordon bleu dia. Masa potong ayam tu, tengok cheese meleleh-leleh. Hoii boleh
gugur iman tau. Punyalah berazam kalau boleh nak order benda lain, tapi end up
mesti terorder benda yang sama. Kenot tahan lorrr. Amie pun sama. Mesti setia
dengan satu menu. Dia pergi mana-mana makan western tetap nak order grilled
chicken.
Lepas
setel makan, tetiba Amie kata nak pergi kat counter. Aku ingatkan dia nak pergi
bayar bill. Sekali boleh pulak dia datang dari arah belakang aku, sayup-sayup
jek aku dengar suara dia nyanyi lagu happy birthday sambil jalan sambil bawak
cake sambil lilin menyala. Hoiii berapa banyak sambil daa..
Perasaan
aku time tu tak dapat nak dibayangkan. Malu sebab orang keliling tengok tapi
dalam masa yang sama sukaaaa sangat. Gedik kan. Haha. Tak sangka okeh laki ai
veli lomantik gittewww. Masa nak tiup lilin tu rasa sebak pun ada sebab tuhan
anugerahkan aku macam-macam nikmat setelah sekian lama hidup. Walaupun tak
semewah mana, tapi aku dah cukup rasa bahagia disamping suami, anak dan juga
keluarga. Syukur!
4 komentetar:
Happy Birthday Kila!!!
tq kak as! :)
Happy Belated Birthday Kila ;)
tq kak bel. hehe.. :)
Post a Comment