instagrammers

Instagram

27.2.13

Nursing Cover DIY



Pengalaman nursing kan Hariz masa pergi Jusco haritu macam haru biru. Tobat tak nak dah jalan kalau tak standby bawak kain untuk lindungkan apa yang patut time nursing. Serius rasa susah kalau tak ada nursing cover time berjalan bawak anak kecil ni.

So lets misi mencari nursing cover kat online. Ya. Aku ni memang suka online shopping sebab mudah. Senang nak compare harga dengan seller-seller yang ada di alam maya ni. Tapi rata-rata semua jual dengan harga rm50 ke atas. Bab harga tu aku tak kisah sangat kalau ia betul-betul worth it dengan kualiti. Tapi yang ada di pasaran semua style macam kecil. Aku ni dah lah size ehem *cough* tak *cough* berapa *cough* nak *cough* kecil *cough* sangat. Khennn..

Nak cari yang size besar sampai boleh tutup depan dan belakang badan nan ado. Dah la perut I ni artistic bercorak abstrak. Haha. Dulu ada sekali time aku nyusukan hariz, chik mai datang tengok. Muka dia macam terkesima sebab tertengok perut aku. Malu iols okeh. Kahhh..

Tak boleh jadi ni. Aku pun google lagi kot-kot ada yang jual size besar sikit. Sekali time google tu ternampak ada orang buat sendiri jek. Guna kain shawl pashmina. So gigihlah aku pergi cari. RM10 jek kau. Berlaboi-laboi ni.

Maka kita ambillah kesempatan peluang si suami yang pandai menjahit. Ngeh ngeh. Bini pun tak tahu jahit tapi laki terel okeh. Sebab apa aku terel. Langsir kat rumah kami tu semua dia yang jahit. Tapi ada gak ma dia tolong. Tapi kira ok lah tu dia tahu jugak guna mesin jahit tu nak dibandingkan dengan bini dia ni khennn. Haha..

Senang jek DIY nursing cover ni. Lipat dua kain tu, jahit tepi straight. Tinggalkan sikit ruang untuk masukkan celah kepala. Setel. 

La ni, kain tu aku guna kalau nak berjalan bawak Hariz kat public area. Tak guna untuk cover, boleh gak guna untuk selimutkan baby. Flexible kan. Time aku pam kat pejabat pun aku pakai kain ni. Kalau tak makcik-makcik yang ada ni dok lah tengok jek time aku pam. Apa ingat ini show ke? Grrr..




21.2.13

Fridge magnet kite yang homei-homei kiut



Wee… homei tak magnet esbok kita? Cepat angguk! Haha. Aku ni bukanlah kumpul sangat fm ni. Tapi aku suka pada benda yang kiut miut. Macam fm ni. Kita boleh customized. Pilih jek nak letak gambar apa. Gambar pemandangan, gambar kereta kesayangan, gambar orang tercinta, gambar apa sahaja semua boleh. Nak edit-edit dulu tulis apa-apa pun boleh. Sekarang kan fon masing-masing dah canggih boleh edit gambar di hujung jari jek macam orang ittewww punya note II. Best wo pakai note II. *yang, nak jugak note II. :(*

Dah lah kiut, murah pulak tu. Lima amah jek. Murah kan. Tak tau lima amah tu apa? Sila wasap chik. Kuikuikui.. aku kalau boleh masa beli tu nak penuhkan satu esbok. Akan tetapi nafsu serakah itu dapat dibendung. Pilih gambar-gambar yang the best moment jek. Masalahnya aku rasa semua gambar Hariz adalah the best ever moment yang aku pernah lalui. Kalau boleh semua gambar dia nak dijadikan magnet ni. Haha..

Korang kalau nak memenuhkan pintu esbok korang jugak dengan benda-benda yang kiut miut ni, boleh pergi SINI. Email jek gambar apa yang korang nak, nanti dia akan reply bagitau details and whats do and don’t. Sekejap jek siap. Dalam seminggu macam tu dah boleh dapat.


19.2.13

Instagram di blogspot



Sekarang ni aku dah jadi kameraman tak rasmi untuk Hariz. Hari-hari mesti ada jek gambar dia yang nak diupload. Anak pertama ko. Mesti la excited. Tengok esok lusa time anak dah ramai nanti. Gigih tak aku time tu. Haha..

Biasanya aku akan up dekat instagram. Kadang-kadang kalau mood aku rajin, aku akan link kan kat fb. Kat blog memang kalau tak bz jek akan up entri dia. Kalau bz tu, memang sunyi sepi jek lah. Tapi dekat instagram insyaallah aku akan up hari-hari. Sebab aku rasa ni semua moment yang kita tak akan dapat balik. Sebab tu kalau boleh aku nak captured setiap hari dari dia dalam hari sampailah bila dah besar nanti.



Hah korang yang ada akaun instagram tu bolehlah tengok direct dekat telefon canggih masing-masing ittew. Yang tak ada instagram tu, janganlah bersedih duka nestapa yek. Gambar Hariz tetap boleh ditatap. Follow widget instagram kat side bar belah kanan ni. Dah boleh view gambar-gambar dari dulu sampai lah sekarang. Yang ada akaun instagram tu, jangan lupa follow iolsss k.

*bajet retis nak soh orang follow ko kila weh. Mihmihmih..*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...