instagrammers

Instagram

13.4.15

Hariz Crib : Dekorasi ruang tamu



Masuk je pintu utama, akan nampak ruang ini disebelah kiri pintu masuk.
Kecil je kalau nak diikutkan ruang ni.
Sebab tu tak boleh nak sumbat banyak-banyak sofa kat ruang ni.
Masa nak beli sofa biru tu pun memang sengaja pilih 3+2 sahaja.
Sebab kalau ambil satu set dengan yang single seater tu nanti tak tahu dah nak letak kat mana.

Ruang ni selalunya orang sebut ruang tamu.
Tapi dalam  masa yang sama ruang ni jugak ruang family.
Ruang menonton pun boleh jadi jugak.
Sebab astro cuma pasang kat area bawah ini sahaja.
Lagi-lagi kalau si bujang kecil tu balik school, memang mengadap tv je kerjanya.
Ceria ceria ceria. Bosan dah umi.
Kadang tu kita pulak bergaduh dengan dia berebut nak tengok berita.

Cerita tentang apa adanya dalam ruang ni pulak.
Kalau ikutkan plan asal sofa tu memang berangan nak beli kaler grey atau off white.
Tapi bila dah sampai kedai tengok fabric material semua, amie berkenan dengan kaler navy blue.
Takut jugak memula tu nak ambil.
Takut tak masuk dengan warna rumah.
So sebelum beli tu kita google dulu gambar dekorasi ruang dengan menggunakan warna navy blue.
Terus terjatuh cinta bila tengok.
So proceed beli.

Karpet dan langsir tu pulak beli dekat nilai 3.
Gigih sangat shopping sampai kat sana.
Biasalah kita ni orang pompuan kalau bab bershopping sampai ke hujung dunia pun menyanggup.

Kabinet tv memang dah lama berangan nak kaler putih.
Dan semestinya bertutup.
Sebab dulu masa kat rumah lama guna kabinet warna gelap.
Tak sampai seminggu mengelap dah nampak habuk-habuk melekat.
Tapi bila guna warna putih macam ni duduk dekat pun tak nampak sangat habuk.
Melainkan kalau selet tangan atas cabinet tu memang boleh rasa lah. Haha.

Kabinet ni beli dekat ikea.
Gigih kami laki bini mengangkut kabinet 6 kaki ni.
Nasib kereta jenis boleh turunkan seat belakang.
Masa ni ikea ni tengah buat sale untuk kabinet ni.
Memang rezeki sebab kebetulan nak ke KL sebab ada kursus.

TV kalau ikutkan nak letak je atas kabinet tu.
Sebab nampak kosong atas kabinet tu.
Tapi setiap hari si bujang kecil ni panjat atas kabinet dan goyangkan tv.
Hoiiii boleh luruh jantung umi awak ni tau Hariz.
Start daripada tu terus suruh babah drill dinding gantung tv tu.
Selamat umi dari kena serangan jantung hari-hari. Hik hik.

Dekorasi atas tv tu pulak guna para dari ikea.
Dan beberapa item kecil dari ikea dan juga kaison.
Kufi art dari online di fb.
Apa lagi eh?
Oh bunga dan pasu dari air hitam.
Kesian bunga tu tak ada kawan.
Ingat sebelah kiri kabinet tu nanti nak letak lampu berdiri.
Tapi masih belum jumpa lagi yang berkenan dihati.
Bila dah ada lampu nanti barulah balance kiri kanan tu kan.



xoxo,
shakila


25.3.15

Hariz Crib : Kenduri Kesyukuran “Naik Rumah”

Syukur Alhamdulillah rumah baru dah hampir siap semua progress.
Kalau nak diikutkan sampai sekarang defect masih ada.
Entah bilalah developer nak siapkan pun tak tahulah.
Tapi benda yang kecil-kecil je lah.
Boleh lah tutup sebelah mata buat-buat tak nampak.
Tapi tetap nak kena setelkan sebelum warranty 2 tahun dia habis.

Kalau sebelum ni Kila cerita pasal rumah dalam column rumah baru.
But now rumah pun dah start duduk.
So mari menggedik letak satu nama untuk rumah ni.
Bajet nak letak nama villa shakila.
Tapi sebab bayar sama-sama laki bini tak kan bini sorang nak gila kuasa kan.
Hek hek.
Jadi mari letak nama anak.
Barulah fair and lovely khennn.
Jadi tercetuslah nama “Hariz Crib”.

Cuti raya cina bulan lepas kami ambil masa sikit buat kenduri.
Since semua adik beradik hubs balik kampung.
Marilah kita berkumpul ramai-ramai.
Walaupun macam kalut sikit sebab ada saudara jugak buat kenduri kahwin hari yang sama.
But its ok. Semua under control.

 
Jemput orang masjid dekat area kampung in law.
Adalah dalam 15 orang jemaah kot.
Jemaah masjid pun kena bahagi-bahagi jugak sebab banyak majlis dieorang nak kena attend.
Ramai betul orang buat kenduri time cuti sekolah ni kan.
Kita pun sama naik nak menyibuk. Hee.

Sebelum majlis start adik Kila yang stay kat Kuantan pun ada datang singgah.
Kebetulan dia nak pergi holiday area Terengganu ni.
Eee sedap betul pegang baby adik Kila ni.
Bau pun best jek. Hmm dappp.
Hariz pun sibuk nak nyelit dengan pissss dia. Haha.

 
Tak sempat nak ambil gambar yang lelain.
Bz bebenor tuan rumah.
Padahal makanan semua order je.
Gambar makanan pun tak dan nak snap.
Nasib ada sepupu snap gambar di sekitar kejadian.

 
Overall food ok dan cukup.
Alhamdulillah tiada pembaziran.
Orang lelaki semua makan kat depan.
Yang perempuan semua berkumpul kat dapur.
Maaflah rumah orang baru pindah tak ada kerusi.
Semua kena makan kat bawah je.
Tak ada sewa khemah kerusi meja sebab plan nak buat sederhana je.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dah harapan semoga rumah baru kami ni terpelihara oleh Nya.
Amin.


xoxo,
shakila

18.2.15

Rumah Baru : Pindah rumah



Kejadian tahun lepas jugak.
Banyak sangat throwback ni.
Hihi.
Haritu rasa macam serabut sangat kepala banyak benda nak kena pikir.
Now bila semua dah setel barulah rasa senang hati sikit nak share.

 
Kalau ikut kiraan ni masa bulan ogos tahun lepas.
Gigihlah kemas sikit-sikit time cuti hujung minggu.
Duduk bertiga tapi kain baju macam tigabelas orang punya.
Berkotak-kotak bila dah siap packing.
Tengah packing boleh pulak dia terjumpa songkok.
Orang sibuk kemas, dia sibuk posing.

 
 
Huwaaa rindu pulak tengok gambar rumah lama ni.
Banyak kenangan kami anak-beranak kat sini.
Dari zaman belum ada anak sampailah Harz dah besar panjang.


Bawak barang guna hilux dengan kereta sendiri je.
Rasanya total dalam 5 rounds jugak mengangkut.
Mana barnag yang besar macam almari tu semua naik hilux.
Yang kecik macam kain baju tu semua sumbat dalam kereta je.

 
 
Tengahari ma ayah datang bawak nasi seperiuk.
Hikhik. Mak mertua I is so sweet.
Kita orang dah kata tak payah.
Nanti boleh beli nasi bungkus je.
Gigih dia bawak ikan selayang lumur garam kunyit.
Dengan harapan nak menggoreng kat rumah kami.
Masalahnya tong gas pun tak nampak bayang dah simpan kat celah mana.
End up pergi beli lauk je.
Makanlah kami anak beranak dengan bahagianya.
On nom nom nom.

 
Memula rumah lama huru hara.
Now rumah baru pulak huru hara dengan lambakan barang.
Harapnya gigih lah kami semua nak susun atur lepas ni.

 
Eh kejap.
Harz kat mana harz kat mana.
Time ni orang semua sibuk kemas dia boleh missing in action.
Dengar bunyi air kat area belakang rumah.
Tengok-tengok dah basah kuyup budak bertuah ni.


xoxo,
shakila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...