instagrammers

Instagram

13.1.13

Kejadian hari jumaat



Jumaat haritu plan nak balik rumah. Tapi amie bagitahu ada wedding cousin dia kat kampung. Aku ni kalau ada kenduri-kenduri ni macam leceh sikit nak attend sebab aku rasa macam renyah jek bila ada anak kecik ni. Tapi sebab semua orang pergi, aku join jugak lagi-lagi bila memikirkan boleh makan sedap nanti. Haha dasarrr..

Majlis nikah start lebih kurang pukul 10 lebih gitu. Dengan sekali lafaz jek sah lah kak ita jadi isteri orang. Terror tu. Dulu laki den dua kali lafaz. Darah gemuruh lebih sangat  ni. Haha. Tahun lepas aku kahwin, kak ita attend bujang-bujang gitu. Tahun ni dia kahwin, aku pulak attend siap angkut anak sekali. What time flies..

Selamat pengantin baru. Semoga kekal ke akhir hayat. Insyaallah..


Get ready. Dupdapdupdap..


Sahhhh..


Gorgeous..


Hantaran dari pihak perempuan


Hantaran dari pihak lelaki


Banana choc cake. Makan kek ni tak ingat dunia lepas tu arini demam urat. Syabas kila!


Emoknyeee saya. Grrr..


Time ni anak sorang


Tetiba jek ramai pulak anak kami


Omel-omel la bebudak ni




9.1.13

Rutin Harian



Sekarang ni rasanya semua dah berubah. Keadaan sekeliling, persekitaran, kitaran hidup. Dan aku sendiri sedang dalam berusaha untuk sesuaikan diri dengan semua ni. Sebagai anak, isteri, dan juga ibu. Ya. Bila dah ada anak ni semuanya berubah.

Rutin harian sekarang pada hujung minggu jek ada di rumah sendiri. Means 2 hari seminggu. Hari biasa memang ada di kampung sebab Hariz ma tolong jagakan time aku bekerja. Terima kasih ma sebab tolong jagakan Hariz. Aku appreciate sangat-sangat even kami laki bini kena berulang alik travel nak pergi kerja. Demi anak semua sanggup dikorban. Masa, wang hatta tenaga sekalipun.

Rutin harian aku start seawal pagi. Jam 3 atau 4 pagi aku bangun untuk buat power pumping. Pengeluaran susu aku tak adalah semeriah orang lain tapi setakat ni cukuplah rezeki untuk Hariz. Kena gigih gagahkan diri tahan mata mengepam pepagi buta selama sejam. Jam 5 biasanya Hariz akan merengek mintak susu plus mengempeng sampai jam 6. Jam 6 start mandi siap-siap nak ke kerja. Jam 7 dah kena gerak. Lambat 15 minit means lambat jugaklah aku masuk kerja. Perjalanan ambil masa dalam sejam. Itupun kalau traffic tak buat hal. Ada sekali tu entah apa orang TM dok repair wayar dia kat tengah jalan, ambil masa sejam setengah jugak. Dan sebabkan tu jugaklah aku lambat punch card first time di 2013. Awal-awal tahun dah ada rekod datang lambat yo. Stress aku. Boleh effect bonus mak hencik akhir tahun tawww.

Jam 8 sampai ofis aku direct ke surau untuk mengepam. 8.30 turun ofis setelkan kerja. Selalunya pagi ni busy sikit. Dengan meetingnya, customer datang, nak layan emails lagi. Tup tup dah pukul 12. Pergi pantry, lunch setengah jam. Pergi surau, pam setengah jam. Cukup sejam time rehat aku masuk ofis balik. Sambung kerja. Jam 3 naik surau. Sembahyang dan pam sekali lagi. Masuk ofis balik sambung buat kerja sampai jam 5. Sepatutnya memang habis kerja jam 5. Tapi knowing that laki aku yang selalu ambil lambat tak kira masa kadang 5.30, kadang jam 6. Ada sekali tu 6.30. So sementara tunggu tu aku naik surau lagi, sembahyang dan pam lagi dan lagi. Kalau laki aku dah inform memang dia akan ambil lambat, sempatlah aku buat power pumping.  

Balik kampung, sampai rumah jek dah maghrib. Duduk-duduk sekejap hilangkan lelah sambil main-main dengan Hariz. Kasi df dan tidurkan dia. Kadang kalau penat sangat tu dengan aku-aku sekali tertidur. Ada sekali tu aku tertidur. Sedar-sedar dah jam 11 malam. Kejut laki tanya dia dah makan ke belum.

Aku : u dah makan ke belum?
Amie : dah
Aku : tak ajak I pun *sentap dah time tu*
Amie : I dah kejut lah. U yang kata tanak makan. Sian ma masak banyak u tanak makan.

Huwaaa… aku tak sedar sebenarnya time dia kejut tu. Mengigau agaknya masa jawab. Terus malam tu rasa lapar yang amat tapi adalah takut nak pergi makan sorang-sorang kat dapur. Minum air masak banyak-banyak. Tetengah malam biasalah Hariz akan merengek nak susu selang 2 atau 3 jam sekali. Kalau larat aku bangun. Bagi df position beriba. Kalau tak larat sangat nak bangun, aku bagi jek position baring. Tapi kena extra careful la takut tertutup hidung dia ke takut tersedak ke kan. Lepas tu bangun lagi untuk buat power pumping and so on berulang start dari rutin yang memula aku cite tadi.

Penat?




Hmmm.. penat akan hilang bila tengok muka dia ni. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...