instagrammers

Instagram

19.7.11

Ashraf tak boleh jadi Aleesha



KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. 

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.



P/S : apalah nak jadi dgn dunia zaman skrg ni. aishhh…


2 komentetar:

Unknown said...

dunia nak jadi kelam kabut...nti adalah pulak berita laki nak kawin laki,pompuan nak kawin pompuan,new york baru di malaysia nti akan muncul...coming soon

shakila mubarak said...

mintak dijauhkan seme tu. insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...