instagrammers

Instagram

25.3.12

Tutti Frutti


Yeayyy.. sekarang ni tutti frutti dah ada kat KT. Terus tetiba jek ngidam nak makan eskrim. Bukan aku yang nak sangat tapi tekak ni yang ngada-ngada. Haha.. Tapi kan aku pernah terbaca satu artikel yang eskrim ni tak elok untuk 1st trimester. Patut pun lepas makan haritu terus rasa semacam jek perut ni. Tak tahulah kebetulan ke atau memang betul-betul tak elok. Hmm..

Lokasi kedai ni kat area Tanjung. Sederet dengan Secret Recipe, Cavenzi tu semua. Aku rasa nak dekat 2 minggu dah kot kedai ni bukak. Masa launching haritu aku dengar orang kata siap ada 50% less lagi. Uhh ruginya tak pergi masa tu. Sekarang ni cuma ada less untuk student jek. 10% kot. Student-student lepas ni kalau nak pergi, sila bawak aku. Sebabnya bukan aku nak bayarkan tapi cuma nak tumpang bayar sekali yang aku punya jek. Hahaha..

Aku kalau bab eskrim ke kek ke memang confirm ambil choc flavor. Eskrim choc, garnishing pun choc. Choc chip sikit, choc rice sikit, choc syrup sikit. Perghhh... memang marveles lah. Amie pulak feveret dia white choc. Tapi tak ada flavor tu. So dia try vanilla. Lepas tu ambil isi-isi semua fruits. Konon healthy. Lepas tu amek kau time bayar. Buah kan berat kan. Total 2 mangkuk yang small size boleh buat makan malam kat kedai tomyam siap dengan sotong celup tepung bagai. Haha.. takpe lah. Sekali sekala. Janji merasa. Kannn.. 




22.3.12

birthday present



Aku tengok video ni rasanya dah banyak kali kot. Lebih dari seploh kali. Dan setiap kali tengok, mesti terikut menangis. Seploh kali tengok, seploh kali nangis. Entah kenapa. Aku rasa macam touching sangat bila tengok. Aku tunjuk kat amie video ni dulu, dia pun boleh repeat tengok banyak-banyak kali. Sangat-sangat amazing katanya.

Budak ni aku rasa sangat bijak. Tahu menghargai sesuatu pemberian. Dia pun macam tak sangka yang impian dia selama ni nak ke Disneyland akan tercapai. Memang impian semua budak nak jejakkan kaki ke situ termasuklah aku masa time kecik-kecik dulu. Tapi apakan daya.

Aku paling suka reaksi pertama dia masa dia bukak bag. "oh my goodness". Lepas tu siap tanya kat mak dia lagi "how do you know i want this, how, how". Siap dengan muka-muka lagi. So cute kannnnn… 


21.3.12

Pulau Perhentian *day three*


Akhirnya dapat jugak aku habiskan entri pulau ni. Mahu makan sebulan nak menaip. Perginya tiga hari jek. Nampak nau penyakit M dah berleluasa sekarang. Haha..

Hari terakhir kami kat pulau, sangat sedih rasanya. Sebab rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah tiga hari. Pagi tu lepas breakfast, ingat nak mandi manda kat area romantic beach. Tapi boleh terlupa pulak nak amek life jacket dengan TA semalamnya. So niat di hati terpaksa cancelled. Ouh.. btw, swim guna life jacket sangat lah syiokkk sebab kau boleh swim kat tempat dalam tanpa rasa takut. Besttt...

Cuaca hari terakhir sangatlah cantik. Dia punya panas mentari tu sampaikan kau tengok laut siap boleh nampak coral yang berwarna warni. Memang nice. Kan best kalau semalamnya cuaca ok macam ni. Hmm.. aku rasa memang tuhan dah aturkan hidup aku tanak kasi lasak-lasak sangat. So dia boleh rest seharian semalaman tu kan. Sebenarnya takut jugak nak lasak-lasak sangat ni, sebab orang kata first trimester ni rahim masih tak kuat lagi. Kena berjaga-jaga. So dalam rasa frust sebab semalamnya hujan, tapi ada jugak rasa bersyukur sebab memang ditakdirkan tak buat aktiviti yang heavy-heavy.

Lepas breakfast pagi tu, pergi jalan-jalan area long beach. Mat saleh sangatlah ramai. Sempat jugaklah aku kidnap sorang anak mat saleh ni. Haha. Anak-anak mat saleh ni aku tengok semuanya berani. Kalau swim tu rilek jek. Takde pun takut-takut nak suruh parents pegang lah. Semuanya berenang sendiri siap pakai goggle nak cari ikan.

Tengahari tu check out terus ambil bot balik ke jeti Besut. Singgah sekajap kat pejabat TA. Yang bestnya pasal TA ni, dieorang akan ambil gambar korang sepanjang percutian tu termasuk lah gambar-gambar dalam air. Lepas tu dieorang akan burned ke dalam CD and bagi kami CD tu as a gift. Wahhh… sangat suka. Btw, aku kenal TA ni sebab tokei dia ni one of my officer’s bestfriend. Sebab tu harga pakej kami boleh kaw tim punya. Pulak tu, kan semalamnya trip ke Redang terpaksa dicancelledkan sebab masalah cuaca kan. Dieorang siap refund duit ke kami. Padahal masalah cuaca bukan salah dieorang pun. Aku sangat-sangat rekemen kalau korang guna TA. Boleh tengok fb TA ni kat SINI.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...